Salam Dr. yang dihormati.
Kemusykilan saya adalah adakah kita boleh membuat kerangka konsepsual yang totally berbeza dengan kajian2 sebelum ini. ini bermakna, kita ingin mengkaji sesuatu yang belum dikaji (ini kerana dalam area kita, perkara tersebut sangat penting tapi ada gap yang luas yang belum diisi) atau haruskah kita membuat kerangka konsepsual berdasarkan apa yang pernah dibuat oleh orang lain (kita hanya enhance dengan menambah variable)? harap Dr. dapat membantu.
Respon:
Tiada pengetahuan yang tiba2 wujud overnite. Semua pengetahuan mesti ada sumber dan sumber ini biasanya membicarakan juga teori yang underpinning pengetahuan tersebut. Bila ada teori, maka adalah kerangka teoritikal. PhD adalah kajian yang mendalam sehingga mencapai ke tahap membincangkan “falsafah” disebalik sesuatu pengetahuan. Falsafah ini secara simplistic adalah kupasan semua teori2 yang membentuk pengetahuan tersebut. Tidak kira betapa besarnya “gap” yang ada, mesti ada teori yang melingkari gap tersebut. Tugas anda adalah mengisi gap ini dengan kajian yang anda lakukan.
Anda BOLEH membuat kerangka konseptual yang berbeza, tetapi MESTI berdasarkan kerangka teoritikal yang anda sintesis dari LR. Jika anda kemukakan idea yang sangat baru dengan menggabungkan variable anda secara yang berbeza dari kajian lepas, maka sudah pastilah kerangka konseptual anda juga berbeza. Jadi….. teruskan kajian anda dan semoga berjaya mendapatkan sesuatu yang baru juga !!
OT
No comments:
Post a Comment