.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, March 11, 2012

Tajuk 324 – RESEARCH METHODOLOGY: Statistik tak semestinya SPSS?

RESEARCH METHODOLOGY: Statistik tak semestinya SPSS?


Ape hal bro.... tajuk ko ni macam menyonsang arus...


Aku menyusuri perkembangan pelajar yang baru mendaftar. Aku mengajar mereka dan ternyata aku sekali lagi terpaksa menggunakan otak pentium IV aku ni utk berfikir diluar kotak.... supaya pelajar semester pertama jangan mengambil kursus RESEARCH METHODOLOGY (RM) sebaik sahaja mendaftar.


Pe la ko ni.... kursus tu wajib, dan kebanyakkan IPTA wajibkan siswazah baru mengambil kursus tersebut di semester 1, samalah cam aku dulu...


Pe ko ingat ko jer wajib ambil pada semester 1, aku 10 tahun lepaspun wajib ambil pada semester 1..


Jadi, pe ke hal nyer ko tiba2 tak bagi pelajar baru mengambil kursus tu bro? Ko dah hilang aqal ker? Tu lah, byk sangat tulis blog.... 


Emmm cam nilah bro. Apa yang ko faham bila ko diajar research design yang melibatkan analisis seperti korelasi, t-test dan ANOVA masa ko ambil kursus RM tu dulu. 


Aku terima jer lah, sebab masa tu belum belajar statistik lagi. Faham tak faham tu belakang kiralah. 


Bila ko baca artikel dalam menyiapkan tugasan kursus RM, apa yang ko faham bila ko jumpa istilah KMO, scree plot, trimmed value... yang ditulis dalam artikel yang ko baca?


Manalah aku faham... so aku skip jer lah...


Bagaimana pulak semasa ko diminta siapkan proposal sebagai tugasan dalam kursus RM tu, apa yang ko tulis berkaitan analisis data ko?


Aku ikut jer lah apa yang aku agak2 betul.... tulis jer masa tu, t-test atau ANOVA....wpun tak faham he he


Last but not least, ko faham tak baca artikel yang melibatkan analisis data semasa ko nak prepare proposal atau buat tugasan dalam kursus RM tu?


SShhhh..... bukan aku sorang jer tak faham.... semua geng2 akupun tak faham !!


Jadi, apa rasional belajar sesuatu yang ko tak faham..... ko faham tak?
Emmm.... confused lah aku.... bukankah belajar RM tu wajib sebab kita nak buat research?


Betullah.... tapi wat apa belajar kalau byk benda dalam tu yang ada kaitannya dgn statitik yang ko tak faham.....


Aku tak fahamlah maksud ko bro? Lain macam jer aku dengar...


Memang slow ler ko ni.... Pada pendapat aku yang naif ini.... sebaik sahaja pelajar mendaftar PhD ataupun Master, kursus pertama yang WAJIB di ambil adalah STATISTIK bukannya RESEARCH METHODOLOGY !  


Kursus statistik yang patut ditawarkan sepatutnya adalah Applied Statistik (AS) in social science dengan aplikasi SPSS (jika bidang pendidikan atau e-views jika finance misalnya) dan bukannya pure statitistik !


Rasional aku...


Pertama: Kursus AS perlu diambil dahulu sebelum RM kerana AS  adalah kursus yang ko belajar tanpa pelajar memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap subjek lain termasuk RM. Malah, belajar SPSS sebagai contoh, boleh mendedahkan pelajar kepada asas-aas rekabentuk kajian. Ingat, memahami reka bentuk kajian yang asas yang diperlukan dalam aplikasi SPSS tidak sesukar memahami analisis statistik yang diajar dalam RM. Sebab itulah, kursus Applied Statistik perlu diajar terlebih dahulu kerana kursus ini bersifat teknikal sebelum pelajar diajar kursus Research Methodology yang lebih bersifat umum. Cukuplah pelajar tahu bahawa kajian dengan reka bentuk 2 kumpulan yang dibandingkan memerlukan ujian-t manakala lebih dari 2 kumpulan memerlukan ujian ANOVA. Yang perlu difahami adalah asas t-test dan ANOVA dan segala perkara yang berkaitan dengan analisis statistik inference tersebut. 


Peninglah aku bro.... cer ko bagi analogi skit.... he he


Contohnya, seorang engineer boleh memahami sejarah kerana asas sejarah bersifat umum tetapi seorang sejarawan tidak boleh memahami engineering kerana asasnya sangat teknikal. Jadi, pelajar perlu belajar SPSS yang bersifat teknikal terlebih dahulu, dan apabila dah kuasai teknikal ini, mudahlah nak memahami analisis data dalam Research Methodology.... jadi pelajar akan dapat kuasai kedua2nya. 


Kedua: Ramai beranggapan statistik adalah kursus atau subjek ‘killer’. Sebab itulah kursus AS perlu diajar bukannya statistik tanpa aplikasi SPSS supaya  motivasi dan semangat pelajar berkobar2 utk menggunakan AS dalam kajian mereka tanpa perlu dibebankan dengan formula statistik yang complex.


Ketiga: Belajar statistik tanpa aplikasi SPSS memanglah killer, sebab hampir semua pelajar tidak ada asas statistik. Oleh itu, mengajar statistik dengan membuat pengiraan dari formula yang berceranggah sepatutnya dielakkan. Ajarlah hanya asas pengiraan spt min, variance, std. deviation, t dan z score tetapi memperbanyakkan aplikasi menggunakan SPSS dan segala aspek konsep yang berkaitan dengan analisis seperti normality, linearity, collinearity, moderator, mediator, summated scale, trimmed value, eigen value, chronbach alpha, KMO values, Scree plot, Kromogrov Smirnov dan banyak lagi yang sebenarnya digunakan dalam kajian dan perlu difahami melalui analisis SPSS. Semua term ni tak ada dalam silibus statistik yang ditawarkan sekarang, abeh camnor? 


Aku dapati silibus statistik 10 tahun dulu yang tiada SPSS tak banyak bezanya dengan silibus sekarang. Aku fikir, tak perlulah ajar contohnya, mengira min dari data mentah dengan melukis graf dan mencari titik tengah dan segala macamnya spt aku belajar 10 tahun dulu. Ajar sahaja konsep dan aplikasikan dengan situasi research sebenar, barulah pelajar lebih memahaminya. Bayangkan nak tulis formula korelasipun sebagai contoh dah mengerikan apatah lagi diminta pulak buat kiraan manual guna calculator. Yang penting pelajar kuasai konsep melalaui aplikasi SPSS sebab konsep korelasi tidaklah sesukar mana.


Keempat: Belajar statistik secara applied dari perbagai rekabentuk kajian melalui aplikasi SPSS, membuat pelaporan dan  interpretasi akan memudahkan pelajar mengaplikasikannya semasa membaca artikel, menyiapkan proposal atau utk memahami RM.....Barulah pelajar dapat menguasai aplikasinya..... bukan ditakutkan dengan formula yang nak taippun makan 20 minit, belum lagi nak fahami formula tersebut !!


Kelima: Dengan penguasaan applied statistic melalui aplikasi SPSS... barulah pelajar BUKA MATA, BUKA HATI, BUKA  MINAT dan BUKA MULUT masa presentation.... dan barulah pembacaan artikel memberi makna kepada pelajar.... lansung memudahkan mereka menyediakan proposal.


Keenam: Selepas menguasai applied statistic, barulah ada asas yang mantap utk menguasai RM pulak. Barulah pembacaan artikel memberi makna dan penyediaan proposal jadi mantap. Barulah analisis data yang dicadangkan appropriate dgn research questions dan research design.


Phew..... lain sungguh cara ko fikir bro.... terkesima aku !!


Dan paling sadis.... amalan sekarang membolehkan pelajar ambil statistik bila2 masa sahaja, selepas selesai kursus RM ! Tambah sadis lagi, ada IPTA tak wajib pelajar ambil statistik pun anda!!


Tambahan bro...yang nak di apply dalam research adalah SPSS so bagi aku SPSS adalah statistik tapi kursus statistik yang di ajar tu tak semestinya SPSS. Sebab itu selepas abis 14 minggu (1 semester) belajar statistik, pelajar masih memerlukan bengkel SPSS. Bayangkan selepas 14 minggu atau 48 jam belajar statistik, ramai pelajar tak boleh guna SPSS dan tak faham nak interpret SPSS? Tak ke haru tu bro? 


Emmm.... plausible juga anggapan ko tu...


Cukuplah bro.... aku hanya semut kecil... dan pandangan ini aku lemparkan supaya membuka minda bagi yang tidak pernah memikirkan perkara ini, walaupun pandangan aku ni tidak mampu melawan arus.... sebab semut yang kecil biasanya terus dibawa arus.... mujur aku sempat berpaut didahan rapuh !!


Mak ai... dalam bahasa ko bro.... aku dapat rasakan rasional ko tu... so aku harapkan ada yang sependapat dgn ko....


Terimakasih... ko memang pendengar yang setia.... dan aku tetap berpendapat, belajar applied statistik utk research sepatutnya lebih awal berbanding kursus research methodology yang selama ini menjadi amalan dikebanyakkan IPTA.... itu sahaja 


OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...