.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 6, 2012

Tajuk 417: ATLAS.TI Siri 1 – AUTO CODING jadikan Mitos kajian qualitative susah dah tak relevan !

ATLASTI.TI…. emmm...ko nak promote kajian quali ker?

Bukan… mulai entry ini, aku nak buat beberapa siri ATLAS.TI…khusus utk kajian qualitatif....

Apsal lah bro…. ko dapat komisyen ker?

Bukan.. aku teringat bila bakal DR. di UUM, ANITA ADNAN antara geng awal Doctorate Supprot Groups (ketika itu dia masih di UK) minta aku tulis bab qualitatif... tapi aku tak tahu nak tulis apa sehingga aku berjinak2 dgn ATLAS.TI ni....jadi aku nak tunjuk beberapa features ATLAS.TI yang dapat menafikan mitos bahawa kajian quali tu susah…. byk buang masa dan bias

Tu dia….memang ko ni buang tabiat ler.... 

Jgn skeptical .... aku tau lah ko buat SEM / AMOS…. ko develop model dengan membuat relationship, prediction dan akhirnya buat inferens... ko jgn ek ler sangat... tiap kajian ada objective tersendiri

Bukan ek tapi ada kawan aku kata kajian quali yang dia sedang buat "susah giler "

Tapi bro....kalau ko nak tahu secara detail.. mendalam.. dan BERMAKNA bagi sesuatu fenomena khususnya fenomena masyarat yang kritikal… kajian quali adalah pilihan terbaik bro khususnya kajian melibatkan kes study...

So… apa yang ko nak tunjuk, aku dah tak sabar ni..

Dalam kajian quali, pembinaan code yang mewakili pernyataan, ayat atau phrasa yang “critical’ adalah asas utama dalam meringkaskan maklumat dari sumber interview, documents, photo malah video. Code2 ini kemudian dilihat perkaitannya yang lebih besar sesama codes …. utk membentuk themes….

Hah... ATLAS.TI boleh code kan video, audio dan foto ker?

Ketinggalan keretapi ler ko ni. Semua tu bisa dilakukan dgn mudah.... hanya klik sahaja.... 

Tapi kalau ko ada interview transkrip 100 muka surat, ada 2, 3 video dan banyak foto2....mati ler ko nak code kan semuanya bro…. he he.. silap2 ko ada beratus2 code…. kalau ko buat research sure terangkut.... TAKUTT  !! Lagipun coding nilah yang rumit dan melecahkan serta ambil masa, tenaga dan fokus yang lama... penat bro..

Ko memang betul.. dan inilah isu yang menjadikan ketakutan sisiwazah yang buat kajian quali sehingga menjadi satu MITOS kajian quali susah, menjerihkan dan memakan masa yang lama serta memeningkan….tapi bro…

Hah ada tapi2 lagi….?

Itu semua kisah silam…. kisah lama… kisah nostalgic…dah jadi hari ini dalam sejarah.... sebab ATLAS.TI ada fungsi mencari code secara automatic !

Mana boleh bro... merepek tu ! Katakan itu semua hanya fatamorgana...

Atlas.ti ada fungsi auto coding…. Meh sama2 kta tengok foto berikut:




Foto di atas adalah dialog box bagi auto coding satu transkrip kajian aku sendiri. Katakan ko ada code "electron", maka ko boleh arahkan ATLAS.TI mencari semua perkataan berkaitan electron dalam "Search Expression" dalam dialog box auto coding dgn arahan seperti berikut:

Electron: = e*|elec* | elektron 

Arahan ni maknanya code kan semua ayat yang ada electron ataupun secara wild card yang ada e* atau elec* atau elektron.. bukan sahaja bagi satu transkrip malah semua transkrip yang ko ada...

Then ko klik jer "START"... berdesup ko akan dapat semua ayat yang ada "electron, e, elec atau elektron" telah di code.

Hah berdesup?

Ialah... tak sempat mata ko berkelip bro... ko dapat resultnya  seperti dalam foto  kat atas iaitu:

Select Code: Electron (200 - 3) !!

Amende tu bro?

Tu maknanya.. ada 200 quotation (ayat) telah di code kan dalam 3 articles !

Fullamak..... bersilau mata aku bro !

Kalau dulu... tanpa ATLAS.TI.... ko ambil masa maybe 8  jam nak code secara manual 200 tu bro....dan ko kena baca semua artikle ko nak cari perkataan tu..... belum kira mata ko berpinau.... otak ko berpusing....jiwa ko runsing. Silap2 ko jumpa 150 jer.... sebab mata ko dah steam...

Fuhh....cayalah....

Bandingkan 8 jam masa yang ko ambik secara manual dengan beberapa klik sahaja dengan ATLAS.TI.... macam planet pluto dengan bumi jaraknya...

Aah lah bro.. itu baru 1 code... ada 200 quotation (ayat) dan kalau ko ada 80 codes... mahu tersangkut ko bro!

Sebab tulah aku kata, dgn ATLAS.TI... kerja2 coding  quotation dalam transkrip secara manual tu dah tak ada lagi.... jadi MITOS kajian qualitatif "susah bagai nak giler"  dah tinggal kenangan mengusik kalbu jer...

Wow.... ko benar2 macam Myth Buster la bro...... explanation ko.....


"PLAUSIBLE" !!

OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...