.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 6, 2012

TAJUK 321 - FUNGSI IMPORT REFERENCES TERUS KE WORD 2007/2010...KEBOOM !!

Apsal ada kebooom tu bro?


Sepanjang aku guna Word 2007 / 2010, aku dapati tiada fungsi import reference terus dalam data base bibliography. 


Tak fahamlah bro?


Maksud aku, katakan ko sedang baca satu artikel oleh Robert (2010) dalam format pdf then ko cite dalam tesis ko. Maka ko kenalah taip rujukan tersebut dalam Reference, Insert citation.... satu persatu supaya boleh appear dalam senarai bibliography. Setelah ko taip, reference tu jadi data base dalam Manage Source - Source Manager Word 2007 / 2010 ko.


Keboomm tu bom meletup, sebab aku nak bagi tau, kini ko boleh terus search artikel berdasarkan title, author atau keyword then terus import utk artikel tersebut ke dalam Manage Source - Source Manager Word 2007 / 2010. Reference tersebut akan terus masuk tanpa perlu ko taip apa2.... walau satu huruf, siap dalam format, katakan APA !! Sebelum ini, fungsi import reference ni boleh dibuat oleh Reference Manager ataupun EndNote tetapi tidak boleh dibuat oleh Word 2007 / 2010.

Jadi aku tak puas hati ler.... maka aku spt biasa berfikir, meneroka dan mencari ilham dan aku ingin perkenalkan MOMENTO. Ini satu plugin yang akan membantu ko import reference artikel tanpa perlu taip apa2. 


Plugin u amende bro?


MOMENTO adalah plugin yang menambah fungsi IMPORT kepada Word 2007/2010... yang sebelumnya tak ada...

Ko biar betul bro... tak cayo den !

Katakan ko ada 10 artikel yang ko nak cite yang appear dalam MEMENTO, selepas baca dan cite, ko click dan import terus reference tu dan semuanya akan tertulis dalam Manage Source Word 2007 ko. Ini yang disebut Cite While You Read (CWYR) yang menjadi trade mark software bibliography seperti Reference Manager, malangnya tak boleh dilakukan dgn Word 2007 / 2010 tanpa bantuan MOMENTO. 

Mana ko dapat buat cam tu?

Meh aku share ngan ko...aplikasi plugin Momento hasil ciptaan Ritesh Agrawal (std PhD dari India)

Mula-mula mu buka blog ini......http://findnwrite.com/blog/?p=4





Ko baca satu persatu arahan.... terutama yang ada tulisan merah....spt berikut:

Make sure you have downloaded and Installed Primary Interop for Office 2007 before installing Memento Plugin 

Ko kena install dua mende ni iaitu  (i) Primary Interop for Office 2007 dan (ii) MOMENTO 

Bila dah install.... ko bukak jer file document, maka akan  muncul Momento pada Ribbon file document ko seperti rajah berikut. Jika tak kuar juga.... cuba restart komputer anda.... Dalam komputer aku, MOMENTO berada sebelah kanan View. Ko klik Memento akan kuar drop down menu "Memento Search". Katalah ko nak rujuk buku Piaget maka ko taip "Piaget" dan "Author" dan klik "Search", maka akan kuar semua buku Piaget dalam beberapa saat !! Dalam rajah berikut, ada 5 buku Piaget yang kuar instantly !!



Pastu ko klik mana-mana buku Piaget dan klik "Import".... jeng jeng jeng..... terus masuk reference tersebut ke dalam Manage Source Word 2007 / 2010, dan bila ko bukak sekali lagi jeng jeng jeng.... terus ada citation Piaget TANPA PERLU KO TAIP WALAUPUN SATU HURUF... dalam format APA yang dah ko set awal2.  Apapun, ada juga artikel yang saya cuba search tapi MOMENTO tak jumpa....maybe format fail dll yang tak compatible dgn MOMENTO. Buku klasik seperti Vygotsky semuanya dapat saya search. 


MOMENTO mendakwa boleh import bahan2 dari senarai berikut,  maybe anda boleh cuba....


Amazon
African Journals Online
ASM Journals
Blackwell Synergy
CiteSeer
HubMed
IEEEXplorer
IngentaConnect
InformaWorld
Wiley InterScience
Lawrence Erlbaum Associates (LEA Online)
Nature
ACM Portal
PubMed
PLoS Jounals
PLoS
Pubmed Central
Sage Journals Online
SciELO
SciELO Health Public
SpringerLink
Google Scholar

Rajah berikut adalah contoh Source Manager Word 2007 / 2010 yang dah ada Piaget (1963) sebagai reference. Ko copy jer dalam Current List maka akan appear Piaget tu dalam Insert Citation. Jika ko klik Piaget pada Insert Citation, maka rujukan tersebut akan muncul dalam teks dan bersedia utk disenaraikan dalam bibliography !!




Aah lah bro..... FUYOO.....memang KEBOOOMM !! Tak sabar den nak cubo ni bro... 

Jgn seronok sakan sebab ada artikel tak dapat di search maka tak dapat diimport oleh MOMENTO jadi kemahiran menggunakan reference WORD 2007 /2010 utk anda taip secara manual masih perlu.... MOMENTO dapat membantu mempercepatkan CWYR jika artikel anda dapat di search.... 

Kalau ada yang nak tahu atau dah cuba tapi tak jadi....aku akan ajar dalam bengkel doc map dan LR aku.... maklumlah.... pelajar Master dan PhD ni... sikit2 confused... sikit2 confused.....

(Jika ada pembaca yang cuba dan berjaya lakukannya, terutama mantan peserta bengkel saya, sila war2kan dan maklumkan kepada saya...)

OT










1 comment:

  1. owh..terima kasih kerana berkongsi..fungsinye lebih kurang mcm zotero juga kan =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...