.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 13, 2012

Tajuk 425: Atlas.ti Siri 6 - Lagi Contoh triangulation dalam ATLAS.TI

Saya masih ingat, 7,8 tahun dulu, hampir semua postgraduate (PG) takut utk membuat kajian kualitatif kerana menganalisis data quali dianggap sukar... leceh dan memenatkan. Stigma ini masih wujud sehinggalah ada SV sendiri yang tidak galakkan supervisee mereka membuat kajian kualitatif.

Satu isu yang besar adalah validation dan realibility data yang diperolehi. Pelajar yang membuat kajian quanti akan menggunakan selalunya "chronbach alpha" dan "validated by panel of experts" sebagai perisai ampuh mempertahankan  reliability dan validity kajian mereka. 

Ini menjadikan PG yang membuat kajian quali terketar2 kerana data mereka hanya boleh mempertaruhkan validation, kerana relibility bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan dalam kajian quali. Namun, mempertahankan validation of data juga suatu yang tidak "mudah" walaupun PG tersebut membuat methods pengumpulan data yang berbeza utk tujuan triangulation.

Kemudian muncul Nudist, ethnography dan kemudian diikuti dgn Nvivo. Nvivo terus menjadi popular dlm kalangan researcher dan penganut fahaman quali di Malaysia. Namun begitu, entah mengapa  pengetahuan menggunakan NVivo menjadi agak ekskusif.... kerana tak ramai yang menguasainya.... sehingga ada yang masih selesa memerah keringat menganalisis secara manual.

Kini muncul wpun agak lewat, ATLAS.TI.....Kedua-dua NVivo dan Atlas.ti adalah perisian yang menjadi "alat" utk mempercepatkan proses menganalisis data quali melalui proses utama iaitu coding. Saya sempat mempelajari NVivo tetapi secara peribadi saya lebih tertarik kepada Atlas.ti kerana bagi saya ianya mudah di kendalikan wpun baru pertama kali bersua muka.

Dalam entry ini saya hanya akan menyentuh satu contoh hasil analisis Atlas.ti bagi tujuan menunjukkan triangulation bagi mengesahkan satu coding melalui EMPAT bentuk data yang berbeza iaitu foto, audio, quotation dan video yang digabungkan dalam satu network secara explicit. Network ini jika di tunjukkan dalam tesis, dapat menwakili satu bentuk triangulation data bagi menyokong dan memberi justifikasi kepada makna bagi satu code yang telah dipilih. 

Ini adalah satu contoh mudah:


Pic di atas adalah  contoh satu network asas dalam Atlas.ti... menunjukan triangulation empat jenis data berbeza iaitu:

(i)   quotation (.doc),
(ii)  data picture (glider.jpg),
(iii) data video (wildlife.wmv) dan...
(iv) data audio (sleeping away.mp3)

Ini belum lagi ada link ke "memo". 

Kesimpulannya..... dgn Atlas.ti ... menganalisis data quali bukan sahaja menjadi lebih mudah, cepat dan efisyen tetapi dapat menunjukkan secara explicit triangulation yang boleh menyokong validity dapatan data qualitative.... dan yang penting network di atas adalah output Atlas.ti bukannya anda suka2 lukis macam tu..... !!

Jam menunjukkan pukul 1.10 pagi....pasti anda sedang diulit mimpi..... saya mohon mengundur diri... jumpa lagi esok hari.....wassalam

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...