Rahsia pertama dah saya kupas kini RAHSIA KEDUA pula… sambungan rahsia pertama.
Rahsia kedua:
Rahsia ini berbunyi begini - dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “DIPAKSA” dan “TERPAKSA” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awallah anda dapat memahami aspek2 kajian anda !! (maka lebih awallah saya bergraduate - tau tak per !)
Habis sapa ler pulak nak paksa anda berfikir kecuali diri anda sendiri! Blog ini hanya sebagai impetus atau pencetus sahaja, macam lighter dinyalakan pada sumbu mercun….. Tanpa lighter…… mercun hanya lah satu kuasa yang terpendam tetapi tak berguna….. yang lama kelamaan akan lemau…. Bila dah lemau…. sumbu tak akan dapat dinyalakan wpun dengan 10 lighter !!
Ingat tak semasa anda menulis email cinta pada kekasih anda? Wow bukan main serius lagi... siap analogi, berpuitis... nangis2 pulak dan kadang2 ketawa sendirian..... syahdu sungguh. Teringat jer kekasih wpun pukul 3 pagi, terus bangun dan menulis..... berhelai2 pulak tu !!
Ingat tak semasa anda menulis email cinta pada kekasih anda? Wow bukan main serius lagi... siap analogi, berpuitis... nangis2 pulak dan kadang2 ketawa sendirian..... syahdu sungguh. Teringat jer kekasih wpun pukul 3 pagi, terus bangun dan menulis..... berhelai2 pulak tu !!
Menulis awal ibarat NINE masuk acara pecut 100 m orang dewasa. Jika NINE lari dulu, 5 minit lebih awal sebab dia ni SLOW... sapa agaknye yang menang? |
Sayugia dinyatakan bahawa membaca dan membaca sahaja belum tentu anda berfikir, sekurang2nya berfikir secara serius… macam baca paper…. atau baca fesbuk….. bukan kita nak ambil pusing pun sangat apa yang kita baca.
Bila anda mula menulis, anda sebenarnya mula berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi mula berfikir dengan serius.. mendalam. Setiap perkataan dan ayat yang anda nak taip, anda kena fikir dulu…apa maksudnya… kenapa nak tulis macam itu dan apa kaitannya dengan kajian anda….SETUJU ?
Ada tak orang menulis tanpa berfikir?
Ada tak orang menulis tanpa berfikir?
Ada juga. Tapi kalau menulis tanpa berfikir tu namanya surat layang…..Anda tulis tesis bukan surat layang….
Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyak lah persoalan baru yang timbul, banyaklah pengetahuan yang anda tambah…. semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu…. dan proses ini berterusan sehingga anda benar2 dapat menguasai bidang kajian anda dan DALAM MASA YANG SAMA TESIS ANDA JUGA AKAN TURUT PROGRES! Bukankah ini yang anda mahukan?
Bila anda menulis, otak anda akan jadi kritis….. mula belajar menganalisis... mensintesis. Sebab itu saya paksa peserta bengkel menganalisis dan mensintesis dengan aktiviti yang disediakan sambil menyaran "JUST DO IT" !
Inilah rahsia kedua yang tidak dapat difahami oleh kebanyakkan postgraduates master sebab mereka maybe belum alaminya sebelum ini. Tapi sedikit hairan, pelajar PhD pun sering abaikan aspek ini wpun mereka pernah menulis tesis.
Kenapa?
Sebab semasa membuat tesis masterpun mereka tak tahu dan sedar kepentingan menulis lebih awal. Betul tak?
Kenapa?
Sebab semasa membuat tesis masterpun mereka tak tahu dan sedar kepentingan menulis lebih awal. Betul tak?
Kita jumpa lagi dalam rahsia ketiga….
OT
No comments:
Post a Comment