.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 27, 2012

Tajuk 362: Bengkel Politeknik SP: Kenapa pelajar MSc dan PhD mesti publish preliminary data ASAP ! !!


Kenapa mesti publish preliminary data dgn segera !!

Amacam bro bengkel di Politeknik Seberang Prai?

Alhamdulillah…. ramai peserta bakal Dr yang hadir termasuk seorang medical Dr… yang datang dari KL pun ada.... dari Perlis pun ada....paling best ada 3 peserta pelajar Malaysia di Australia….seorang darinya … ex-Adelaidean yang kini menyambung PhD di Melbourne… Tak sangka aku dapat jumpa begitu ramai calon2 Phd dan Master.... tak termimpikan pun selama ini....  

Wow bestnyer....

Aku berjumpa seorang peserta yang juga lecturer yang bersetuju nak translate ebook aku…..  mudah2an jadi kenyataan....pendek kata…. banyak yang aku temui dalam bengkel singkat tersebut.

Dan pastinya tahniah dan tqvm pada Ain Abdul Mohsin yang jadi penganjur dan orang kuat sehingga memungkinkan bengkel berjaya di adakan di Politeknik Seberang Prai.... wpun dia belajar di USM. 


Aku tak sempat lagi nak upload pic bengkel... hanya ada 3 pics yang aku ambil dari facebook Maimunah Nasir dan Anas.... pic lain akan aku upload kemudian...


Komen Maimunah Nasir dalam fb:


Dr OT..... hari ni baru chek explore microsoft word. Bengkel Dr OT mmg terbaekk...byk manfaat. Baru tau betapa cepat penulisan jika kita mahir guna microsoft word dan mendeley....


Berikut pic yang baru sempat di upload...... maaf ler sibuk cikit....


Pendaftaran......
  

Ain ni all-rounder.... 

Setting Wifi.....

Majlis penutup....

Dr dan bakal Dr dari Melbourne....

Serius.....

Collaborate...

Ceria....


Ni gambar curi dari belakang...... dan yang pakai baju kurung merah tu lah Ain Abdul Mohsin...
(Pic upload dari fb Maimunah Nasir)

Di akhir bengkel tengah syok makan laksa Penang....diaorang ni datang nak bergambar....  

Mana satu idaman Malaya ?
Selepas bengkel minum berdiri sbb tak jumpa kerusi
(Tq Anas upload pic ni dalam fb)


OTW balik singgah di Uitm yang berjiran dgn Politeknik SP...

Apa lagi jumpa member lama yang dah sehidup semati dgn UiTM


Baguih la lagu tu…

Dari SP aku ke Penang…. esok aku balik…. So malam di hotel ni agak free… nak tulis sesuatu…wpun jam dah tunjuk pukul 1.30 am....

Ko ni ada saja nak tulis….

Entahlah…. aku tiba2 jadi pemikir ler pulak…. tapi tak nak inside the box…

Ok… aku ni peminat setia... ko tulis apapun aku baca…

Aku tahu ramai calon Master dan PhD kecut perut takut nak hadapi VIVA VOCE…. Takut kajian tak menepati kehendak penal…. takut kena resubmit bro….takut major correction... dll... betul tak?


Betul 3x...so jgn ler pulak bagi aku takut…. 


Aku bukan nak bagi ko takut... tapi nak bagi ko confident bro.... bagi mantap ko punya research dan bagi ko senyum....jadi aku nak bagi satu tip supaya ko confident jer masa viva….

Tudia…. amende tip tu.... tak sabar le pulak perasaan aku nak tahu....

Katakan kajian ko berjalan as scheduled.... ko dah pun dapat data…. dan mula menganalisis data….analisis lah data ko yang asas dahulu dan cepat2 ringkaskan kajian ko dalam bentuk artikel dan hantar utk publication…. kiranya data preliminary lah tu… malah ramai juga researcher yang menghantar data dari kajian pilot mereka... jgn tak tahu.... semua ni ko mesti buat dgn ada 2 tujuan....

Dua tujuan bro?

Itulah yang aku buat dulu.....wpun tak der sapa bagi nasihat kat aku.... aku ikut ilham pujangga aku jer....


Berikut adalah artikel yang aku published dgn preliminary data aku…tahun 2005, masa tu aku belum abis analisis data kuantitatif aku..... tapi aku tak tunggu lama terus guna data kualitatif yang dah siap analisis.....aku terus hantar satu artikel.....byk gak komen aku dapat dari penal yang review artikel aku tu.... so confident lah aku bro.... sebab cepat jer panel tu apply.... zaman email lah katakan ! 

Ye ker?

Wpun artikel tu hanya preliminary data tapi bila aku check paper tersebut dalam google scholar...dah ada 9 international researchers yang cited article tersebut…. mestilah aku bangga bro.... berikut adalah keratan article yang aku maksudkan...



Apasallak kena publish cepat2 data yang kita dapat bro?

Tu lah yang aku nak bagi tips ni…pertama sebab setiap article yang ko hantar utk publication akan di reviewed oleh pakar dalam bidang ko sendiri….kedua sebab ko akan dapat article utk penuhi syarat dapat PhD atau Master..... yang best dan penting artikel ko di komen oleh mereka yang pakar dan international bro…. ketahuilah ko akan dapat 5 jawapan apabila ko hantar utk publication iaitu:

1. Accept without correction – yang ini sgt jarang berlaku
2. Accept with revision – yang ini lazim bagi yang biasa hantar articles
3. Revise and resubmit – yang ini lazim bagi yang novice
4. Reject and resubmit – yang ini kalau ko terima pun masih ok bro
5. Not suitable for the journal – yang ini kalau ko hantar pada journal yang salah.. jgn ler buat cam tu !

Kalau ko dapat 2…. kira ko bertuah… tapi kalau ko dapat 3. dan 4. pun satu rahmat besar bro.

Apsallah rahmat?

Sebab itulah ko ni fikir lurus macam pembaris…. Kalau ko hantar preliminary data pun…. Panel tu akan review semua aspect  article ko... dari Tajuk... Abstract.... LR... Methodology.... Analisis Data.... Findings....dan akan reply dgn komen sekali bro.... ingat.... dengan komen sekali !


Contohnya....
  • Persoalan kajian tak dinyatakan dengan jelas
  • Pernyataan masalah tidak menepati objective kajian
  • LR yang outdated
  • Analisis data yang sesuai adalah ANCOVA bukannya ANOVA
  • Dll
Aah lah bro....

Inilah yang dikatakan rahmat kerana sebelum ko melalui saat Viva, kajian ko telahpun disemak oleh sekumpulan pakar dgn memberikan komen2 yang mungkin committee ko terlepas pandang… Jadi, komen2 tersebut bukan sahaja bermakna utk ko ambilkira utk publish paper ko….tetapi yang lebih penting… dapat memantapkan keseluruhan penulisan thesis ko…. dan memberi peluang ko memperbaiki mana yang salah dan silap…. dan ko pastikan merasa confident bila nak berhadapan dengan panels semasa Viva kelak.

Emmmm macam tu.....

Jadi jgn relex2 selepas dapat data…. tapi terus  hantar utk publication…. supaya kajian ko dapat di review sebelum ko submit utk external examiners dan kemudian viva. Jika boleh… jgn hantar satu…. tapi 2 jika ko calon PhD… dgn membahagikan data ko kepada dua bahagian dan hantar kepada dua publication yang berbeza.... barulah lebih mantap dari banyak komen yang ko dapat. Lagipun…. Ko perlukan 2 published paper utk layakkan ko dapat PhD. Kalau Master tak perlah satu pun cukup.

Alamak bro baru aku nampak maksud ko…. apasallah SV aku tak bagi tau…

Aku terfikir jugak….. byk perkara yang supervisee kadang kala lebih tahu dari SV… cuma takut nak bagi tahu… takut SV tercabar kan?

Giler ko…. kena hormat SV ler bro…

Bukan tak hormat…. tapi kalau SV tak tahu…. apa salahnya supervisee yang bagi tahu… contoh mudah Mendeley…. bukan semua SV yang tahu…. tak caya cuba ko uji SV ko….

Emmm….. boleh jugak tu… he he

Ada SV yang tak tahu tapi malu nak ngaku… sehingga terkeluarlah jawapan seperti “ benda2 tu tak penting…. Saya dulu tak gunapun benda2 macam tu siap juga thesis saya…" betul tak?

Tapi aku tetap takut bro…. mana berani bangkang cakap SV….

Sukati ko ler…. yang penting ko faham motif aku kali ni….

Faham bro…. kalau PhD, hantar paper at least 2 sebaik sahaja dapat data, supaya sempat di review oleh pakar dan hasil komen tersebut boleh memantapkan penulisan malah apa sahaja berkaitan dgn thesis…

He he… cepat ko faham…...

OT



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...