.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 11, 2011

TAJUK 186 - BHG 2: BINA STRUCTURE LR (HEADING, SUBHEADING)

Berjumpa semula.... Bagaimana dengan Bahagian 1, boleh buat tak?


Tak boleh? Apsal?


Itu tajuk sains ler….saya orang psikologi….. science-science ini tak main ler... Lagipun saya tulis dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan nenda saya.... bukan bahasa omputih.... 


OK..OK.....macam tu…. kita cuba pula yang ke Bahagian 2:

ii. Peta minda

Semua orang tahu peta minda. Kalau di UK dan Australia depa panggil mind mapping, manalah tau geng2 fesbuk DSG atau yang dok obersi kurang mengerti sebab hari2 makan sphegetti dan roti…..

Janganler kecoh sangat bentuk peta minta ni… buat santai2 jer cukup….ikut jer minda anda sendiri.

Langkah 1:
Katakan anda ingin menjalankan kajian berkaitan dengan gejala salah laku pelajar sekolah. Andapun memulakan langkah pertama dengan intensive prereading. Bacaan journal article anda memberikan maklumat terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang mempengaruhi gejala salah laku iaitu;

- persekitaran luaran sekolah (rakan sebaya + keluarga)
- persekitaran dalaman sekolah (p & p + peraturan sekolah)
- sikap pelajar (persepsi diri + pegangan nilai).

Selain itu, teori utama yang sering dkaitkan dengan gejala salah laku adalah teori seperti berikut (saya bukan bidang ini so…main agak jerlah sebagai dummy):

- teori moral Kant
- teori moral Mill
- teori moral Kohlberg
- teori fungsionalism

Anda kemudian memilih untuk membahaskan dua teori iaitu teori moral oleh Kohlberg dan fungsionalism kerana perbincangannya yang komprehensif dan berkait dengan kajian anda. Ini akan anda kupas semasa menulis dalan zero draf anda!!

Langkah 2:
Dengan maklumat-maklumat ini, anda boleh membuat pemetaan idea anda seperti berikut:


Hasil pemetaan idea ini, anda telah mempunyai rangka bagi menentukan tajuk dan sub tajuk sorotan literatur anda.

Langkah 3:
Berikut adalah cadangan isi kandungan sorotan literatur anda berdasarkan pemetaan di atas. Ini adakah dummy dalam zero draft bagi memberikan anda ruang untuk segera menulis. Anda boleh baiki dan tambah lagi heading dan subheading setelah disemak oleh SV anda. 


Yang penting buat permulaan JUST DO IT !!

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN
2.1 ISU GEJALA SALAH LAKU DI SEKOLAH
2.2 TEORI SALAH LAKU

2.2.1 Fungsionalism
2.2.2 Kolhberg

2.3 FAKTOR PERSEKITARAN
2.3.1 Rakan sebaya
2.3.2 Keluarga
2.4 FAKTOR DALAMAN SEKOLAH
2.4.1 Situasi Pengajaran dan Pembelajaran
2.4.1 Perlaksanaan peraturan sekolah
2.5 SIKAP PELAJAR
2.5.1 Persepsi diri
2.5.2 Pegangan nilai

2.7 KAJIAN TERDAHULU SALAH LAKU
2.8 KESIMPULAN


Semua tips telah saya tulis dan burn dalam CD ni....
Yang belum tulis thesis nyer sahaja..... he he !!

OKlah…. dah banyak saya menulis….. baca dah praktis bagi yang baru nak mula buat thesis….Jika dah pandai jgn kedekut ajar adik2 yang baru mendaftar…..



OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...