.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 4, 2012

Tajuk 416: Teknik cite bbrp sumber berbeza serentak - Ust Don bertanya...

Ketika aku dalam kuliah pagi tadi… hp aku berbunyi…. tapi aku IGNORE sebab kelas sedang berlansung. Kemudian disusuli satu message….di akhir kuliah aku buka message tersebut...rupanya dari pengantin baru….. Ust Don. Semua orang kenal Ust Don, dan saya excited bila dia sms ingin berjumpa. Ini adalah ekoran bengkel saya di KUIS 2 minggu lepas yang mana Ust Don tak dapat bersama....

Ust Don menceritakan skop kajian beliau

Akupun reply dan kami bertemu di Nuin Little Perak, Bandar Baru Bangi. Kami berbincang banyak perkara tentang research…. dan salah satu yang aku nak kongsi adalah isu petikan dari beberapa sumber rujukan serentak.

Aku sering mendapat pertanyaan dan merasakan betapa timbul ketakutan dan confused dalam diri siswazah utk mengubah petikan yang diambil dari sumber tertentu....takut mengubah maksud ayat yang dipetik.... tetapi jika tak diubah ayat tersebut.....plagiat ler pula.

Semua orang tahu…. tiada dua kajianpun yang sama 100%. Jadi setiap artikel atau sumber rujukan ditulis mengikut kehendak pengarang…. dgn cara dan style berbeza... context berbeza.... sampel berbeza..method berbeza dll

Timbul persoalan, macamana nak gabungkan beberapa petikan dari beberapa artikel (termasuk buku dll) yg berbeza sedangkan setiap petikan tersebut ditulis oleh pengarang berbeza dgn cara yang berbeza utk kajian yang berbeza? 


Aku ambil kesempatan menjelaskan approach kajian yang effective kpd Ust Don

Adakah kita boleh ubah ayat yang dipetik dari sumber2 tersebut? Jika diubah, tentu akan berubah maksud petikan dan kalau tak diubah takut akan jadi plagiat? Abis camno?

Biar aku ulas perlahan-lahan.....bagi melerai ke"confuse"an anda....

Perhatikan satu ayat (bergaris) di bawah (warna kuning) yang ditulis dalam satu artikel yang terhasil dari petikan (citation) LIMA artikel lain yang berbeza. Ayat ini diambil dari artikel Mayer (2002) terbitan journal tersohor - Educational Psychology Review, Vol. 14, No. 1, March 2002.

Perhatikan ayat oleh Mayer (2002) berikut dan lima senarai artikel di cite dalam artikel beliau: 

Mayer (2002) menulis....

In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach scientific or mathematical concepts (Dunbar, 1993; Moreno & Mayer, 2000; Moreno et al., 2000; Rieber, 1990; White, 1993).

Lima sumber yang di cite oleh Mayer (2002) adalah dari:

1. Dunbar, K. (1993). Concept discovery in a scientific domain. Cogn. Sci. 17: 397- 434.

2. Moreno, R., and Mayer, R. E. (2000). The case for  minimizing irrelevant sounds in the design of multimedia instructional messages. J. Educ. Psychol. 92: 117–125.

3. Moreno, R., Mayer, R. E., and Lester, J. C. (2000). Life-like pedagogical agents in constructivist multimedia environments interaction. In Proceedings of EDMEDIA 2000, AACE Press, Charlottesville, VA, pp. 741–746

4. Rieber, L. P. (1990). Animation in computer-based instruction. Educ. Technol. Res. Dev. 38: 77–86.

5. White, B. Y. (1993). ThinkerTools: Causal models, conceptual change, and science education. Cogn. Instr. 10: 1–100.

Persoalan 1:
Adakah kesemua lima artikel yang dirujuk  oleh Mayer (2002) di atas menulis tentang science dan mathematics spt perkataan dalam ayat bergaris?

Tak ada kan?

Cuma Dunbar (1993) dan White (1993) yang menulis tentang science, tapi kedua2nya dalam context yang berbeza (discovery dan conceptual change). Tiga lagi artikel adalah berkaitan dengan multimedia, animation dan constructivist, yang juga dalam context yang berbeza. 

Bagaimana dgn mathematics.... tak adapun !

Persoalan 2:
Jika dah kesemua lima sumber rujukan tu berbeza, macamana Mayer (2002)  boleh merumuskan kelima2 sumber tersebut dalam satu ayat pendek berikut.... boleh ke?

In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach scientific or mathematical concepts...... 

Persoalan 3:
Adakah Mayer (2002) yang menulis petikan tu tak takut mengubah maksud asal kesemua artikel yang dirujuk kerana kesemuanya di cite sedangkan masing2 dalam context kajian yang berbeza…..tak takut ke Mayer (2002) buat begitu....atau kerana dia adalah sifu yang established dan tersohor dalam multimedia learning?

Penjelasan:
Mayer (2002) telah menggabungkan kelima2 artikel sebagai citation kerana KESEMUA LIMA artikel yang dirujuk mengkaji  KONSEP YANG BOLEH DIGABUNGKAN BERSAMA (animation, multimedia dan constructivist learning) yang apabila digabungkan telah membawa kepada maksud umum yang secara CONCEPTUAL menyokong kajian Mayer (2002) iaitu:

SEBARANG ANIMASI ATAU MULTIMEDIA ATAU GAMES (DITULIS SEBAGAI MICROWORLD) YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN SECARA CONSTRUCTIVIST (SPT SCIENCE DAN MATEMATICS), PELAJAR MENGANGGAP MICROWORLD TERSEBUT HANYALAH SEBAGAI GAMES.

Kesimpulan:
Memetik satu sumber artikel atau gabungan beberapa artikel bukan melihat kepada maksud perkataan demi perkataan atau context kajian yang pasti berbeza dari satu artikel ke artikel yang lain… TETAPI menganalisis dgn memetik KONSEP atau IDEA yang sama dari artikel2 tersebut dan kemudiannya disintesis dalam ayat sendiri dalam bentuk yang berkaitan dgn kajian sendiri....

Application kepada penulisan tesis:
Satu nasihat......dalam penulisan thesis, tak disarankan menggabungkan terlalu banyak sumber dalam satu ayat kerana setiap sumber yang dirujuk perlu dikupas dengan lebih detail kerana penulisan thesis perlu lebih mendalam berbanding penulisan article. Namun begitu, prinsip penggabungan beberapa rujukan adalah sama samada menulis article ataupun thesis. Yang beza adalah, thesis memerlukan huraian yang lebih mendalam. Sebab itu, selalunya hanya 1 atau dimana perlu 2 citations digabung sekaligus dalam ayat sebuah thesis, tidaklah sampai  4 apatah lagi 5 citations digabung sekali gus seperti yg terdapat dalam artikel.

Contohnya dalam satu paragraph sebuah article mungkin ada 8 citations berbanding dgn satu paragraph dalam thesis yang mungkin ada 4 citation sahaja, manakala 4 citations lagi dikupas dalam beberapa paragraph thesis tersebut seterusnya secara lebih detail... begitulah seterusnya...

Phew.... fening aku nak jelaskan.... dan silalah baca Tajuk 14 blog ini utk dapatkan gambaran apa yang aku cuba jelaskan dalam tulisan ini...


Nasihat terakhir:
Jadi....JANGAN TAKUT utk membuat citation dan menggabungkan beberapa citation tulisan spt tulisan Mayer (2002) di atas supaya anda boleh terus tulis...tulis dan tulis..... asalkan sumber yang dipetik dikekalkan "konsep" atau "idea" yang sama (bukan ayat yang sama) diikuti dgn ditulis sumber citation tersebut !!

To recap....jangan takut utk menulis dan membuat citation...asal kekalkan "idea" artikel yang dipetik bukannya melihat perkataan demi perkataan kecuali bila anda membuat Direct Quotation sahaja.  Then lakukan teknik DMIRMIW (DONT MAKE IT RIGHT, MAKE IT WRITTEN) yang saya ajar dalam bengkel utk terus menulis dan menulis dan menulis....biar berdesup2..... moga berjaya

(Kalau ada tak setuju dgn kupasan dan penjelasan di atas, bandingkan individu yang tak setuju tersebut dgn Mayer yang telah menulis ratusan articles yg established dan menulis bbrp buku....serta founder Multimedia Learning Theory.... )

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...