.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, August 2, 2011

Sedikit luahan bulan Ramadhan

Hari ini masuk hari ke 3 kita berpuasa. Saya nak luahkan sedikit rasa hati.... sikit saja tau. Saya ke surau di kediaman saya untuk bersolat tarawikh. Ada dua perkara saya "tidak selesa" iaitu:


1. Tahlil aruah diadakan selepas solat isyak (sebab kalau buat lepas tarawikh jawabnyer tak ramai ler yang joint)
2. Imam membaca terlalu panjang (panjang tu bagi sayalah yang tak faham makna bahasa Arab)


Saya percaya ramai yang datang untuk solat tarawikh, sebab solat sunat ni hanya datang pada bulan Ramadhan. Ganjarannya pulak sangat besar. Nak buat kat rumah, kurang motivasi so pakat2 gi masjid dan surau. Jadi, utamakanlah solat tarawikh sebab itu lebih utama dari tahlil aruah. Saya lihat ramai yang termenung, bersembang sebab mereka datang untuk bertarawikh. Anak2 jgn cakap ler, membuat bising ler belakang surau sepanjang tahlil.


Bila solat tarawikh, surau berlumba2 panggil tahfiz yang boleh baca panjang2, sampai tersenggut2 sebahagian jemaah. Akhirnya jemaah akan cari surau yang baca pendek2 atau bilangan jemaah semakin hari semakin kurang. Terus terang, saya juga penat dan perlu balik segera. Satu2nya solat tarawikh yang sangat menyentuh hati saya adalah solat tarawikh di Masjid AL Kholil, Islamic Centre, sepanjang saya belajar di Adelaide dahulu. Yang baca adalah iman hafiz dari Arab (sebab masjid tu kepunyaan orang Arab). Bacaannya merdu, jelas dan tidaklah menjela2.....Saya rasa terisi dan tenang bila melakukan solat tarawikh disana. Disana tak der selawat2pun, staright to the point. Kita ni Ahlul Sunnah, so banyaklah amalan sunat yang kita amalkan.


Saya ada baby utk dijaga dan perlu balik awal juga supaya wife pula dapat solat tarawikh. Iman perlulah baca sekadar yang sederhana, jgnlah terlalu panjang. Ni tak kira dengan tazkirrah lagi. Kadang2 dah saturated ler pulak. Lepas itu sambunglah dengan tadarus. Esoknya pulak kena bangun awal. Alhamdulillah, saya istiqomah membaca Al-Quran dgn wife lepas setiap Suboh wpun bukan bulan puasa. Jadi saya tak selesa jika surau nak jalankan all-in-one dalam bulan Ramadahn !


Saya tahu ada yang tak setuju dengan saya. Tak per.... ini sekadar pendapat saya sahaja. Selamat berpuasa dan berbuka.


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...