MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C, PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG II
Berapa lama anda mengambil masa utk menyiapkan draf proposal anda?
1 semester, 2 semester atau 2 tahun?
Berapa lama anda perlukan untuk kembangkan proposal anda menjadikan thesis?
4,5,6...tahun? Phew.....
Saya ingin mensimulasi apa yang pernah saya lakukan dahulu….. berkesorangan semasa menyiapkan proposal saya…. …...
Samada anda ingin merangkak atau melompat.... bergantung kepada anda sendiri... |
Jika anda berada didepan computer, di library yang dingin dan nyaman, mencari artikel dalam journal yang berkaitan dalam bidang anda…..yang di subscribe oleh library….just click..click..click... berapa lama anda boleh kumpulkan 20 journal?
Dengan menggunakan skill operasi Boolean dan advanced search…..(sila baca entry blog saya teknik ini) anda sebenarnya perlukan tidak lebih 2 jam sahaja untuk dapatkan 20 (malah mungkin lebih) artikel dengan satu syarat...
Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda. Jangan biarkan fesbuk dan sms mengganggu date anda dengan artikel anda !!
Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda. Jangan biarkan fesbuk dan sms mengganggu date anda dengan artikel anda !!
Apabila anda telah downloaded 20 artikel tersebut, anda boleh lah mula membaca secara skimmed bagi mendapatkan idea keseluruhan asas dalam bidang kajian anda. Satu kaedah skimmed adalah dengan menggunakan hujung jari. Letakkan jari telunjuk anda ditengah2 artikel dan gerakkan perlahan2 dalam satu garisan lurus vertical ke bawah teks sambil membaca..... bukan gerakkan mengikut baris demi bari secara horizontal. Ini akan mempercepatkan anda scan isi penting. Bila terjumpa teori atau isi yang penting, barulah anda baca secara horizontal, then terus taip point tersebut dalam komputer anda.
Berapa lama anda perlukan untuk skimmed 20 journal dengan 10 - 15 pages? Jika satu journal 20 - 30 minit, maka 20 journal memerlukan tidak lebih 3 hari sahaja untuk anda selesai membacanya….
Sekali lagi...Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda !!
Lebih baik membaca dengan wikipedia standby utk explore perkataan yang maybe sukar anda fahami buat kali pertama. Anda tak perlu faham keseluruhan artikel, esp. perbincangan detail tentang analisis data.... just scan the theory, methodology and conclusion.
Sekali lagi...Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda !!
Lebih baik membaca dengan wikipedia standby utk explore perkataan yang maybe sukar anda fahami buat kali pertama. Anda tak perlu faham keseluruhan artikel, esp. perbincangan detail tentang analisis data.... just scan the theory, methodology and conclusion.
Setelah mendapat idea asas tentang kajian anda…. Anda boleh mula membina thesis structure anda dengan doc map / navigation pane dengan MW Word di computer anda yang anggun dan canggih manggih yang sedondong dengan warna tudung anda. Anda hanya perlu katakan 2 jam untuk menyiapkan struktur thesis anda bagi bab 1, 2 dan 3. (Ingat..dalam bengkel saya bagi masa 15 minit sahaja dan anda berjaya membinanya wpun belum proper .... yang penting ADA !!)
Diiringkaskan cerita… anda hanya perlukan dalam 2 - 3 hari sahaja untuk memulakan asas penulisan thesis anda bagi chapter 1,2 dan 3 dan bukannya 2 - 3 semester !! Ini perbezaan masa ibarat antara langit dan bumi..... antara kapchai dan Harley Davidson... dengan nasihat:
Jangan terlalu skema sangat untuk ikut segala schedule fakulti anda yang perlukan anda mula menulis selepas abis mengambil coursework atau selepas menamakan comittee dll..... anda redah jer..... sebab yang rebah nanti bukan orang lain.... anda juga....
Maaf, jika saranan saya ini seperti provocative.....tapi inilah yang telah saya lakukan..... sambil ambil coursewaork sambil siapkan proposal dan rayu kepada jabatan nak masukkan dalam senarai pembentangan lebih awal.... tokojut jugak supervisor saya masa tu....
Jangan terlalu skema sangat untuk ikut segala schedule fakulti anda yang perlukan anda mula menulis selepas abis mengambil coursework atau selepas menamakan comittee dll..... anda redah jer..... sebab yang rebah nanti bukan orang lain.... anda juga....
Maaf, jika saranan saya ini seperti provocative.....tapi inilah yang telah saya lakukan..... sambil ambil coursewaork sambil siapkan proposal dan rayu kepada jabatan nak masukkan dalam senarai pembentangan lebih awal.... tokojut jugak supervisor saya masa tu....
Bagi peserta bengkel…. Inilah masanya anda mempraktiskan kemahiran yang anda timba dalam bengkel penulisan. Bagi bukan atau bakal peserta bengkel….. tentu anda tidak percaya pernyataan ini dan akan terguling2 ketawa........ sampai kuar2 air mata..... asal jgn sampai basah seluar dah ler!
Sayugia dimaklumkan saya sendiri mengambil masa tak sampai 3 bulan untuk menyiapkan proposal doctorate saya dan seterusnya membentangnya dan diterima oleh jawatankuasa supervisory….dan berjaya menterkesimakan pelajar mat salleh dan minah salleh yang hadir ..... dengan pujian…well done Mr Talib (masih terngiang2 sampai sekarang) alhamdulillah !!
Kemudian, skill write while your read akan menambah isi struktur thesis anda dengan satu kadar yang anda sendiri tak akan percaya… dengan syarat ketepikan dulu fesbuk seketika ketika anda menulis.
Layarilah fesbuk hanya sebelum tidur…. atau sebelum memulakan penulisan bagi menghantar kabar gembira anda telahpun berjaya menambah dari 2000 perkataan kepada 3500 atau 5000 perkataan dalam chapter 1,2 dan 3 anda dalam tempuh sehari…. bukan satu semester!! Saling memotivasi kawan2 lain …. bukan sekadar menjadi penyemak atau penyebuk dalam fesbuk!
Apabila anda mengikuti bengkel SPSS, SEM, NViVO dsb seperti yang sedang dijalankan oleh DSG (syabas kepada yang sangguh menjadi monitor) maka darjah confused anda akan berkurangan.....dan teruskan membaca dan menulis, pemahaman anda akan lebih mendalam, dan penulisan anda akan jadi lebih teratur serta pemikiran akan akan menjadi lebih kritis dengan aplikasikan intro – point – conclude serta 4 C dalam menghasilakn paragraph yang baik.
Terus taip dalam computer anda, bukan lagi catatan2 atas kertas yang akhirnya anda akan lupakan begitu sahaja…..
Semoga anda menjadi contoh kepada bakal2 pelajar yang akan mendaftar semester depan..... kongsilah pengetahuan yang anda telah timba.....
Dengan ini, saya akhiri dengan ribuan ampun jika sepanjang saya kendalikan bengkel, mulut saya ini agak over, tidak bermaksud menghina sesiapa, sekadar prihatin dan sedikit geram… geram2 sayang....
Esok Sabtu, saya dan wife ada program utk membawa anak2 yatim Sendayan bershoppiing di JJ Seremban2 dan selepas itu akan berada di kampong….. sekadar mendidik hati yang selalu tidak bersyukur dan lalai.....Saya juga sarankan anda menjadi penyumbang tetap kepada mana2 rumah anak yatim yang berdaftar...... sebagai bekalan akhirat dan pelembut hati.... dan saya akan berhenti menulis untuk beberapa hari……
OT
No comments:
Post a Comment