.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, March 15, 2012

TAJUK 328: 10 kelebihan dan 13 Step-by-step Mendeley....Im amazed !!

Hi bro...asyik Mendeley jer ni?


Aku nak tunjuk 10 aspek penting yang sangat cun dalam Mendeley bagi yang baru nak berkenalan dengan Mendeley atau yang tak guna apa2 lagi reference Manager. Apatah lagi yang tak pernah tulis citation.... baru nak mula buat research..... sangat sesuai sebab Mendeley sgt user friendly. Yang guna ENDNOTE pun boleh baca.... jgnlah malu2... sebab kalau ko guna standard format spt APA, IEEE, Chicago dll.... semua dah tersedia tak yah taip sepatah hurufpun....bagi yang baru nak berjinak dengan reference manager....Mendeley lebih friendly...


1. Mandeley free (dgn 1GB storage)
2. Web based (file ko takkan hilang)
3. Ko tak perlu taib amende pun
4. Boleh insert citation didepan, tgh atau akhir ayat.. sempoi
5. Boleh organize artikel.... by clicking jer
6. Boleh search keyword, author dll (ada metadata)
7. Boleh tulis terus ambil idea, tulis note dan bawa paste ke zero draft ' proposal / thesis anda selain dari copy-and-past seperti biasa....
8. Pandai jer Mendeley tulis "et. al" jika citation appear second time
9. Plugin dgn Word 2007 / 2010 tanpa menelan fungsi References malah boleh guna tak macam ENDNOTE yang telan terus fungsi tersebut (ganazz sungguh ENDNOTE)
10. Boleh kongsi file ko dgn kawan2...kat mana2 pun atas muka bumi ni tak yah nak email2..
11. Dll .... ko explore lah sendiri....


Aku nak popularkan Mendeley, sama seperti document map utk kebaikkan pelajar menulis proposal dan tesis. Ramai yang dengar nama Mendeley jer pelik.....alah buat cara biasa dah lah....


 Mendeley masih menggunakan fungsi References dalam Word 2007 / 2010 utk bibliography seperti yang aku ajar dalam bengkel document map.... jadi lebih mudah nak guna....aku boleh kawinkan doc map dgn  Mendeley.... mesti dapat baby cun... maklumlah mixed marriage. 


Abis ko nak buat aper.....kalau ada yang buat derk jer bila dengar Mendeley.... 


Biasalah.... tak semua orang bersedia menerima sesuatu yang baru sehingga ada yang lansung tak guna atau kisah tenatng reference manager ni.... mereka lebih selesa di zon seksa ....  jadi tanpa citer yang melele... aku nak tunjuk ko step-by-step dari jurnal ke bibilography.... sebab ada yang komplen tak dapat ikut dalam entry aku yang lalu....tapi sebelum tu, aku nak tunjuk ringkasan 4 reference managers popular.... supaya ko jelas....


Satu yang aku nak share, Mendeley gunakan the latest style spt APA 6th edition....yang ada DOI.... so tak ader masalah ....lihat pic berikut:




So aku teruskan sahaja langkah-langkah Mendeley....Ko budak UPM kan? Jadi ko bukak jer website library UPM....


Langkah 1:
Bukalah web library UPM....


Pic 1


Langkah 2:
Bukalah web data base salah satu publisher. Katakan ko nak pilih Wiley, sebab nak dapatkan journal SCIENCE EDUCATION... inilah dia




Pic 2

Langkah 3:
Inilah Wiley OnLine yang di subscribed oleh UPM. Ada beberapa joirnal bawah keyword SCIENCE iaitu SCIENCE EDUCATION, SCHOL SCIENCE AND MATHEMATICS, JOURNAL OF RESEARCH IN SCIENCE TEACHING.




Pic 3

Langkah 4:
Dalam jurnal SCIENCE EDUCATION ko boleh cari artikel tapi aku nak cari dalam semua jurnal di bawah WILEY. Akupun  cari artikel dalam ADVANCED SEARCH dgn keyword animation, science, teaching bagi ALL CONTENT yang dipublised dalam semua jurnal WILEY.... lebih luas pencarian


Pic 4


Langkah 4:
Keluarlah artikel berkaitan keyword tersebut.... apalagi cari ler yang sesuai....Gambar kunci terbuka tu maknanya free utk di download.....


Pic 5
Langkah 5:
Akupun buka mana2 artikel utk scan isi artikel .... contohnya:


Pic 6
Langkah 6:
Setelah 30 minit, aku senang2 dapat artikel-artikel berikut yang aku SAVE sementara dalam folder MY_MENDELEY. Ada 15 artikel..... Jika aku cari 30 minit lagi, aku boleh dapat 15 lagi..... sejam jer dah dapat 30 artikel..... tak susah kan.... caya tak?


Pic 7


Langkah 8:
Akupun bukak Mendeley....tapi library dalam Mendeley aku  masih kosong sebab aku tak masuk apa2 lagi...


Pic 8


Langkah 9:
Aku dgn penuh selamba drag jer folder MY_Mendeley..... terus ke atas Mendeley dan dengan melele tersusun 15 artikel, lengkap dengan description tanpa aku taip sepatahpun huruf. 


Then saya klik Tool - Install MS Word Plugin


Pic 10


Langkah 10:
Bukalah file document dan letakkan cursor di mana ko nak insert citation then klik Insert Citation
Pic 11


Langkah 11:
Ko pun boleh search author katakan COOK..... then Mendeley senaraikan COOK sahaja, then klik SEND CITATION TO WORK PROCESSOR. Bukan tu sahaja, ko boleh susun artikel2 tu ikut folder2 tersendiri dalam Mendeley..... sebab ko ada 1GB free.... Kalau hilang komputer ko.... artikel takkan hilang sebab Mendeley Web based.... Jadi thesis ko tak hialng sebab dalam dropbox, artikel ko pun tak ghaib.... apalah bro yang ko nak sampai tak siap2 tesis ko tu?


Pic 12


Langkah 12:
Citation pun masuk ler..... then diakhir document selepas selesai, anda klik References - Bibliography - Insert Bibliograpy.... Inilah hasilnya






Sapa kata susah cari artikel? Aku dah sebut lama dah, setakat nak dapat 100 artikel tu.... beberapa hari jer... tapi mengapa ramai yang asyik2 tunjuk artikel online yang di Google jer.... emmmm....


Last advice..... ko takkan tahu selagi ko tak cuba... so ko kena cuba dan tahu kelebihannya...setakat ini aku dapati Mendeley paling sempoi..... 


Jika ko nak ubah setting pada in-text citation pun boleh....dah insert "According to (Hoban, Loughran, & Nielsen, 2011)...." dalam text.... ko boleh ubah dgn tanpa ragu2 wpun secara manual ke "According to Hoban, Loughran, & Nielsen (2011)...." dan bibliography tak terganggu seperti berikut:
Dan yang palung CUUNNNNN..... bila nama kita insert kali kedua.... terus kuar Hoban et. al., (2011).... seperti berikut.... wowwww..... saksikan sendiri:




Satu lagi...boleh guna fungsi NOTE utk cari idea dan paste kan dalam tesis selain cara copy-and-paste terus...






Langkah 13:
Boleh add secara manual kalau pdf tu dalam hardcopy bukan softcopy...dgn klik:


File - Add entry manually akn kuar page ini... so taiplah cam biasa...tak der ha; punya...




Jadi bro....Selamat mencuba bro.....


OT

4 comments:

  1. salam Dr OT.....

    Thanks kongsikan ilmu ini...saya dah cuba pun Mendeley nie,memang user friendly berbanding endnote yg complicated kalo mereka tu first time nak buat citation......moga Allah je yg dpt membalas jasa Dr sebab berkongsi ilmu.......

    ReplyDelete
  2. thank..very good instruction..SANTAI..kalau tak siap thesis lagi tak tahu lagi ler..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. saya rasa macam nak nangis bila baca entry2 Dr. Ia adalah pertolongan Allah kepada saya yang tengah terkial-kial buat proposal phd and guna endnote. i hope, i can participate in your bengkels too!

    ReplyDelete
  4. Tunjuk ajar yg amat berguna. Semoga Allah memberkati jada baik Dr.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...