.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 3, 2012

Tajuk 416: Triangulation – Apa, kenapa, bagaimana dan bila?


Sebelum aku kupas TRIANGULATION...aku ingin panjatkan syukur kepada Allah kerana paper aku telah diterima utk publication... sebagai bonus hujung tahun, maklumlah aku bukanlah penyelidik tegar yang ada puluhan pelajar Master dan PhD. 


Keratan asal yang aku hantar kepada ScienceDirect pada Oktober lepas.. satu artikel 8 pages yang straight forward !

Aku dah mula jatuh hati dgn kajian kualitatif. Bukan apa.... kajian kualitatif telah lama dianaktirikan kerana data yang diperolehi rumit utk dianalisis dan melibatkan banyak ruang manipulasi. Adakah ini satu mitos?

Kajian kuantitatif pula spt mendabik dada dengan kecanggihan perisian menganalisis data kuantitatif dan digilai oleh ramai siswazah dalam menjalankan kajian untuk mendapatkan master atau PhD. 

Tapi aku berpendapat, kajian kualitatif perlu mendapat tempat kerana terlalu byk fenomena yang semakin kompleks berlaku didepan dan belakang kita. Dgn bantuan NVIVO dan ATLAS.TI.... fenomena ini boleh diintepret dan memberi makna disebalik kewujudan fenomena tersebut.


Jadi aku ingin menyentuh satu aspek dalam kajian kualitatif iaitu triangulation. Persoalan ini tidak dapat dielakkan dan pasti ditanya semasa viva..... Aku akan cuba kupas secara sempoi isu triangulation ni... yang kalau nak baca buku..dahlah tebal-tebal... macam2 pendapat pulak ada.... mahu fening dibuatnyer...

1. Amende ler triangulation tu?
Secara mudah, triangulation boleh difahami sebagai pelbagai kaedah  menganalisis sesuatu data kulaitatif atau fenomena bagi meningkatkan validity interpretasi  yang dibuat terhadap sesuatu konstruk atau fenomena yang dikaji.

2. Kenapa sibuk2 nak buat triangulation ni?
Pertama, bagi mengatasi kelemahan dan biasness yang wujud dari analisis data kualitatif yang kompleks dan dinamic jika hanya bergantung kepada satu kaedah tunggal sahaja.

Kedua, bagi membekalkan penjelasan yang lebih bermakna dan lebih comprehensive kepada data kualitatif hasil dari penggunaan  beberapa kaedah yang berbeza.

3. Ada berapa pulak jenis2 triangulation ni?

a. Data triangulation
Ringkasnya adalah penggunaan  pelbagai jenis data – masa, ruang (space) dan person. 

i. Masa - contohnya data diperolehi dari masa-masa yang berbeza… termasuklah data cross-sectional (orang lain dlm masa sama) atau longitudinal (masa lain tapi orang sama).

ii. Space – data diambil merentasi budaya  dan sub-budaya… spt ambil budaya Melayu vs Cina vs Kadazan ataupun budaya Melayu Minang vs Melayu Banjar dll

iii. Person – data diambil dari perbagai latarbelakang, individu, organisasi, society… spt ambil guru sekolah vs guru IPTA atau masyarakat luar bandar vs masyarakat dalam bandar...

b. Investigator triangulation
Melibat beberapa pemerhati yang memerhatikan atau merekod sesuatu pemerhatian yang sama

c. Theory triangulation
Melibatkan lebih dari satu teori dalam  menjelaskan sesuatu fenomena dari pelbagai sudut spt sudut kognitif, society, agama, budaya dll

d. Methodological triangulation
Melibatkan between-methode and within-methode bagi menjawab persoalan kajian. 

Between–methode adalah spt menggunakan method berbeza terhadap sample yang sama utk semak validity spt penggunaan satu lagi soalselidik yang lain bagi mengesahkan validity konstruk soal selidik kajian. 

Within-methode adalah menggunakan soal selidik yang sama tetapi pada masa yang berbeza bagi menguji reliability.

4. Bilalah pulak nak jalankan triangulation ni?
Triangulation ini pada asasnya diperlukan dalam kajian kualitatif….bagi meningkatkan validity kajian tetapi sgt-sgt diperlukan dalam kajian seperti berikut:

i. Fenomena yang dikaji menimbulkan kontroversi dan sensitif maka intrepretasi yang lebih menyeluruh dari berbagi sudut diperlukan. Dalam  isu sentimen agama, jgn hanya lakukan kepada orang Melayu sahaja sebab rakyat bangsa lain juga ada sentimen agama. Jadi triangulation diperlukan bagi meningkakan validity dapatan dan mengelakkan biasness

ii. Fenomena yang dikaji sgt kompleks dan dynamic spt fenomena penagihan dadah yang tak pernah selesai yang melibatkan pelbagai pihak, individu, keluarga dan agensi penguatkuasaan sama spt fenomena rasuah yang perlu dikaji dari pelbagai sudut….atau fenomena mengejar PATI kerana bekerja dan mengumpul harta tanpa permit (camner puluhan ribu PATI boleh berniaga dan bekerja di KL saja..)

Jadi yang ingin buat kajian kualitatif... jgn lupa aspek triangulation ini dari awal kajian....

Aku juga mengharapkan para "pendakwah", "ustaz" dan "ustazah"...."motivator" perlu turun kepadang.... buat kajian dan fahami fenomena masyarakat samada yang baik mahupun sebaliknya. 

Selain berceramah dikaca TV, dicorong radio, dihelaian majalah dan seminar2...di kem2 motivasi cuti sekolah.....atau membuat ulasan hanya berdasarkan pengakuan individu.. atau persoalan dari peserta ceramah.... atau hanya mengupas buku orang lain atau merujuk laporan2 akhbar... turunlah ke padang menyinsing lengan meninggalkan bilik aircond, set dan konti dan kereta mewah....membuat kajian kualitatif....dan menganalisis sendiri fenomena masyarakat... dan kenapa boleh terjadi sedemikian rupa...moga budaya membuat research membawa kebaikkan kepada umat sejagat..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...