.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, December 29, 2012

Tajik 432: ATLAS.TI Siri 12 - Bila nak guna OPEN, AXIAL dan SELECTIVE CODING tu ?

Woo… ko dah ada lessen ATLAS.TI 

Mestilah takkan selamanya nak guna yang trial jer… lagipun tak mahal….sgt reasionable utk pelajar macam ko juga


Aku nak tanya  satu soalan yang menghantui benak fikiran aku, bila aku baca buku qualitative….tiga benda ni mesti ada – OPEN, AXIAL dan SELECTIVE CODING….. amende tu bro? 

Bila masa pulak nak apply masa buat ATLAS.TI? Malah bro…. tak der pun feature2 tu dalam ATLAS.TI?


Meh aku bagi tau ko…Code adalah jasad kajian qualiltative. Coding adalah rohnya. Kalau tak ada code dan tak tahu 3 proses coding tu, ibarat entity yang tak ada jasad dan roh….yang hanya boleh wujud dalam mimpi dan hayalan ko saja...


Mak ai… ke situ ler pulak perginya ! Tunjukkan pada aku plsss… supaya kajian aku ada jasad dan roh… bukan sekadar KISAH DONGENG...

OK..OK... aku bagi langkah demi langkah secara paling mudah dan sempoi. Kalau nak baca buku qualitative macam Lyn Richards atau Glaser and Strauss.... fening-fening.... dah ler tebal.... berbelit2 bro.... 

Jadi berikut aku bagi 3 langkah sempoi... bagi ko fahami konsepnya... terutama yang dah ikut bengkel ATLAS.TI aku.... Kalau yang belum guna ATLAS.TI tu.... sayugia aku katakan bahawa kefeningan aku dgn konsep Open, Axial dan Selective Coding sejak dulu terlerai dgn menggunakan ATLAS.TI. Ini Siri 12 atlas.ti yang aku tulis. Sila rujuk juga Siri 1 - 11 dlm entry sebelum ini.

Pertama:
Katakan ko nak code dan codingkan statement di atas yang aku warna dgn warna pink... maka ko pun buat OPEN CODING dgn codes spt dibawah:




Yang terhasil dari 8 quotation berikut (yang diringkaskan dalam quotation manager ATLAS.TI):



Codes yang ko buat adalah "Ada lesen", "Proses coding", "Open", Axial", "Selective", "Roh", "Jasad", "Analogi" dan codes lain yang ko fikir sesuai.... sebab tu namanya open !!


Kedua:

Selepas selesai OPEN CODING, KO cuba kategorikan semua coding mengikut ciri2 yang sama atau termasuk dalam satu family yang sama.... maka katakan ko dapat 3 kategori / theme / construct yang sama iaitu "Proses", "Analogi" dan "Atlas,ti". 

Kategori ni ko yang tentukan dari open coding yang dah ko buat di atas dan kategori ini sgt mudah dihasilkan dengan Code Manager ATLAS.TI ... sekelip mata jer.....dan kemudian tunjukkan dlm network ATLAS.TI.


Network kategori "Proses"


Network kategori "Analogi"


Network kategori "ATLAS.TI"

Langkah membuat kategori atau theme atau construct (istilah2 ni sama jer tapi macam2 nama diaorang guna sampai confused kawan2 yang baru nak kenal kajian qualitative) ini adalah langkah membuat membuat AXIAL CODING

ATLAS.TI tak tahu nak jadikan codes tu dalam kategori / theme / construct yang sama... jadi ko sebagai researcher cuba mengkategorikan codes tadi...dgn nama yang ko fikir sesuai spt "Proses", "Analogi" dan "ATLAS.TI" mengikut kesesuaian isu dalam transkrip di atas. Sebab tu ler kajian quali ni flexible.... tapi bukan hentam keromo k....

Ketiga:
Selesai membuat kategori / theme / construct, tugas seterusnya adalah mencari makna atau cerita dgn menggabungkan semua kategori / theme / construct cara yang dapat menghasilkan satu cerita / makna / interpretasi yang menepati keseluruhan transkrip tersebut.

Kat sini ko kena skit kreatif... maybe try-n-error dgn membuat beberapa network dan select network yang paling hampir memberi makna atau intepretasi kepada transkrip ko tu...

Ko mesti bersikap selective sebab ada kategori yang mungkin tidak berkaitan dgn makna atau memberikan apa2 makna.... Semasa melakukan ini, ko sebenarnya sedang membuat  SELECTIVE CODING .... bagi memberi makna keseluruhan transkrip di atas di atas..

Berikut adalah hasil selective coding yang menggabungkan 3 kategori di atas.....yang ko paparkan dalam bentuk network ATLAS.TI.


Network yang terhasil selepas proses OPEN, AXIAL dan SELECTIVE Coding...
yang beri makna kpd keseluruhan transkrip...

Network inilah "THEORY" yang tertanam (grounded) dalam transkrip...

SELECTIVE CODING yang ko hasilkan menunjukkan perkaitan antara codes dan kategori dan perkaitan ini memberikan makna yang ko sendiri boleh fahami spt yang dihasilkan dari network di atas....semua ini begitu mudah boleh dilakukan dgn ATLAS.TI....

Bayangkan ko ada ratusan codes.... dan akhirnya ko berjaya dapatkan perkaitan antara kesemua codes tersebut melalui kategori atau theme atau construct tertentu yang digabungkan secara selective utk hasil (inductive) atau confirm (deductive)  theory kajian ko tu...

Inilah kelebihan ATLAS.TI.... sgt mudah nak code (open), then buat kategori (axial) then hasil atau confirm teori (selective)..... sebagai asas kepada grounded theory.....watchaaa !!

Berikut adalah satu contoh ringkas open, axial dan selective coding yang dihasilkan dari satu temuduga ringkas dgn dua kanak2 tadika tentang apa yang mereka tahu berkaitan buah dan warna....menunjukkan buah durian mempunyai groundedness yang tinggi iaitu yang paling ketahui oleh kanak2 tersebut...



Berikut ni pulak tak ada kena mengena dgn ATLAS.TI.... tapi adalah beberapa photo cubaan aku bermain dgn  DSLR aku....aku paparkan disini emmm....ko tafsirkanlah sendiri photo2 tu..









OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...