.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, March 11, 2012

Tajuk 325: Wajarkah SV tentukan hala tuju kajian anda?

Wajarkah SV tentukan hala tuju kajian anda?


Ini tajuk subjective. Ini tajuk sensitive. Saya sekadar membuka ruang, bagi anda yang menjengah blog ini utk berfikir. Tajuk ini subjective kerana perbincangannya bergantung kepada siapakah penuturnya. Tajuk ini agak sensitive kerana perkara yang melibatkan hubungan Supervisor-Supervisee seboleh2nya tidak mahu dipersoalkan oleh supervisee. Benarkah begitu dan biarkan begitu sahaja. Mari saya bawa anda ke scenerio berikut:


Scenerio 1:
Ali pelajar kesayangan fakulti kerana dia pelajar cemerlang peringkat bachelor. Ali dengan mudah dapat melanjutkan pengajian master. Dalam masa yang sama, fakulti Ali sedang menawarkan satu kursus baru yang dikendalikan oleh orang pensyarah yang juga menjadi SV Ali. Dengan itu, SV tersebut telah meminta Ali membuat kajian berkaitan bidang baru yang ditawarkan oleh fakulti walaupun Ali tidak meminati bidang berkenaan.


Wajarkah SV menentukan hala tuju kajian Ali?


Scenerio 2:
Siti baru mendaftar di sebuah IPTA. Dia berminat untuk membuat kajian PhD berkaitan komunikasi keluarga. Dia mendapat seorang SV yang sangat berminat dalam kajian futuristic !! SV telah meminta Siti membuat kajian kemungkinan sistem keluarga di Malaysia amalkan  “satu keluarga 2 anak” spt di negara lain yang bersifat futuristik dalam konteks sistem keluarga di Malaysia. Siti serba salah kerana  bimbang kajian sedemikian sukar dilakukan, lebih2 lagi diperingkat PhD. 


Wajarkah SV menentukan hala tuju kajian Siti?


Scenerio 3:
Lim berasal dari Penang. Dia baru menamatkan pengajian master dalam bidang pendidikan sains. Lim berminat untuk menjalankan kajian aplikasi podcasting dalam pendidikan sains. Lim mendapat seorang SV yang baru mendapat geran exploration bagi memulakan kajian penggunaan cloud computing. Dengan itu, SV Lim memintanya membuat kajian berkaitan cloud computing dalam pendidikan sains sedangkan bidang tersebut terlalu baru dan masih infant di Malaysia. 

Wajarkah SV menentukan hala tuju kajian Lim?


Saya biarkan anda menjawab tiga persoalan di atas... kerana sekali lagi jawapannya adalah subjective dan sensitive.


Saya sekadar tertanya-tanya, adakah terdapat tujuan lain yang lebih UTAMA dalam menjalankan kajian peringkat Master mahupun PhD selain melatih pelajar menjadi penyelidik yang kompeten dengan menjalankan kajian secara sistematik di bawah penyeliaan SV bagi memenuhi pra-syarat mendapatkan ijazah  dan sebagai sumbangan kepada pengetahuan sebagaimana yang tercatat buku panduan program Master dan PhD?  


Dan satu lagi yang saya boleh minta anda fikirkan...dan jawab dalam hati anda:


Apakah perasaan anda jika anda berada di tempat Ali, Siti dan Lim ?
   
                                                                        
OT


Note:

Saya mendapat satu email.....respon kepada entry saya di atas.  Saya pun tak mahu komen tapi percaya banyak lagi situasi sebegini wujud.... dan berdiam diri atau memendam dilema bukanlah jalan terbaik....Saya sertakan email tersebut tanpa sebarang editing.



Salam Dr.
Terima ksh atas entry kali ini yg sedikit sebanyak ada kaitan dalam perjalanan PhD saya.Nak jwb soalan Dr, kalau lah saya jd Ali, Lim & Siti...sekiranya saya masih baru (mgkin dalam semester pertama) kemungkinan besar sy akan cari alternatif utk tukar SV supaya sy dpt habiskan penulisan thesis on time, tp kalau dah masuk semester 5@6, sprt apa yg saya alami, keputusan utk tukar SV akan melambatkan lagi prjlanan PhD saya.


Jadi sy terpaksa dgn rela hati memujuk diri utk follow saja apa saranan SV tersebut. Kalaulah dpt diputarkan masa...apa pun redha dgn ketentuan Allah, PhD adalah learning process bukan sekadar utk jd researcher yg baik tp juga utk lbh mengenali erti khidupan yg sbenar...yg pnting jgn ulangi perkara yg sama bila time kita jd SV nanti. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...