Emmm…. saya tak explorepun kemungkinan tersebut…. sebab saya gunakan Mendeley sebagai reference manager, tak terfikirlah ATLAS.TI pun boleh dimanipulasi utk tujuan tersebut. Tetapi setelah ditanya, sayapun explore dan ingin mencadangkan beberapa langkah mudah bagi menjawab persoalan di atas.
Jika sebelum ini saya tunjukkan dalam bengkel saya Mendeley sebagai reference manager, dalam entry ini saya nak tunjukkan kebolehan ATLAS.TI sebagai reference manager, bukan utk mencari articles spt Mendeley... tetapi utk mencari quotation yang dah kita codes utk digunakan dalam penulisan LR.
Bagi yang mengurus banyak pdf artikel dalam analisis quali anda boleh menggunakannya sebagai alternative, khususnya quotation dalam artikel yang anda ingin rujuk semasa menulis tapi tak tahu di mana….. ATLAS.TI boleh membantu anda !!
Katakan anda ada 4 artikel pdf, cukuplah 4 sebagai contoh. Ini langkah2 sempoi utk anda ikuti…
Langkah 1.
Buka ler ATLAS.TI anda…..jgn malu2... wpun anda guna yang trial version
Langkah 2:
Selalunya anda akan Add Documents (My Library) tapi kali ini anda klik:
New – Assign External Document
Langkah ini menghasilkan link ATLAS.TI ke semua pdf anda
Langkah 3:
Lepas itu satu box akan di buka dan browse ler fail pdf anda…. highlighted dan klik OPEN, cam biasa yang anda selalu buat tu….then 4 fail tersebut akan di link ke ATLAS.TI
Langkah 4:
Kemudian anda bukalah setiap pdf tu macam biasa…. dan carilah mana2 quotations yang penting dalam artikel tersebut, tetapi mesti dijadikan satu code (sebab ATLAS.TI adalah perisian coding).
Berikut contoh bila anda highlight kan satu quotation dalam artikel tersebit dan nama sebagai code “Chemistry”.
Langkah 5:
Lakukan selanjutnya jika anda ada beberapa lagi quotations yang penting dan jadikan sebagai codes. Katakan anda ada satu code bagi setiap artikel iaitu (lihat pic dibawah):
- Chemistry
- clark
- mayer
- model
Ringkasan:
Katakan anda membaca artikel pertama oleh Treagust (2004) dan anda ada satu quotation menarik sebagai rujukan model kajian anda yang anda ingin masukkan dalam LR. Maka anda highlight quotation tersebut dan code sebagai “Chemistry”.
Maka apabila anda telah selesai membaca katakan 20 artikel, dan anda ada 30 codes bagi 30 quotations. Apabila anda ingin menulis LR, dan anda sampai ke bahagian yang memerlukan anda memasukkan quotation Chemistry, maka andapun klik code "Chemistry", maka anda klik sahaja code tersebut, maka codes tersebut akan membawa anda ke artikel berkenaan dgn terus merujuk kepada bahagian quotation yang telah anda code kan sebelum ini. Ini memudahkan anda tahu sumber quotation tersebut berdasarkan code yang anda berikan.
Saya berpendapat, jika idea ini dikahwin kan dgn Mendeley..... mesti melele..... dan bagi peserta bengkel saya semalam.... kenapa tidak mencuba langkah2 ini.....selamat mencuba !!
OT
No comments:
Post a Comment