Sebelum citer pasal RFOT versi baru yang lebih sempoi tapi mantap.... saya nak tulis 2 kisah dulu.
Kisah 1:
Saya nak kongsi dua berita gembira yang saya perolehi hari ini. Pertama artikel student PhD saya telah diterbitkan dan kedua... saya and team berjaya mendapat satu lagi grant ERGS.... yang diumumkan sebentar tadi. Semua ini berkat doa anda semua.....
Berikut adalah artikel yang dmaksudkan....
Keratan artikel |
Kisah 2:
Saya juga nak kongsi beberapa pic saya dan wife yang sedang jalankan kajian dengan remaja di cyber cafe.... secara mixed method.
Ingat tak tentang saya bising2 pasal sampling frame? Kajian ini dijalankan di cyber cafe tetapi berhampiran kawasan perumahan yang ada persatuan penduduk supaya saya boleh dapat sampling frame. Jadi saya jumpa pengerusi belia kat sama.... terus mereka berikan kerjasama dan menyediakan responden yang sering mengunjungi cyber cafe dan memperkenalkan tokey cyber cafe kepada saya.... maka berjalan lancarlah research yang sedang jalankan....
Membuat persiapan utk rakaman video bersama wife tercinta... yang juga research-mate... house-mate.... bed-mate |
Merakam secara live kemahiran responden menyelongkar internet di cyber cafe |
Tugasan juga diberikan kepada responden |
Audio recording...mengadakan fokus group interview... dengan remaja2 cyber cafe.... seronok mendengar cerita ikhlas mereka... |
Beralih kepada cerita RFOT versi baru pulak. Semalam pula adalah kuliah terakhir saya bersama pelajar Semester 1. Kuliah diakhiri dengan persembahan research framework secara individu. Pelajar saya telah menggunakan RFOT ukt mempersembahkan kajian masing-masing. Cam tak caya.... masing2 confident jer... persis seorang pro....
Sepanjang persembahan pelajar... timbul pulak idea utk memantapkan lagi RFOT... supaya lebih mudah tapi FOCUS !!
Ini bagi memastikan anda bukan sahaja "pandai" menghasilkan Research Questions tetapi juga "tahu" apakah instrument / prosidur bagi mendapatkan data supaya dapat menjawap Research Questions tersebut....dan juga "arif" apakah analisis data yang diperlukan supaya Research Questions tersebut terjawap dgn tepat... barulah mantap ! Semua ini bagi mengelakkan fenomena "dah bentang proposal pun masih tak sure apa nak buat" !!
Berikut RFOT yang di maksudkan:
RFOT versi baru lebih straight forward... mudah tapi FOCUS. Ini contoh RFOT level MSc |
Silalah download RFOT (versi terkini) berikut...dalam format MS Word supaya mudah bagi anda..... mudah2 dapat manfaat yang berlipat kali ganda....
RFOT_template
OT
No comments:
Post a Comment