Ramai yang nampaknya ghairah nak tahu menulis LR.... jadi saya cuba membuat sedikit percubaan untuk mensimulasikan bagaimana LR dapat ditulis. Tiada short cut, jangan pula buat long cut, tapi cubalah teliti tips simulasi berikut mudah2an dapat berkat dan LR anda dapat disiapkan dalam masa yang agak singkat !!
-------------------------------------------------------------
SOROTAN LITERATUR kajian bertajuk “Kesan animasi terhadap perubahan konsep Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4” oleh pelajar bernama Zahin.
Langkah 1:
Zahin sedang menyiapkan "zero draft" (kenapa "zero" hanya difahami oleh peserta bengkel jer...) bagi pendahuluan SOROTAN LITERATUR tentang keperluan mengunakan animasi dalam pengajaran Kimia. Zahin membuka online artikel dari International Journal of Science Education dan mendapati terdapat 3 artikel yang relevan. Zahin terus menggunakan teknik yang didapati dalam bengkel penulisan iaitu WWUR (write while u read - masa membuat WWUR dalam zero draft, tulis jer asal dapat capture idea dan fakta yang betul, ayat tak perlulah rapi sangat.....sebab akan dibaiki lagi)
Artikel pertama yang dibacanya adalah Animation in the classroom (Brown, 2003). Zahin meringkaskan artikel tersebut dalam ayatnya sendiri seperti berikut dan menaipnya dibawah subheading "Animasi dalam Pendidikan Sains" yang disediakan terlebih dahulu menggunakan aplikasi Document Map View / Navigation Pane spt yang diajar dalam bengkel:
Brown (2001) mengkaji kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep abstrak dan dinamik yang terdapat dalam subjek sains. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konsep sains yang saling berkaitan memerlukan pelajar memahami konsep-konsep asas terelbih dahulu. Pemahaman konsep asas ini akan membantu pelajar memahami konsep yang lebih abstrak dan dinamik. Kajian dapatan juga mendapati pelajar lelaki lebih mudah merasa bosan mempelajari sains berbanding dengan pelajar perempuan.
Artikel kedua dibaca oleh Zahin adalah PowerPoint Presentation and Students’ Conceptual Change in Chemistry (Black, 2002). Zahin menaip lagi dibawah subheading yang sama.
Black (2003) telah menjalankan kajian mengkaji hubungan antara persembahan PowerPoint subjek Kimia dengan keupayaan pelajar mengalami perubahan konsep dalam memahami konsep persamaan tindak balas. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat 3 faktor yang perlu sebelum pelajar boleh mengalami perubahan konsep. Pertama, bahan pengajaran hendaklah menunjukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik dengan pemahaman semasa pelajar. Keduanya bahan pengajaran hendaklah dipersembahankan secara logik mudah bagi membetulkan konflik pemahaman ini. Seterusnya, contoh-contoh mudah dipersembahkan bagi memantapkan perubahan konsep yang berlaku dalam minda pelajar.
Artikel ketiga seterusnya membandingkan penggunaan persembahan multimedia dengan animasi dalam artikel Effective Multimedia in Science Teaching, Green (2000). Zahin menaip lagi dibawah subheading yang sama.
Green (2002) memeriksa kesan animasi dalam persembahan multimedia subjek sains. Beliau mendapati 65% pelajar menyukai persembahan animasi dengan teks berbanding dengan 78% menyukai persembahan animasi dengan narrator.
Langkah 2:
Sebaik sahaja selesai, Zahin menulis bibliography dalam References Format APA DOI sebagai data base supaya tesisnya sentiasa up to date. Kemudian Zahin cuba apply tip DIRDIO (do it right do it once) yang diperkenalkan dalam bengkel.
Langkah 3
Selepas selesai menulis tiga paragraph ini, Zahin termenung sebentar bagi mencari idea bagaimana paragraph nya harus disusun dan akhir mencadangkan urutan berikut iaitu
1. kesukaran memahami konsep sains
2. faktor mempengaruhi perubahan konsep
3.penyediaan persembahan animasi yang dapat mempengaruhi perubahan konsep
Oleh itu Zahin menyusun paragraph dengan cut and paste:
Brown (2001) mengkaji kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep abstrak dan dinamik yang terdapat dalam subjek sains. Dapatan kajian ini menunjkkan bahawa konsep sains yang saling berkaitan memerlukan pelajar memahami konsep-konsep asas terlebih dahulu. Pemahaman konsep asas ini akan membantu pelajar memahami konsep yang lebih abstrak dan dinamik.
Black (2003) telah menjalankan kajian mengkaji hubungan antara style belajar dengan keupayaan pelajar mengalami perubahan konsep dalam memahami sesuatu konsep sains. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat 3 faktor yang perlu sebelum pelajar boleh mengalami perubahan konsep. Pertama, bahan pengajaran hendaklah menunjukan sesuatu yang boleh menimbulkan konsep mudah yang konflik dengan pemahaman semasa pelajar. Keduanya bahan pengajaran dipersembahankan yang logik dan mudah dipersembahkan bagi membetulkan konflik pemahaman ini. Seterusnya, contoh-contoh mudah dipersembahkan bagi memantapkan perubahan konsep yang berlaku dalam mind pelajar.
Green (2002) memeriksa kesan animasi dalam persembahan multimedia. Beliau mendapati 65% pelajar menyukai persembahan animasi dengan teks berbanding dengan 78% menyukai persembahan animasi dengan narrator.
Camni ker nak siapkan LR ? Apsal pak cik dan mak cik yang buat master / PhD tu kata lagi susah nak buat LR bagi tinggi nilai tesis tu - betul ker? |
Langkah 4:
Selepas itu Zahin menambah beberapa ayat bagi membetulkan paragraph supaya idea yang ingin disampaikan menjadi lancar dan ada continuity serta reflect kajian yang akan dijalankan. Zahin juga memastikan ayat yang di tulis mengikut prinsip 4 C - clear, concise, consistent dan coherent spt latihan hands-on dalam bengkel.
Zahin juga menulis dengan mengurangkan pendekatan seperti meringkaskan kajian lepas dan supaya suara Zahin lebih dominan dalam sorotan literatur. Zahin telah menghubungkan idea “penyediaan bahan pengajaran Kimia”, “animasi” dan “perubahan konsep” bagi memberi konteks kepada kajian yang beliau jalankan (ayat yang bergaris adalah idea yang diambil dari petikan).
Maka Zahin pun menaip semula seperti berikut (masa ni lah perlu apply 4 C):
Subjek Kimia mula diajar pada Tingkatan 4 dengan andaian pelajar telahpun menguasai konsep-konsep asas seperti atom, mokelul, ion serta persamaan kimia semasa mempelajari subjek Sains dari Tingkatan 1 hingga 3. Subjek Kimia sebagaimana subjek sains yang lain diajar berdasarkan urutan konsep-konsep asas sehingga kepada konsep yang lebih komplek. Urutan ini menjelaskan mengapa konsep yang mudah dan konkrit perlu dikuasai terlebih dahulu semasa pengajaran, sebelum konsep yang lebih lebih komplek, abstrak dan dinamik diperkenalkan kpada pelajar (Brown, 2001). Cara penyusunan begini akan memudahkan berlakunya perubahan konsep secara bertahap dalam minda pelajar.
Perubahan konsep secara bertahap dari konsep kimia yang mudah kepada konsep kimia yang lebih sukar tidak akan berlaku begitu sahaja. Menurut Black (2003), terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perubahan konsep dalam minda pelajar. Pertama, bahan pengajaran hendaklah menunjukan sesuatu konsep secara yang boleh mencabar pemahaman asas pelajar. Situasi ini diperlukan bagi menimbulkan konflik dalam minda pelajar. Keduanya bahan pengajaran dipersembahankan secara mudah dan logik bagi merungkai konflik pemahaman yang wujud dalam minda pelajar. Seterusnya, contoh-contoh mudah dipersembahkan bagi memantapkan perubahan konsep yang mula berlaku dalam minda pelajar. Dengan ini, bahan pengajaran dalam subjek seperti kimia perlu disediakan dengan mengambilkira tiga aspek ini.
Penyediaan bahan pengajaran bukan lagi sesuatu yang sukar di era perkembangan yang pesat dalam teknologi komputer. Aplikasi multimedia dalam penyediaan bahan pengajaran telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kelas-kelas sains. Penyediaan bahan pengajaran PowerPoint yang diintegrasikan dengan audio, video, imej serta teks umpamanya telah terbukti mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari sains. Kajian terdahulu (lihat Green, 2002) menunjukkan bahawa pelajar akan lebih berminat jika bahan pengajaran multimedia dapat diintegrasikan pula dengan animasi. Sebagai contoh, dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa 65% pelajar menyukai persembahan animasi dengan teks manakala 78% menyukai persembahan animasi dengan narrator. Kajian ini menunjukkan kesan positif dari persembahan animasi yang diintegrasikan dalam bahan pengajaran subjek sains.
Oleh itu animasi juga sesuai diintegrasikan dalam penyediaan bahan pengajaran subjek brasaskan sanis seperti Kimia. Oleh kerana subjek Kimia memerlukan perubahan konsep dari konsep mudah ke konsep yang lebih komplek dan dinamik, maka keperluan membina bahan pengajaran beranimasi perlulah dilakukan dengan mengambilkira faktor yang mempengaruhi perubahan konsep pelajar.
Langkah 5:
JUST DO IT !! Teruskan penulisan, tambah bacaan dan apply tips WWUR dan DIRDIO dan jangan hantar kepada SV selagi sorotan literatur anda tidak lengkap !
Mudah2an sedikit lagi penerangan tentang LR ini dapat membantu anda - samada anda tulis dalam English atau Malay.
OT
New here...short..precise n very helpful...i can follow the steps suggested easily but still am interested to join the workshop after raya, hopefully still have the place...i'm lucky to get hold to this blog..tq Doc
ReplyDelete