.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 3, 2012

Tajuk 414: Jgn meraba dalam terang - Title VS Research Question


Aku berjalan lesu… sambil otak ini ligat berfikir….. tanpa disedari aku telahpun sampai di warong tempat aku selalu menghilang haus ditekak. Petang ini redup. Terasa sejuk…  Sebaik sahaja sampai disebuah kerusi dan meja yang kelihatan usang, aku labuhkan punggungku perlahan2…sambil mata ku tertumpu pada  sebuah surat khabat lama  yang sedia ada di atas meja. TAJUK berita tersebut telah mengundang PERSOALAN dalam benak fikiran ku….

Apa hal dgn ko ni…. belajar tulis novel ker?

Nilah aku nak citer pasal TAJUK dan PERSOALAN …. Tapi bukan dalam akhbar tapi dalam research…

Pulok dah…

Bukan apa…. Aku terserempak dengan seorang pelajar Master,  aku tanya… buat research  ker?

Dia jawab ye….

Then dia tunjukkan tajuk kajian yang dia tulis di atas sekeping kertas. Dia tanya saya…. kena tulis IV dan DV secara jelas dalam tajuk kajian ke?  Macamana nak tulis tajuk supaya orang tahu IV dan DV dan apa kajian kita nak buat? Saya confused !

Akupun “paused” sekejap…

Apa hal bro… ko panic ker?


Kupas durian pun susah... nikan kupas sebuah kajian so siapkan diri dgn segala kemahiran yang ada..termasukkan Persoalan Kajian yang mantap

Tak….aku fikir camner nak bagi pelajar tu pulak panic !! Aku pun tanya dia balik…. “Wajib ke tulis IV dan DV secara terang2 ker dalam tajuk?"

Pelajar tu mula panik…  "Aah kena tulis…. Sebab semua orang kata macam tu… semua kawan2 saya pun kata  benda yang sama…"

Saya pun tanya lagi….. "Kalau ada kajian2 yang sempoi2 macam mengkaji hubungan antara motivasi dan pencapaian… mana IV dan mana DV?"

Dia jawab dgn confident – "Motivasi lah…sebab motivasi menyebabkan  pencapaian… jadi motivasi adalah  IV dan pencapaian  DV …"

Emmm…… kalau kita ada dua situasi ni macamana?

Pertama:
Pelajar A suka sains sebab dia suka alam sekitar dan haiwan…. tapi malas sikit nak belajar, macam orang kurang motivasi. Satu hari dia dapat markah tinggi dalam sains….maka dgn pencapaian tersebut terus meningkatkan motivasi dia untuk belajar sains... makin tinggi markah makin tinggi motivasi dia !!

Kedua:
Pelajar B suka sains tapi tak secara mendalam… markah dia kadang2 tinggi kadang2 rendah. Bila dia bermotivasi utk belajar maka pencapainnya akan bagus. Bila pencapaian dia bagus dia juga akan bermotivasi utk belajar….

Jadi dalam kedua2 kes di atas, sukar utk menentukan mana DV dan mana IV. Tambahan kajian korelasi tidak semestinya melibatkan DV atau IV… apatah lagi kita tak manipulate IV pun utk lihat kesannya pada DV…betul tak…

Pelajar tu pun terdiam….sambil matanyer terkebil2... 

Abis  tu bro…. aku pun nak tahu gak…

Maknanya menulis IV dan DV terang2 sampai boleh tunjuk "Yang ini IV aku dan yang ini DV aku" bukan  isu dalam membina tajuk kajian. Tajuk kajian perlu menggambarkan sahaja variables yang terlibat dalam kajian, bukan semestinya dalam bentuk DV atau IV . sebab tak semua variables tu semestinya  IV dan DV.

Lagi bro…

Kalau ko nak tahu DV atau IV atau variables yang terlibat dalam kajian secara specific bukan lihat pada TAJUK KAJIAN. ….

Abis?

Variables…..samada IV atau DV atau mediator atau  moderator atau exogeneous atau endogeneous… atau latent atau apa sahaja namanya…. ko boleh tahu dgn EXPLICIT  kat PERSOALAN KAJIAN, bukan TAJUK KAJIAN.  Pendek kata, kalau ko nak tunjukkan kajian ko pada orang lain….. supaya orang lain tahu apa yang ko nak buat… tunjukkan PERSOALAN KAJIAN bukan TAJUK KAJIAN.

Kalau boleh jawab macam ni…. Kajian saya ni melibatkan  persoalan  kajian  antaranya “Apakah terdapat perbezaan skor motivasi pelajar yang berbeza jantina selepas mengikuti bengkel kaunseling” dan “Adakah terdapat hubungan antara motivasi dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains?”….. semuanya akan jelas pada yang bertanya....

Cam tu pulak? Tak pernah dibuat orang tu !

Aik kan ko selalu kata…. buatlah sesuatu  yang tak pernah dibuat orang…. nilah masanya !! Memang bunyinya pelik. Sebab itu, bila seorang pelajar nak ceritakan apa yang dia nak buat pada SV…. tak memadai tunjukkan TAJUK KAJIAN.  Jika ditanya, “Apa sebenarnya u nak buat?” Ko mestilah tahu PERSOALAN KAJIAN ko sebab dalam tu jelas apa yang ko cari dan yang ko nak kaji… termasuk variable yang terlibat…..bukan dalam TAJUK KAJIAN.  Dalam membina PERSOALAN KAJIAN , ko sendiri kena tahu semua variable, analisis data, instrument ko  secara EXPLICIT… supaya ko tak meraba dalam terang !!

Wo wo…

Tak keterlaluan aku katakan….. biarpun pelajar tu tak sure apakah TAJUK KAJIAN yang dia nak buat, tapi kalau dia sure PERSOALAN KAJIAN yang dia nak jalan kan… itu jauh lebih baik bro…. wa cakap lu !! Maka tak perlulah bersusah  payah  membetulkan TAJUK KAJIAN, berbahas tentang TAJUK KAJIAN atau berhempas pulas menyediakan TAJUK KAJIAN kalau ko tak tahu  PERSOALAN KAJIAN ko.  Dan sudah pastilah ko tak akan tahu PERSOALAN KAJIAN dgn baik jika ko tak membaca secara mendalam apa yang ko nak buat merentasi Bab 1, 2 dan 3.  

Moralnya… jgn sibuk2 dgn tajuk kajian kalau ko tak mendalami terlebih dahulu semua aspek yang ko patut tahu merentasi bab 1,2 3…. Dan jgn tunggu abis 1, 2 semester mundar mandir ke sana sini pergi dan balik kuliah…..baru nak tahu semua itu….

Hah kena tahu ker semua tu.... tahu tajuk saja dulu tak boleh ker?

Jika selepas 1 semester ko cuma ada tajuk.... tupun working title..... baik ko tulis novel jer.... dapat satu tajuk ko goreng jerlah apa ko nak tulis....sebab novelis selalu cari tajuk dulu then baru fikir isinya....


Camni kena tahu secara mendalam jugaklah.... 

Memanglah..... dalami dulu kajian ko.... tajuk tu boleh tentukan kemudian.....bagi tajuk lebih kurang dulu sebagai working titlepun cukuplah tapi yang penting dapatkan research questions yang mantap dulu...then ko boleh polish tajuk tu kemudian...

Jadi jgn “ek” lah dgn TAJUK KAJIAN yang hanya bertaraf  “Working Title” tu kalau variables kajian sendiripun ko tak tahu ….dan ingat hanya TAJUK KAJIAN sahaja ada “Working” tetapi  tak ada “Working Research Questions” sebab ko kena  tahu dgn pasti apa yang nak dibuat dalam research dan… pendek kata biar ada Persoalan Kajian tapi tak ada Tajuk Kajian... bukan ada Tajuk Kajian tapi habukpun tak tahu tentang apa yang nak dibuat kajian dan....!!

Dan apa bro?

Dan orang yang kena pastikan tu adalah KO sendiri.. bukan SV ko…apatah lagi hanya bersandarkan tajuk kajian !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...