.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 15, 2011

TAJUK 192 - Aku, Literature Review dan Tension

Dalam tajuk 191 saya mencoretkan pasal snow ball dalam pencarian material utk LR. Saya baru perasan bahawa sejak dua menjak ini, tangan saya ni terus jer menulis apabila datang idea. May be ini adalah kesan apabila saya mula menulis, saya melatih otak saya berfikir. Setelah otak saya berfikir, saya boleh menulis. Jika saya boleh menulis dan berfikir serentak.....atau berfikir dan menulis serentak....tentu anda juga boleh menulis LR dengan cara yang sama.


Mana boleh bro.... lu cakap bolehlah !! 
Wa dah 3 semester bro, asyik kena balun jer dgn SV.... itu tak kena ini tak cukup.... tension bro... tension....


Janganlah marah ... jgn tension2..... nanti sure otak tak boleh berfikir lansung


OK..OK... teruskan....aku relex ni....


Macam ni lah......




Saya nak bagi idea yang basic2 jer.... sebab otak saya ni tak mampu fikir yang complex sangat....maklumlah pakai processor pentium 586  tahun 1998, tak macam anda.... intel pentium duo core ntah aper2 lagi.  


LR adalah satu review.... atau org melayu kata satu tinjuan. Ini anda kena faham. Adik kakak, mak cik pok cik kena faham. Tinjauan ini maknanyer anda melihat sepintas lalu dahulu then barulah usha betul2. Macam jumpa awek.... jgn terus usha jer bro.....tak ada adap tu. Lihat sekali jer sepintas lalu..... then jika berkenan dengan ciri2 yang dilihat.....barulah datang rumah dia usha betul2 depan mak bapak dia....Nanti dah kawin jgn tak usha pulak..... (anda tahu ke maksud usha tu?) 


Saya nak sentuh dulu apa yang dimaksudkan dengan sepintas lalu tu......


Katalah tajuk kajian anda berkaitan CRITICAL THINKING (CT) dan HEMISPHERICITY (HS - left and right brain) dalam kalangan pelajar Sains dan ARTS.


Saya sendiri tak tahu apa maksud sebenar tajuk tersebut. Jika anda berminat untuk membuat kajian yang berkenaan, anda kena meninjau antaranya perkara berikut:



Sejarah kewujudan istilah CT dan HS dan siapakah pelopornya. Ini akan membawa anda ke tahun 1975 apabila Roger Sperry memenangi Nobel Prize kerana kajian HS beliau. Bagaimana pula dengan CT yang mula dibicarakan oleh Dewey pada tahun 1930?


Anda perlu tahu latarbelakang sejarah dua istilah ini dan bagaimana kedua2nya menjadi penting dalam konteks pendidikan tinggi di barat dan di Malaysia. Anda kena tahu nama2 besar dalam kajian kedua2 istilah seperti Bogen (1975), Murphy (1985), Strenberg (1986), Thomson (1996).... sehinggalah kepada penyelidik semasa termasuk di Malaysia seperti Chua (2006). 

Anda kena tahu aliran perubahan dan perkembangan pengetahuan dalamn kajian CT dan HS, teori2 yang saling menyokong dan saling bertentangan seperti model split brain theory, Model parallel, Model Insight thinking dll. Apakah andaian2 yang digunakan dalam membangun model dan teori tersebut serta kajian2 yang menyokong atau yang contradict dengannya. 

Anda juga perlu tahu istilah dan terminologi yang digunakan dalam skop yang sama seperti concrete thinking, sequential thinking, lateral thinking, vertical thinking, whole brain,  dll bagi menggambarkan penguasaan anda dalam literatur kajian anda tersebut. 

Ingat dik oii.... anda buat Master dan PhD..... tahap tertinggi tu. Kalau anda tak kuasai latar belakang dan perkembangan bidang kajian anda sendiri, elok tulis novel kanak2 jer....yang ada gambar dinosaur...macam Wardina.... 

Apsal ler comic kanak2 aku ni tebal sangat......
Patut ler..... penulisnya buat PhD..... emmm

Then bila dah tahu latarbelakang sejarah dan perkembangan, anda kena tahu pula current discovery... current research, current methodology,  dan macam2 current lagi....dalam bidang yang anda kaji.

Juga anda kena  tahu current issues yang sering dibahaskan. Oleh kerana perbahasan ini luas maka anda perlu fokuskan, katakan  bidang pendidikan. Jika anda dibidang pendidikan isunya seperti "Sejauhmanakah kesan CT dengan pencapaian pelajar?" atau "Adakah benar pelajar yang menggunakan otak kiri secara dominan lebih kreatif"....."Bagaimana mengukur CT dan HS pelajar" dan semua isu yang dibincangkan dalam journal2 artikel mainstream dalam bidang anda.

Ada juga perlu tahu metodologi kajian sejak dahulu hingga sekarang supaya anda boleh memantapkan lagi metodologi bagi kajian anda. 

Jadi..... saya ulang....jadi..... jika anda tak tinjau dan kuasai perkara diatas, macamana anda nak buat LR? Bukan sahaja nak tulis LR, nak buat outline LR pun tak boleh. 

Bila SV baca LR anda.... kelihatan dangkal, cetek dan tak comprehensive. Bila dia tanya sikit jer....anda tak boleh jawab.... maka tension ler jawabnya!!

Jika inilah hal yang berlaku, anda seperti orang "A blind Man and a dinosaur". Anda tak mampu menjelaskan the whole picture dan gagal figure out the dinosaur correctly sedangkan orang yang akan menyemak dan membaca LR anda adalah Steven Spielberg yang dah kaji byk tentang dinosaur.

Berbalik kepada LR, anda TIADA PILIHAN melainkan MEMBACA sebanyak mungkin material yang dapat memberikan anda tinjauan menyeluruh aspek yang anda ingin kaji. Apply lah snow ball technique  spt yang telah saya jelaskan dalam Tajuk 191.


Sebagai permulaan, dengan bantuan internet dan artikel2 umum termasuk WIKIPEDIA, anda dah boleh mendapatkan sedikit asas tinjuan kajian anda.... sebelum mementukan tajuk. Zaman2 dulu mana ader semua ini. Cuma ingat, Wikipedia tidak boleh dimasukkan sebagai citation. Anda kena cari juga sumber asal maklumat yang dibaca.

Sebab itulah saya dah pesan, jgn terlalu ghairah utk cari tajuk bombastic yang mungkin tak tercapai aqalmu....atau yang diluar pengetahuan anda, atau menentukan tajuk dahulu sebelum membuat intensif pre-reading atau berbangga dengan isu baru yang anda ingin kaji sedang knowledge anda masih jauh lagi !! 

Sebab itu ramai pelajar hanya berbangga dengan tajuk yang diilhamkan dari pemerhatian atau pembacaan satu dua majalah atau suratkhabar atau terbit dari sentimen peribadi.....tetapi kemudiannya tension mension utk menyiapkaan LR....


OT 

1 comment:

  1. Alhamdulillah...trima ksh Dr. Teruskan menulis.Syukur sbb bln Ramadhan yg berkah ini Allah baru prtemukan saya dgn blog ini...Di samping tips2 yg praktikal tak terkecuali sindiran2 tajam yg terkena batang hidung sendiri,membuatkan saya jd lebih "sedar diri" yg selama ini dah jauh hanyut.Blog Dr ini WAJIB dibaca sbg pre-requisite sblm seseorang itu buat decision utk enroll dlm postgraduate program.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...