.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, August 23, 2011

TAJUK 200: ANDA ADALAH THE FIRST AUTHOR UTK ARTICLE ANDA



Saya menerima pertanyaan dalam bengkel tentang siapa yang sebenarnya menjadi penulis atau pengarang pertama dalam journal article yang ingin diterbitkan. Ini satu lagi isu yang agak kontroversi kerana penulis utama akan mendapat kredit atau point yang lebih (dalam kenaikkan pangkat misalnya) berbanding penulis yang lain. Maybe terdapat situasi anda sebagai pelajar PhD / master tidak sedar keadaan ini lalu membenarkan (secara sedar atau tidak) individu lain yang menjadi penulis pertama (first author) bagi kajian dan artikel yang anda publish.


Bersama bakal "DR" yang akan menerbitkan banyak artikel.....

Isu siapa patut jadi the first author apabila menghasilkan artikel utk publication perlu ditangani dengan tenang,jujur tanpa perlu mengundang kontroversi. Dalam hal ini, saya ingin membawa semua pelajar postgraduate yang maybe tidak berapa kisah akan hal ini akan beberapa prinsip utama dalam penentuan first author. Prinsip ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menulis artikel.

First author (namanya paling atas dalam senarai penulis dalam artikel) adalah seseorang yang (i) benar2 telah menjalankan kajian dan (ii) benar2 telah menulis artikel tersebut. 

Saya ulang.....(i) benar2 telah menjalankan kajian dan (ii) benar2 telah menulis artikel tersebut. Ini adalah asas kepada persoalan di atas. Jika sah bahawa anda yang menjalankan kajian, then anda pula yang menulis.. maka anda adalah penulis utama.

Namun, terdapat individu lain juga yang telah memberikan sumbangan yang bermakna dan signifikan (memberi komen, menyemak, memberi konsultansi, memberi idea, mengedit tetapi bukan menulis atau menjalankan kajian secara lansung) layak disenaraikan dalam senarai author.... TETAPI BUKAN sebagai penulis pertama kerana bukan mereka yang menjalankan kajian dan menulis artikel tersebut. 

Namun, jika mereka turut terlibat dalam menjalankan kajian dan menulis sebahagian artikel bersama anda, maka bergantung kepada persetujuan bersama untuk menentukan siapa yang patut menjadi penulis utama. Saya pernah berada dalam situasi begini, sama-sama tulis dan buat research. Jadi jalan paling mudah adalah dengan sama2 menulis dua artikel, satu nama saya sebagai first author dan satu artikel lagi nama clique saya. Wb pun, eloklah mendapat maklumat awal prosidur berkaitan hal ini supaya tidak kecoh belakang hari.... 

Dengan ini perlulah diketahui bahawa dari segi etika penulisan artikel, jika individu yang sebenarnya telah menjalankan kajian (seperti pelajar master dan PhD) dan kemudian menulis artikel tersebut, maka nama pelajar tersebutlah yang tersenarai sebagai penulis utama (first author) dan bukannya individu lain. 

Namun terdapat juga bidang yang meletakkan susunan alphabetical order utk nama penulis, tetapi amalan ini bukanlah amalan mainstream, setakat yang saya maklum. Begitu juga jika ada institusi yang mengamalkan prosidur yang berbeza dalam penentuan penulis utama. Saya cuma utarakan prinsip paling asas mengikut apa yang saya telah lalui. 


Jadi menjadi hak anda untuk bertanya dan mendapatkan clarify jika anda bukan penulis pertama bagi artikel yang anda tulis dari kajian anda sendiri. Sebab bertanya bukanlah satu kesalahan....

Manakala corresponding author pula adalah seseorang yang sanggup mengendalikan semua respon dengan editor, reviewer atau pembaca. Jadi penulis utama boleh juga tetapi tidak semestinya menjadi corresponding author.

Moga perkara ini menjadi jelas dan menjadi satu lagi pengetahuan tambahan kepada anda yang bakal menulis artikel untuk diterbitkan....

Ada sesiapa nak beri respon?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...