.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 27, 2012

TAJUK 333: Mendeley - Citation tanpa surname

Saya dah popularkan drop box.... masa untuk popularkan Mendeley. Semua ini bagi memastikan anda bersedia menghadapi dunia penulisan dan pencarian maklumat secara  CEPAT dan EFFICIENT!! 


Mendeley dah mula popular, selain sahabat baiknya zotero dan orang lama ENDNOTE. Bagi pendatang baru yang menggunakan system international yang standard spt IEEE atau APA (6th edition), Mendeley adalah pilihan permulaan yang sangat user friendly.


\




Walaupun Mendeley dah mula popular, cuba anda try test SV anda.... adakah mereka tahu reference manager spt Mendeley dan Zotero? Alang2 tu, tanya juga tentang  web-based file hosting service spt dropbox atau kawan2nya spt  Box, FilesAnywhere, CloudMe, CrashPlan, Egnyte, iCloud, Mozy, SpiderOak, SugarSync, Thru Inc, TitanFile, Ubuntu One, Windows Live SkyDrive, Wuala, Fabasoft Folio Cloud and ZumoDrive.... mak oi.... banyaknya!!




Saya sendiri dah cuba.... ternyata Mendeley dan dropbox satu nama asing dalam kalangan SV, kecuali beberapa orang.... maybe SV tak kisah kerana zaman mereka menulis tesis yang tebal2 dgn citation dan bibliography yang banyak dah berakhir. 


Apa maknanya ini. Ini bermakna, jika anda menggunakan Mendeley sedang SV anda gunakan manual.... taip satu... satu.....anda daah lama guna dropbox... SV anda masih bawa thumbdrive ke mana sahaja....menunjukkan satu aspek yang anda lebih advanced dari SV anda.... dan dalam soal mencari info dengan ICT, anda mungkin lebih digital native berbanding SV anda. Senyumlah !!






Saya sendiri mula guna ENDNOTE semasa menghasilkan tesis doctorate saya…… masa tu Mendeley dan Zoreto tak wujud lagi. Pas tu saya guna Manage Source MS Word…. Selepas bermain mata sekian lama, sejak tahun 2010, now saya guna Mendeley.


Saya ingin berkongsi satu tips utk menulis rujukan dgn nama author yang bukan surname spt nama Melayu dan India. Ini adalah amalan di IPTA sepert UKM, UPM dan UM yang menggunakan nama sebenar, bukan nama bapa. Contohnya saya di cite sebagai Othman Talib (XXX) dalam teks dan Othman Talib (XXX) dalam bibliography. Tapi saya tak pasti amalan di IPTA lain termasuk di obersi....


Katakan nama author adalah Dollah Kasim (XXXX), Mohamad Zain Abdullah (XXXX), Samy Gopal (XXXX) dan anda tak mahu ianya di tulis sebagai Kasim (XXX), Abdullah (XXX) atau Gopal (XXX) sebab itu bapa mereka bukannya surname. 


Maka dgn Mendeley, nama2 ini akan muncul dalam teks sebagai:


Kasim (XXXX), Abdullah (XXXX), Gopal (XXXX) 


Dan muncul dalam bibliografi sebagai:
Kasim, D. (XXXX), Abdullah, M. Z. (XXXX), Gopal, S (XXXX)


Anda boleh cuba modify citationStyles-1.0 Mendeley dalam window utk customkan….. tapi saya tak fikir makcik-makcik dapat lakukan ini. Jadi saya cadangkan satu cara “trick" menggantikan surname dgn dua titik ".." Apa yang anda perlu buat adalah menaip dua titik ".." pada Mendeley bahagian edit author menggantikan surname seperti berikut:


Dolah Kasim,..
Mohamad Zain,..
Samy Gopal,..


Ini akan mengarahkan Mendeley bagi hasilkan citation dlm teks seperti berikut:


Dolah Kasim (XXXX), Mohamad Zain Abdullah (XXXX), Samy Gopal (XXXX)


Jika satu author bersama sebagai:
(Dolah Kasim, Mohamad Zain Abdullah & Samy Gopal, XXXX)………..


Emmm... hasilnya spt yang anda mahukan....


Dalam teks tak der masalah akan kuar cantik cam:



Kasim Dolah (XXXX), Mohamad Zain Abdullah (XXXX), Samy Gopal (XXXX) 


Cuma.....bahagian bibliografi anda kena modifiy sikit dgn memadamkan dua titik (..) yang wujud kerana titik itu mewakili surname spt:



Dolah Kasim.. (XXXXX)
Mohamad Zain .. (XXXX)
Samy Gopal .. (XXXX) 


atau jika penulis bersama:


Dolah Kasim,.. Mohamad Zain Abdullah,.. & Samy Gopal.. (XXXX)...


Pastikan anda padamkan dua titik ini pada final copy sahaja sebelum anda print out sebab dua titik itu akan muncul semula jika anda menambah rujukan yang baru…


Kalau anda pening, mengapa tidak mencubanya sendiri dan lihat hasilnya..... atau worse comes to worst.... anda buat jer ikut Mendeley dan edit author sahaja.... tajuk, page journal dll tak der masalah. Lagipun kebanyakkan artikel anda adalah author mat salleh yang guna surname. So jgn asyik nak pening, confused sedang isunya bukanlah besar pun...


Selamat mencuba…. 

OT

1 comment:

  1. Thanks Dr , i found my work more easier than before in doing the referencing job.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...