.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 20, 2012

TAJUK 330: MSc / PhD UNWRITTEN RULE: DO or DIE !

Semalam saya berkenalan dgn seorang "Haji" .... kebetulan sebaya dan bersembang2 kehidupan masing-masing.


Haji berkata " U nampak tenang, macam tak ada masalah"


Saya kata, hidup ni setiap hari adalah dugaan. Saya hidup susah dengan penuh dugaan sejak kecil, jadi saya dah biasa serapkan kesusahan tersebut. Masa kawan2 gi Tadika, saya gi ikut ayah "noreh gotah". Masa kawan2 ada basikal, saya jalan kaki jer. Masa mereka naik kereta ayah mereka... saya naik bas.....


Ketika kehilangan isteri tersayang dan berkejar kesana kemari menguruskan isteri yang terlantar sakit selama 7 bulan..... sambil saya menyiapkan MSc saya, tak ada sapapun yang perasan sebab saya pasrah, sebab itulah ketentuan saya. Yang saya ingat, saya menangis dan bercakap sorang diri beberapa bulan dalam kereta selepas pemergian isteri....seolah2 dia melayani perbualan saya.....seoalah2 dia masih ada disisi saya....begitu saya kehilangan seorang yang sangat saya cinta, tambah sedih melihat Arif yang baru berusia 2 tahun, Alia dan Iffah yang tak sempat bermanja dengan seorang ibu yang pergi buat selama2nya dalam usia 33 tahun... 


1995: Arif dan Iffah sempat di sisi umminya yang pergi tak kembali...


Syukur, dalam menempuh pelbagai ujian, perjalanan menerbitkan ebook yang hanya main2 pada peringkat awalnya, akhirnya terlaksana. Siapa sangka Allah gerakkan semua ini hasil dari dugaan demi dugaan yang saya alami dalam hidup. Saya tak terlintas, tak berniat atau merancangpun utk menulis blog bagi menerbitkan ebook, apatah lagi ada 6 siri, mungkin sama spt Shiqin MN yang jadi moderator DSG, maybe tidak menyangka DSG menjadi medan yang mendapat sambutan hangat seluruh dunia. 

Yang hidup terus berbakti  hingga akhir hayat......


Menerbitkan ebook tidak akan menghentikan penulisan saya, meletakkan pemikiran siswazah pada perspektif yang lebih jelas. Saya sedar, setinggi manapun pangkat mereka, hatta menjadi CEO sekalipun, bila berhadapan dengan SV.... semuanya akan kecut....Saya memerhati dgn mata dan matahati bahawa  terlalu banyak "UNWRITTEN" rules dan agenda dalam perjalanan seorang pelajar MSC dan PhD yang mereka tak ketahui. Lebih sadis lagi, SV sendiripun tak sedar "unwritten" tersebut !! Saya cuba gambarkan dgn beberapa persoalan asas..


Soalan 1: Ada tak sesapa terutamanya SV anda menyatakan yang anda bukannya membuat research R & D ataupun menjalankan research atas peruntukan geran tertentu termasuklah prototype, exploratory, fundemental, content dll  yang mencapai ratusan ribu ringgit? Ada tak? 


SV anda akan berbincang even dalam pertemuan pertama sekalipun supaya anda mesti membuat "sesuatu yang baru" yang kononnya "tak pernah" dibuat oleh orang lain, yang bertaraf "breakthrough research" dan akan menjadikan anda  expert dalam itu dan ini.... dan segala macam tok neneknyer?


Soalan 2: Pernah tak SV anda menyebut bahawa anda adalah "student researcher" yang membuat kajian sebagai pra-syarat dapat Master / PhD, tanpa geran dan berseorangan, jadi anda perlu pastikan "research gap" anda  terdapat dalam recently published journal bagi membolehkan kajian anda doable?


Saya pasti jawapannya "Tidak pernah" ! Anda hanya tahu dan sedar bahawa anda hanyalah "student researcher" apabila anda membaca blog ini..... betul tak?


Natijahnya, SV melihat anda sebagaimana mereka melihat pensyarah lain yang dah bertaraf "expert"  yang telah menjalankan banyak kajian dengan segala kemudahan dan geran ratusan ribu ringgit


Soalan 3: Adakah anda sebagai "student researcher" yang baru nak jalankan kajian secara individu dan "sendirian berhad" yang terpaksa menyiapkan tesis ratusan pages sama spt expert-expert tersebut? 


Soalan 4: Adakah suatu yang wajar, SV mengharapkan hasil kerja anda sama seperti hasil kerja expert researchers yang dah jalankan kajian dalam satu team yang diberikan geran ratusan ribu ringgit  dgn segala sokongan dan kemudahan yang diperolehi dari fakulti, universiti, malah MOHE?


Saya nak tanya - dalam keadaan yang dikatakan kajian mesti bertaraf expert oleh pelajar Msc dan PhD, berapakah kajian yang benar2 "breakthrough" ? 


Dan may be anda juga boleh search adakah kajian SV anda juga sesuatu yang "breakthrough"? 


Jika ada 1000 kajian sejak 5 tahun lepas di IPTA, berapa banyak yang anda pernah dengar, pernah tahu kajian PhD yang breakthrough...? Katakan ada, boleh anda namakan 1 dalam bidang kajian anda? Apa jadi dengan 999 yang lain? Tak boleh saya bayangkan, 999 pelajar berhempas pulas tergolek terlentang menjalankan kajian PhD yang dikatakan mesti menghasilkan sesuatu yang baru, original, tak ada sesiappun tahu apa yang mereka lakukan, selain diri sendiri dan SV mereka sahaja.


Soalan 5: Adakah menjadi satu obligation bagi anda membuat kajian yang menyelesaikan masalah, breakthrough, super original dan mampu mengubah dunia? 


Bagi saya, research MSc / PhD dan thesis yang anda hasilkan adalah baby pertama yang lahir dan sebagai baby, tentulah masa diperlukan untuk bertatih, berlari dan akhirnya menjadi dewasa. SV sendiri pun mengambil lebih 10 tahun utk berada ditempat mereka sekarang, tak dicampur lagi 4, 5 atau ada yang lebih (so sama level dgn anda lah) yang mereka telah abiskan semasa membuat PhD mereka, kat obersi tu... 


Apa yang perlu diberi perhatian dan tugas SV adalah memastikan kajian peringkat Master / Phd supervisee mereka mestilah memenuhi dua kriteria ini iaitu:


i.  concrete methodology
ii. extensive LR


dan bukannya tajuk yang over ambitious....futuristic atau super original sehingga SUKAR supervisee memenuhi dua kriteria di atas !! 


Tulisan ini bukan mahu merendahkan makam kajian MSc / PhD atau kajian peringkat doctorate yang lain atau merendahkan sesiapa. Tulisan ini lebih kepada saranan supaya hubungan SV dan supervisee jika benar2 mahukan kajian yang "hebat" sepatutnya lebih bersifat "collaborative" iaitu bekerja sama bagi mencapai satu missi yang sama, bukannya diberikan segala keindahan membuat kajian yang "hebat" kemudian dibiarkan mereka meneroka sendirian !! 


Saya pun buat research doctorate saya "biasa-biasa" sahaja maklumkan bidang education.... bukan mudah nak buat kajian macam bidang hard sciences yang boleh buat robot atau engine atau sistem sensor elektronic... atau hasilkan pil kacip Fatimah....Kajian saya hanya "biasa-biasa" jer dan selesai dalam masa yang agak singkat tetapi dalam "biasa-biasa" tu saya memang GOLD Medal Award utk animasi dalam research doctorate saya tersebut, dan sehingga kini saya berjaya mendapatkan 4 Medal - 3 GOLD, 1 Silver dgn 3 copyright dan salah satunya yang menang di MTE 2012 adalah "breakthrough" dalam animasi organic mechanism reaction.


Bukan SV tidak membantu, tetapi meneroka sesuatu yang hebat mestilah memerlukan lebih dari sekadar komen-komen  umum spt "You should understand your own research and know what to do BECAUSE YOU ARE PhD STUDENT !! 


Maka segala kepayahan ini terus diwarisi sehingga menjadi trade mark kepada pelajar yang ingin memulakan kajian bermula dari peringkat master sehingga mereka kecut nak ambil MSc... mereka selesa dengan MEd atau MA sahaja..


Bagi saya, PhD adalah untuk melatih bakal2 expert dalam pelbagai bidang. Betapa ramai SV yang dulunya buat kajian emmm yang OK-OK jer.... tapi sekarang menjadi pakar yang dihormati...dan tersohor 


Akhirnya dgn unwritten rule yang anda tidak sedar, anda tetap menjalankan kajian juga, khususnya calon PhD...dalam penuh kepayahan.... dalam satu situasi................


Do or Die !!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...