.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, March 18, 2012

TAJUK 329: KETAHUI PULA MENDELEY IMPORTER: STEP-BY-STEP BIKIN ANDA JATUH CINTA !

Assalamualaikum...
Salam 1file1thesis !!

Saya lupa nak beritahu dalam entry 328.... jika anda ada rujukan hardcopy terutama buku.... chapter in book..... even artikel....dll rujukan, anda boleh masukkan dalam Mendeley Desktop secara manual dgn click File.... Add Entry Manually....maka masuklah semuanya dalam Mendeley Desktop anda.

Saya juga nak bagi tahu.... sejak entry saya tentang Mendeley.... ramai yang dah jatuh cinta.... yang guna ENDNOTE, mula main mata denga Mendeley. Yang ada masalah dengan ENDNOTE, terus putus cinta. Yang baru jumpa Mendeley.... apalagi cinta pandang pertamalah....


Ini antara 3 respon saya terima dari faceboook:


....is exploring mendeley to organize and cite my references, and starting to fall in love with it. Not a fan of endnote anyway. 



... Mendeley memang senang dan membantu..dengan ciri-ciri groups yang auto-insert papers berkaitan bidang, fungsi highlight+notes pada document,plug-in to Word, memang organized pembacaan..


...Mandeley mmg best!! Bye End Note


Pagi tadi saya ada kelas di OUM. Dulu saya perkenalkan dropbox.... adalah separuh yang dah guna... separuh lagi, masih malu2. Diakhir kelas saya pun perkenalkan Mendeley... apalagi cinta pandang pertama pelajar OUM nakkan Mendeley sebab selama ini mereka lansung tak ada idea apapun tentang reference manager dan tak ada sapapun yang bagi tahu kat mereka.... Mereka kata, berapa hantaran nak dapatkan Mendeley? Bila saya kata free.... terus mereka confirmed !! 


Dalam entry kali ini saya nak tambah satu lagi "partner" Mendeley desktop (dinamakan desktop sebab benda ni dudk atas desktop ler, bukan web)... iaitu Mendeley Importer, yang boleh import then export article dari sumber online ke Mendeley Desktop.


Saya akan tunjukkan step-by-step...kalau tak dapat juga... pandai2 ler explore sendiri.... 


Langkah 1:


Install Mendeley Web Importer.... ikut alamat di bawah dan arahan... Ini memberikan senarai publishers yang boleh diexport artikel. Kenalah baca dan cuba buat sendiri.... dalam youtube pun ada tunjuk cara install...




Langkah 2:
Saya cuba dengan Google scholar.... saya taip key word "animation AND Multimedia" dan keluarlah senarai berikut. Jika nak tepat, gunalah advanced search. Saya pun click Import to Mendeley....



Langkah 3:
...sebaik sahaja click Import to Medeley.... keluarlah pop up menu berikut..... Saya click artikel pertama dan kedua....



Langkah 4:
Emmmm.... tanda "Right" kedua2 artikel bermakna proses import dah selesai.... saya boleh click edit utk semak butiran artikel tersebut...




Langkah 5:
Then saya click "View in your Mendeley Library"..... then pada Mendeley desktop click "Sync Library"...... maka kedua2 artikel tersebut dah ada dalam Mendeley Desktop anda.....


Banyak lagi fungsi yang saya tak masukkan sebab saya dan buka jalan... anda silalah lalu dan terokai lagi....


Bagi anak2 sekecil Uzma, maklumat semua dihujung jari...




OT








1 comment:

  1. Saya dah cuba Mendeley web importer, 2 hari saya mencuba...Alhamdulillah berjaya...saya dapati setelah disync, kalau di dalam mendeley desktop tu fail pdf tidak diperolehi, kita yang kena cari pdf itu..tidak kira samada melalui database lib uni ke..atau sebagainya...terima kasih Dr OT...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...