.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, March 28, 2012

BENGKEL DI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA...

Hari ini saya keluar rumah awal pagi.... takutkan jem kerana bertolak ke Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Ini lah bengkel yang paling mendapat kerjasama dari peserta ....kerana bagi mereka.... yang penting... kerjasama.... Dalam perjalanan saya terkenangkan pengalaman semasa bekerja sementara di Jabatan Kimia yang berhampiran dengan maktab ini.... nostalgic...itu kisah lama....kisah masa bujang.....


Apapun terima kasih kepada Shafeeza , pegawai latihan yang sudi menjemput saya berkongsi pengetahuan dengan semua pegawai MKM seluruh negara yang sporting sambil mendengar suara saya yang seksi dan serak2 basah kerana kurang sihat.... 


Komen yang baru saya terima dari Shafeeza:



Best!! Pengalaman yang baru yang hanya boleh dipelajari dari Dr sahaja...Kini, tiada 'makcik-makcik' lagi :)
Saya sudah mula menggunakan DOC MAP pada pagi yg ceria ini:) TQ  




Syukur dapat berkongsi pengalaman sebab peserta bukan "student researcher".... mereka adalah penyelidik yang sentiasa memburu gap yang baru..... khususnya berkaitan koperasi. Apapun pengetahuan menulis artikel secara cepat dan efisyen tetap relevan.... kerana mereka juga bertanggung jawab menerbitkan jurnal....


Elok juga pihak MKM fikirkan utk re branding MKM.. sebab ramai yang saya percaya tak tahu kewujudan MKM sebagai sebuah institusi yang menawarkan pelbagai kursus jangka pendek, program sijil dan diploma... Ini kena tanya Pak Ungku dan Prof. Dr Ali Baharom..... Saya jangka public kenal ANGKASA lebih dari MKM.... 


Peserta terdiri dari pensyarah dan pegawai penyelidik. Seronok dapat perkenalkan dropbox... 


Gabungan pensyarah muda.... mereka diperkenalkan dengan Mendeley... 


Peserta datang dari semua MKM seluruh Malaysia... termasuk Sabah. Idea doc map dan tersebar ke seluruh MKM


Terus mempelajari skill menulis research.... kali ini 1File1Project pulak....


Ketua penyelidik yang penuh pengalaman.....


Bersedia utk mepelajari sesuatu yang baru....import dan eksport references.... macam commodity ler pulak 

Tak siap tugasan tak boleh lunch....semua hantar tugasan on time... wa respect !!


Buah tangan dari MKM....dari second boss MKM 
Terima kasih daun keladi...


OT

1 comment:

  1. Best!! pengalaman yang baru yang hanya boleh dipelajari dari Dr sahaja...Kini, tiada 'makcik-makcik' lagi :) Saya sudah mula menggunakan MAP pada pagi yg ceria ini:) TQ DROT ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...