.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, March 12, 2012

Tajuk 326: MENDELEY: CITATION DAN BIBLIOGRAPY JADI SANTAI !! (BHG 1)


Mendeley bukan Mandela !!


Hai bro…. busy nampak?


Adalah sikit… tengah explore Mendeley.


Amende Mendeley tu?


Aku dah lama tahu Mendeley ni tapi dulu aku tak kisah, tetapi sejak aku dapat byk soalan bagaimana nak susun bibliography… aku teringin nak explore Mendeley ni. 


Mula2 aku explore MOMENTO, now aku fikir Mendeley lebih flexible… dan paling best ia user-friendly dgn MS Word, boleh share artikel dan boleh organise ratusan artikel selain bina citation dan bibliography tanpa perlu menaip apa2 dan free (utk 1 GB) – tu yang penting !


Wow.... citer lagi lah....


Tadi aku masuk kelas research undergrad aku, bila tanya tahu tak nak insert citation dalam MS Word, semua macam tercengang. Then aku tanya tahu tak Mendeley, tak de sorangpun tahu. Ada yang kata tahu tapi dia ingat aku cakap pasal Nelson Mandela…. Bayangkan bro !


Bayangkan apa?


Bayangkan pelajar yang akan buat research tahun akhir, akan tulis proposal dan thesis, tapi tak tahu insert citataion apatah lagilah Mendeley. Esok aku nak tanya students Master aku lak.... he he


Bayangkan jugak candidate master dan PhD, hanya nak tahu bila dah separuh jalan, bukannya awal penulisan.... sebab fikir semua ini tak penting sedang organise artikel menjadi keutamaan supaya tak sesat dalam penulisan...


Cakap slow2 bro…. akupun tak tahu Mendeley tu… 


He he.... aku memang ada chemistry dgn Mendeley tu sebab aku ingat nama Mendeleev masa aku mengajar Jadual Berkala (omputih panggil Periodic Table) kat Matrikualsi dulu....dan bila aku search asas usul Mendeley....memang sah nama Mendeley tu adalah gabungan nama si Mendeleev tu....itu yang aku exited tu.... maklumlah aku ni berjiwa Chemistry....


Oklah.... supaya semua pembaca blog aku esp. pelajar yang baru mendaftar atau yang lama tapi belum meneroka Mendeley.... bacalah dengan teliti... mula2 sedikit kekok tapi percayalah.... Mendeley sgt mudah sebab ianya hanya perlukan anda klik2 itu dan ini sahaja....


Aku terangkan sikit bahawa Mendeley kuar sekitar 2008. Ia perisian free bagi menyusun dan berkongsi artikel dan penulisan citation / bibliography.  Mendeley bagi free 1 GB storage, dah memadailah utk ko simpan artikel dalam storage Mendeley, bukan computer ko. Kalau ko hilang komputer tak per.... ada simpanan on the cloud dalam Mendeley...


Apa aku kena buat bro?


Mula2 ko kena download ler, namanya Mendeley desktop:


http://www.mendeley.com/download-mendeley-desktop/


Then ko buka dan inilah Mendeley yang tiada apa2 rujukan lagi...(Pic 1)



Katakan ko ada satu folder dengan ratusan pdf file atrikel ko… ko drag folder bodoh2 gitu jer dalam Mendeley, terus kuar dan tersenarai semua fail tersebut dgn citation yang dah siap. Bagi tujuan demo, aku gunakan folder aku yang ada 2 fail  pdf  jer… iaitu folder my-pdf (ko lihat Pic 1 di bawah ada folder tu ada atas Mendeley). 


Bila aku drag folder my-pdf tu dalam Mendeley.. terus kuar senarai kesemua artikel pdf aku dalam sekelip mata dan sehembusan nafas sahaja…spt Pic 2 berikut:


Pic 1

Pic 2
Katalah aku nak gunakan ke dua2 citation iaitu Thsibalo dan  Zamzuri  dalam teks di bawah (warna oren), aku perlu jadikan Mendeley sebagai plugin pada MS Word dahulu dgn klik pada Mendeley:


Tool - Install MS Word Plugin..... baru Mendeley akan muncul pada Ribbon MS Word aku.


Then aku letakkan cursor di hujung text document aku (MS Word 2007 /2010) spt berikut dan klik Insert Citation (Pic 3) then open Mendeley then klik Send Citation to Word Processor (Pic 4).

Pic 3

Pic 4


Selepas selesai akan masuklah citation tersebut dalam text berikut:


Mendeley Web is a free research network which lets you manage research papers online, discover research trends and connect to like-minded academics (Tshibalo, 2005). Mendeley has won “European Start-up of the Year” Award 2009 and TechCrunch Europas “Best Social Innovation Which Benefits Society” Award 2009 (Zamzuri & Ali, 2009)


Perhatikan, kedua-dua citation Thsibalo dan Zamzuri dah pun masuk dalam text di atas.


Langkah seterusnya adalah membuat bibliography. Dalam file document ko, References - Bibliography – Insert Bibliography spt Pic 5 berikut dah akan kuarlah senarai citation tadi TANPA perlu anda menaip walaupun sepatah huruf….SELAMAT MENCUBA !!


Pic 5


Jeng..jeng..jeng inilah hasilnyer.....ikut format APA !!




                            BIBLIOGRAPHY


Tshibalo, A. E. (2005). Teaching and Learning in Higher        Education. Assessment.


Zamzuri, A., & Ali, M. (2009). EFFECTS OF SEGMENTATION OF INSTRUCTIONAL ANIMATION IN FACILITATING LEARNING. Education And Training, 2(2), 15-29.




Fulamak bro.... dunia makin mudah !!


Cuma satu nasihat aku. Oleh kerana terdapat beberapa reference manager spt endnote, refwork, mendeley dll, maka ko perlu mahirkan diri dalam mana2 satu, tak perlulah nak tahu semua. Setiap satu ada pro and con... macam Endnote kena ada licence, kena beli tapi Mendeley free. Endnote lebih powerful tapi kurang skit user-friendly bagi yang baru nak guna...


Lain dgn aku, terpaksa tahu lebih dari satu.... maklumlah aku ada students  nak supervise... ko tak per ler bawak diri ko sorang jer....Ada masa aku akan sambung BHG 2 bagi fungsi lain Mendeley....jika ada kudrat dan iradat.....


Bagi pembaca blog..... Luv u all....


Jelesnye aku.... aku nak ucap Luv tu kat sapa ha..... kat anak kucing kau lah...






OT

1 comment:

  1. Phd Candidate UTHMApril 19, 2013 at 8:31 PM

    Terima kasih Dr OT. Muga Allah memberikan rahmat kepada Dr atas ilmu yang dicurahkan. Hanya Allah jua yang mampu memberikan ganjaran atas perkongsian ilmunya. Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...