Anita dan beberapa pengikut totok DocSuppGrp tentu tersenyum membawa tajuk ini. Sebabnya saya terdengar perbualan mereka. Nak tahu..... tak payahlah... biarlah rahsia.
Sebagai orang “science” saya menyenangi pengukuran dan kajian kuantitatif. Namun selepas jadi cikgu pendidikan, saya mula mencintai kualitatif juga. Ini bukan cinta disana menunggu disini menanti !
Secara jujur, saya yang masih baru dalam kajian kuantitatif. Secara peribadi saya berpendapat kajian kuantitatif secara sekali pandang seperti lebih mudah dari kajian kualitatif. Ini kerana banyak aspek predetermine dilakukan pada kajian kuantitatif menyebabkan penyelidik telah ada focus dan tahu apa nak buat. Instrument pun telah ditentukan dengan analisis data sebelum kajian bermulapun.
Ini berbeza dari kajian kualitatif, yang anda sendiri menjadi instrumentnya. Dalam kajian kuantitatif, telah jelas jika anda nak lakukan t-test atau ANOVA. Dalam kajian kualitatif pulak, fening saya dibuatnyer. Namun, biarlah saya fening sorang2...
Secara umum ada 4 pendekatan kajian kualitatif. Saya ringkaskan jer, bagi idea asas sahaja biar sama2 dapat faham. Saya guna bahasa sempoi2 sahaja.
1. Ethnography
Kajian ethnography adalah kajian yang menjelaskan hal2 budaya suatu kelompok etnik (sebab itu ada perkataan ethno) mengikut sesuatu sempadan geografi. Misalnya kajian terhadap cara kaum Penan di Sarawak menjaga keluarga. Namun zaman dah berubah, skop ini telah diperluaskan dengan mengkaji budaya sesuatu kelompok, kumpulan atau organisasi. Ini termasuklah kajian seperti “Budaya Mat Rempit di Felda”.
Pendekatan yang lazim digunakan adalah participant observation yang terlibat dalam budaya tersebut bagi memahami sedalam2nya segala aspek budaya yang dikaji seperti kepercayaan bersama, nilai dipegang, amalan, bahasa, ritual dll. Dalam kes mat rempit, apakah kepercayaan mereka sehingga sanggup membahayakan diri, amalan mereka sehingga sepakat berlumba beramai2, dan ritual mereka sehingga ada gadis sangguh dijadikan habuan lumba motor dsb. Saya naik seriyau bila dipotong laju oleh mat rempit atas kapcai ..... yang akhirnya tersepit dan berkecai !!!
2. Case study
Case study adalah kajian intensif (mendalam) yang menjelaskan satu atau beberapa kes yang spesifik. Case study adalah sebahagian daripada kajian ethnografi tetapi reka bentuk kajian kes adalah kajian intensif dan ekslusif seperti kejayaan luar biasa sebuah sekolah pendalaman Sabah atau kajian mendalam terhadap dua siswazah PhD Malaysia di UK yang berjaya menghabiskan pengajian dalam tempuh 2 tahun atau kajian 3 gadis sunti yang sanggup meninggalkan keluarga kerana mengikut lelaki berkahwin di Lombok (Apakah keistimewaan lelaki Lombok yang tak ada pada lelaki Melayu Msia? Agaknya mereka tak pakai spek dan sentiasa cukur misai dan janggut...emmm). Kajian boleh dijalankan secara unstructured interviewing, direct observation, dan interview.
3. Phenomenology
Phenomenology adalah kajian yang menjelaskan pengalaman individu mengalami sesuatu fenomena. Contohnya bagaimana seseorang remaja berhadapan dengan fenomena sebagai anak angkat, atau bagaimana individu berhadapan dengan penyakit maut seperti kanser yang tiada harapan untuk hidup lama. Selalunya dijalankan dengan in-dept interview.
4. Grounded Theory
Grounded theory bertujuan membina teori terhadap fenomena yang ingin dikaji. Kajian ini sering dijalankan bagi mendapatkan teori yang dapat menjelaskan mengapa berlakunya sesuatu fenomena dalam masyarakat seperti gejala ponteng sekolah, isu buang bayi. Kajian lazimnya dilakukan dengan indepth interview dan membaca berulang kali transcript ini sehingga terbongkar teori yang “tertanam” ( “grounded” ler tu) dalam fenomena tersebut. Dahsyat bunyinyer tu!
Saya harap saya telah memahamkan diri saya sendiri.... dan harap anda juga faham. Jika nak baca buku kualitatif tu.... dah ler tebal, bahasa canggih2 pulak... kompom susah nak faham punya. Oleh kerana yang penting anda faham dan dapat bezakan antara keempat2 pendekatan.... its a gud start!! Lepas ni saya kupas pula hal2 coding mengcoding dan triangulasi... Tungguu...
OT
No comments:
Post a Comment