.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, March 23, 2012

TAJUK 331: Tesis - Antara Achillesaurus dan Rhinocerus

Tesis: Antara Achillesaurus dan Rhinocerus

Tahniah bro….ko lah kawan aku…..sedara aku bro…susah dan senang bersama…

Lain macam ucapan ko pagi ni?

Tahniah ko berjaya lancarkan ebook ko…. aku pun tumpang gembira sebab ramai yang berebut2 nak miliki idea “out of the box” ko tu.. dan perbincangan isu2 SV yang selama ini menjadi latent…. terpendam jer dalam sanubari masing2...... termasuk kisah Hantu Mak Limah ko…


Tercetus hasil sokongan anda pembaca blog dan peserta bengkel

Terima kasih… bukan utk aku jer tapi terima kasih juga kepada semua pembaca blog, organiser bengkel dan semua pemilik buku ebook dalam negara dan obersi yang sama-sama menjayakan idea tersebut.. supaya MSc dan PhD bukanlah sesuatu yang menakutkan tetapi sekadar satu training intensif utk menjadi researcher. Buku tu sekadar secubit garam yang berharga tak sampai 5 sen… utk memberi perisa kepada Lamb Chop yang berharga RM19.90.  

Analogi lah tu?

Aah.... tapi ada satu lagi analogi bro…

Ni yang aku suka ni bro…. ko pandai jer buat analogi….  pe dia?

Membuat research adalah untuk mengetahui masalah dan cuba menyelesaikannya… setuju?

Yess set !!

Research sama spt menyelesaikan masalah “puzzle” dua keping gambar dinasour.

Mak ai…. Sampai ke situ analogi ko….

Tak der analogi lain ker yang lebih canggih.. analogi ko tu tahap tadika jer bro...

Ko jgn tak tahu... geng2 yang buat MSc dan PhD ni cepat confused... skit2 confused... so kalau bagi analogi yang tinggi2 takut mereka lagi confused bro...

OKlah... ko proceed jer...

Katakan ko ada 2 puzzles dengan 1000 keping keratan gambar dinasour yang belum dicantumkan iaitu gambar sejenis dinasour bernama Archillesaurus dan gambar keturunan dinasour juga bernama Rhinoceros. Mana satukan gambar yang anda jangka ko akan cepat siap bila ko cantumkan?


Mau pitam bro tengok benda ni hari2....tapi tak siap2..
semua serba tak menjadi....sampai dah masuk 4 semester....

Rhinoceros le bro….

Kenapa?

Pertama aku lebih kenal dan tahu rhinoceros berbanding saudaranya achillesaurau tu. Kedua aku boleh menjangkakan kedudukan  bahagian2 crucial sebagai panduan utk mencantumkan gambar tu spt tanduk rhinoceros yang berada dihidungnya. Ketiga, aku pernah tengok gambar rhinoceros dari perbagai sudut, depan, belakang, sisi, berlari, berjalan, berenang, menonggeng dan termasuklah semasa rhinoceros tu….. mating dan beranak.. dalam discovery channel !

Aku dah ada asas pengetahuan tentang rhinoceros tu serta mudah mencari sumber2 rujukan gambar lain sebagai panduan dalam proses aku mencantumkan puzzle2 tu.... aku boleh mulakan dari kaki… dari tanduk (tanduk dia dua ke satu hah?)  dari ekor… dari badan…. walaupun taklah mudah tetapi I can figure out the whole body. Then aku boleh agak2 bahagian2 lain termasuklah try and error….. lagipun aku bukan expert sangat rhinoceros ni.... cuma ada idea rupa dan bentuk sahaja..... kena buat rujukan lanjut... tapi tak der hal sebab banyak rujukan rhinoceros ni...

Hello bro....  tanduk aku ada dua lah

Kalau gambar achillesaurau tu aku tak pasti…. Aku boleh lah agak2 kaki dia mestilah atas tanah dan mata dia kat kepala serta ekor dia kat.... tuuuutttttt…. Tapi tak sure sangat… ntah2 binatang tu tak der ekor? Kalau aku jumpa tanduk... kat mana plak aku nak letak tanduk tu....Payah bro… banyak yang aku tak sure bro…. takleh main agak2 benda yang kita tak sure ni bro…. baik aku pilih rhinoceros… !!

Jadi bro… walaupun puzzle tu sama jer cara menyelesaikannya….terhadap spesis dinasour juga….tapi degree of difficulty kedua2nya berbeza.

Maksud ko bro?

Maksud aku, biarlah puzzle archillesaurau tu di selesaikan oleh expert dinasour bukan ko. Apa yang ko perlu pelajari adalah teknik menyelesaikan puzzle tersebut. Bila ko dah expert da dah kuasai teknik menyelesaikan sesuatu yang ko dah ada idea... dan ko tahu nak matchingkan setiap penjuru badan rhinoceros ko tu....barulah ko cuba selesaikan  pulak archillesaurau...

Jadi bro?

Maksudnya,  buatlah kajian yang ko ada idea, ada background knowledge, bermula dgn dinasour yang ko tahu....wpun sikit2 sebab buat MSc atau PhD, ini tak bermakna ko akan mampu buat APA SAHAJA tajuk yang melintas didepan ko... semua ko nak sapu.... jadi bermulalah dengan mengkaji isu semasa yang ko minat dan ada pengetahuan dalam current established articles.... dan carilah gap.... bukan tajuk sebab once ko dah terima terima satu tajuk.... puzzle ko tak siap2....kepala ko puzzled.... TERLALU MAHAL harga masa, tenaga dan wang yang dah ko keluarkan utk ko patah balik mencari Tajuk lain...yang akan pastinya meragut motivasi, self esteem, self confidence dll....


So.... jgn pandang enteng perkara ini... mulailah dengan mengkaji dan membaca bukan mengikut andaian dan emosi nak selesaikan itu dan ini.... tak kira samada ianya datang dari ko mahupun dari SV .... kerana ko lah yang akan menjalankan kajian, menulis, mengeluarkan belanja dan bersengkang mata menyelesaikan puzzle tersebut.... SV ko maybe mencelah sekali sekala sambil berkata "Hows your progress?".....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...