.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 8, 2011

Tajuk 179 - Literature review - Bermula dengan ZERO DRAFT...

Saya ni tak serius sangat degan FB asalnya, sebab bila saya post / reply comment.. saya tak sure reply to pergi mana? Tambah bila dah ada FB DocSuppGp, punyalah banyak yang masuk dalam gmail saya. Macam dah jadi “Aduan Rakyat” TV3 pulak. Minta maaf jika ada jawapan saya yang tak menepati pertanyaan anda atau terlepas pandang. Dalam sehari hampir 100 inbox saya yang datang dari pelusuk dunia…tak semua tu pulak perlu dijawab sebab bukan ditujukan kepada saya. Yang baca blog ini pun ada dari Taiwan, NZ, Russia, Denmark, Norway….. (sapa lah rakyat Msia kat sana tu?) tak termasuk dari Australia, UK (Anita and geng) dan US.

Dalam entry lepas, saya ada sentuh pasal zero draft dan 1file1thesis yang saya mulakan sejak 2003 semasa saya menulis thesis… kira idea original saya ler tu... Jadi saya sentuh sikit peranan dua istilah tersebut bagi yang bakal mengikuti bengkel saya. Semua ini saya fokuskan kepada pembinaan LR.... bahagian yang paling menusuk kalbu menikan jiwa membelah sukma dan merobek hati….dalam penulisan tesis....

Bagi yang belum menulis LR atau baru nak berjinak2 dgn LR, saya cadangkan langkah berikut. Langkah ini maybe lain sikit dari yang  biasa di cadangkan oleh SV anda, itupun kalau dia cadangkan….  Sebab selalunya SV percaya kemampuan anda menulis LR ikut cara anda sendiri…... Saya tak kata cadangan ini yang terbaik…. Tetapi at least dapat dijadikan tips….Inilah yang mungkin harus anda lakukan….

1. Intensive early literature search / reading – bagi mendapatkan gambaran umum perkembangan pengetahuan, teori dan method yang telah digunakan dari kajian lepas dan buku2 berkaitan. Langkah  ini sepatutnya dah bermula, katakan beberapa bulan sebelum anda registerpun, tak kiralah PhD ataupun master !!

Jgn jadikan alasan anda tak ada bahan nak baca, atau tak jumpa artikel yang dicari. Jika tak ada tu adalah atas dua sebab - Tajuk anda memang tajuk yang pelik2 atau memang anda yang pelik sebab tak tahu mana nak cari artikel2 tu !

Lebih pelik lagi bila ada yang tulis di FB “saya baru mendaftar atau … saya baru satu semester  so saya belum mula apa2 lagi….sambil menulis He.. He… (suka pulak jantung dia menulis dalam FB macam tu). Inilah petanda awal yang paling “signifikan” utk  anda akan kelam kelibut sepanjang menjadi pelajar PhD atau master !! Tak caya…. Bolehlah cuba…. Kalau malas nak cuba, tanya senior yang telah mengalaminya…. Ramai…..tak susah nak jumpa….

2. Zero draft -  semasa membuat langkah 1.  dan dalam masa yang sama anda perlu develop “zero draft” (draft yang anda tidak akan hantar kepada supervisor…. Hah ?.... patut ler tak der dalam buku…. Biar betul… ). Dalam zero draft anda mula membina draf out-line heading dan sub-heading serta petikan2 yang anda fikir penting dan related dengan kajian anda serta bibliography / references mesti sentiasa terus dimasukkan dalam data base menggunakn references MS Word atau aper2 software yang anda gunakan..

Langkah 1 dan 2 di atas sangat penting supaya anda “dapat gambaran” awal dahulu secara komprehensif sebagai NOVICE....Tanpa ini anda akan tergagap2 disergah SV anda... atau disuruh balik dan baca lagi ! So jgn salahkan SV anda ... .. apatah lagi salahkan ibu anda yang mengandungkan anda….. 

Dengan langkah 1 dan 2 , anda sebenarnya sedang membina a strong foundation dalam pemahaman anda. Selagi tidak ada strong foundation jangan nak perasan lah  mendakwa “Aku la ni cuti belajar.... emm…. buat master / PhD”.. tapi  baru baca 2,3 artikel dah confused... sikit2 confused.... nak buat tajuk pun confused….. patutnya anda buat thesis berkaitan “How to overcome my  confusion in doing PhD”….

Mana der confused?  Kitaorang OK jer….

Habis yang dok send message tanya itu dan ini menjela2 dalam fb docsuppgp tu amende… puisi ker? atau sajak  bertajuk “Aku dan sebuah confused” ?

3. Progress - bila anda mendapat artikel2 baru, yang latest atau  yang lama tapi baru jumpa, mudahlah anda nak allocate bahan2 baru yang anda baca dalam mana-mana heading dan sub-heading zero draft anda. Anda mungkin juga menambah heading dan sub-heading yang baru. Anda juga akan membaca semula artikel2 pada langkah 1 bagi membetulkan pemahaman anda dan mengambil petikan penting yang belum dimasukkan.

Membina zero draft sebenarnya membina pemahaman anda terhadap kajian anda sendiri. Melihat zero draft yang semakin bertambah dengan cepat dan lancar serta efficient dalam 1file 1thesis, dirdio( Do it right Do it Once) – YAKINlah motivasi anda akan meluap2....macam SATU MOMENTUM yang tidak ternilai maknanya sehingga tak perasan…. dah seminggu suami tidur pelok bantal sebab anda asyik kusyuk mengadap computer saban malam!!


Lega... dah seminggu tidok ku tiada siapa yang kacau......zzzzz

 4. Pastikan LR bukan ringkasan kajian lepas - lazimnya siswazah yang novice (semua org akan melalui zaman novice so jgn ler panic) menulis LR tanpa proses analysis yang mendalam  diikuti dengan sintesis sebab anda ambil sahaja ringkasan (katakan dari abstrak atau conclusion) dan aturkan lepas satu, satu kajian lepas  (analisis dan sistesis akan disentuh juga dalam bengkel). Lansung tidak ada kupasan atau justifikasi (juga dibincang dalam bengkel) yang dipetik tersebut dapat menyokong teori kajian anda, pemilihan kaedah penyelidikan.

Inilah cadangan 4 stages yang anda boleh praktiskan. So tersenyumlah bagi yang dalam proses ini dengan syarat anda masih di semester pertama atau kedua. Jika dah tinggal satu semester jer lagi.....GULPP !

Anda pasti kena reread balik mana2 artikel yang telah anda baca kerana perlukan kupasan lanjut esp artikel yang releven dengan kajian anda. Anda  mulakan proses analysis dan sintesis dengan lebih  menyeluruh (maklumlah dah terror sikit… matapun dan celik… pemahamanpun dah strong…) maka anda mula menulis dengan lebih lancar, kini bukan dengan 4C saja (akan dibincang dalam bengkel) tetapi  4C + 2C = concise, clear, consistent, coherent + dua lagi tu …. Confident dan Cayalah!

Dengan document map, anda tidak akan “termuntah” kerana kelabu mata dan fening2 lalat sebab asyik membuka menutup fail… edit sana edit sini…. Then bukan dan tutup lagi….(ulang 100 x)  then SV kata ubah itu dan tambah ini lagi…..(ulang 10 x). Bukan perempuan mengandung, lelaki tak mengandungpun akan termuntah dan loya…. Buat benda yang sama berkali2….


Apabila 4 stages di atas telah berjalan dengan lancar anda akan berkata pada diri sendiri “Teori aku ni memang dah established dalam kajian lepas…. Method kajian pulak seperti beberapa kajian lepas yang agak comprehensive. Setelah aku analysis aku dapati  teori tersebut tidak menyentuk aspek X yang aku nak kaji dan method kajian aku walaupun sama dengan beberapa kajian lepas tetapi aku nak buat yang lebih mendalam…sebab itu bila aku kena sintesis maklumat dari kajian lepas untuk tunjukkan bahwa aspek X dalam teori kajian aku penting dan aku akan gunakan analisis data yang lebih mendalam dengan bilangan sample yang lebih ramai / focus / homogen… etc… sebab itulah aku yakin kajian PhD aku ni menyumbang kepada body of knowledge….. emm aku pun dah menulis 5 chapters…. Bibliografi semua sentiasa perfect….. Then barulah pembaca menyedari betapa kukuhnya teori dan methodology yang aku gunakan kerana aku jelaskan dari awal perkembangan teori tersebut dan kupasan mengapa method aku lebih mantap”

Proses ini akan berulang2 sehingga anda rasa telah saturated dan SV andapun berpuas hati….Begitulah adanya… Wassalam. Jadi LR mesti dirancang bukan buat ikut dan ajer...

Sekadar memberi motivasi....

OT
Shah Alam
12.55 pm
Sedang memerhatikan kubah Masjid Shah Alam sambil mendengar alunan Al_Quran….. Syukur atas nikmatnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...