.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 24, 2012

Tajuk 361: Research yg sexy, awek yg cun...

Salam bro?


Emmm...salam.

Esok ko ke Penang kan?

Aah.... tapi aku nak tulis sikit pasal sexy lah...ada pembaca blog yang bertanya...

Fuyooo... 

Saja... nak share sama2 apa yang aku fikir.... 

Ok bro... teruskan bro...

Sexy berasal dari naluri manusia yang fitrah…. yang asas dalam perkembangan hidup…. Adam sendiri sunyi wpun dalam syurga dan memerlukan pasangan kerana naluri ini adalah major drive.... utk survival hidup dan basic instinct ! Jadi ko perlulah menjadi seorang yang sexy...kerana ia sesuatu yang fitrah !

Ko camner plak?

Ko jgn salah saham....sexy bukan sesuatu yang bersifat fizikal… Ia adalah naluri…. menjadi dan merasai sexy adalah perasaan yang membawa kepada keghairahan diikuti dengan ketenangan… focus dan kejujuran.... sexy bukan semestinya soal rupa... bukan sekadar awek yang cun...atau mamat yang macho.... sexy adalah naluri dalaman sejak Adam dan Hawa lagi....sebab itu wanita yang menguasai naluri ini adalah wanita yang sexy... wpun wanita itu bertudung lengkap....dan wanita yang hanya menonjolkan luaran fizikal semata2...utk dikatakan sexy.... hanya akan mengundang seksa....

Seorang yang sexy adalah seorang yang stable dan confident. Dia tahu kehendaknya dan tahu haluan tujunya. Dia tak menyerah.. pasrah atau mengalah. Seorang yang sexy…. sukakan cabaran bro….sukakan kelainan.... sukakan experimentation....suka exploration... tak akan bermuram durja hanya kerana perkara kecik dan pujukan remeh temeh. Dia berani berkata YES atau NO.... 

Emmm menarik tu bro..... macam pakar psikologi jer...


Tu pendapat aku....

Seorang yang sexy adalah seorang yang sentiasa up to date… sihat mental dan fizikal.... bertindak cerdik...bukan tergedik2. Seorang yang sexy bersikap terbuka dgn perubahan yang baik....dan sangat curiosity tentang apa sahaja yang dia lakukan...dan tidak rigid... sentiasa mencari kelainan...sekali sekala think out of the box...

Cam tu aku ni tak cukup sexy lah ?

Bukan ko sahaja sexy.... ko patut melihat research ko juga sesuatu yang sexy. Bayangkan ko dan pasangan ko yang sama2 sexy.... panazz....Ko excited dgn research ko....and full of energy… tak perlu tongkat Ali.... penuh ghairah wpun tanpa kacip Fatimah....bukan muka boring bro… muka tension....muka inferiority complex....

Emm.... camner ler pulak tu?

Jika ko sexy... tajuk research ko mesti HOT... GORGEOUS dan AWESOME... emmm barulah ada attraction.... chemical  chain reaction ! Ko sendiri admire dan tak sabar2 dgn research ko yang “hot”. 


Cam tu ker? 

Aku tak nak ulas panjang2..... bagi meringkaskan cerita, aku terima satu email… masih panas lagi bro…. email seorang candidate yang dulunya tak sexy…. tapi segalanya dah mula berubah….alhamdulillah....kini berani, confident, penuh ghairah dah tak sabar2 nak meneruskan kajiannya...


Aku copy n paste 99.99% spt yang asal utk ko baca...Aku ucapkan terima kasih kepada penulis email ini moga dapat dihayati oleh researcher yang lain… 


Assalamualikum Dr.
Saya sedar akan kesibukan Dr, tetapi saya amat terpanggil untuk mencoret email pendek ini. 


Tak dapat saya gambarkan betapa banyak yg saya belajar dari siri 1 dan 2 (ini belum baca lagi 4 buku nie) ebook Dr. Ilmu yg diperoleh amat2 banyak. Dlm masa yg sama, proposal saya dah serupa mcm proposal. Sblm ni, ayat punya la berbelit, sy sendiri pun kadang2 garu kepala bila baca balik. Selama 5 bulan saya kusut kepala nak buat research proposal (walaupun sy dpt first class degree). Bagaikan tenggelam punca sbb dulu lebih pada development dan skrg lebih pada research. Selepas baca siri satu dan dua (separa), dan cuba isi RFOT, baru la sy sedar tang mana yg kurang, tang mana yg kena improve. 


Sy dah biasa pakai navigation pane, tapi Mendeley tu mmg AWESOME! Karang nak tunjuk kat sv, 3 chapter terus !! Dulu takut kena komen, la nie rasa mcm tak sabar nak dengar dia komen, kritis, cantas tang mana yg patut. Dulu takut rasa inferior la nie rasa, setiap cantasan dan komen adalah input utk thesis jadi makin mantap. Baru la sy sedar, tak dpt apa2 komen dan kritik, boleh buat hanyut dan shok sendiri.


Saya kini menjadi lebih yakin dengan persediaan research proposal saya dan semakin ghairah membaca buku dr dan pada masa yg sama menambah kandungan dan memperbetulkan isi proposal sy. Saya amat2 bersyukur dipertemukan dengan blog Dr dan nampak URL siap thesis cepat tu kat banner blog Dr. Alhamdullilah..... bersyukur sangat2. 


Next step, lepas defend proposal bulan 7 ni, target nak pi bengkel Dr pulak la. Jeles pulak sy tengok muka awek2 dlm buku Dr. tu senyum memanjang ja. Sy pun nak sengih mcm tu jugak :D...hehehehe.


Apa2 pun Dr, syukran jazilan, thank you, terima kasih, xie xie.....


AZS
25/5/2012


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...