.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 31, 2010

Tajuk 14 - Menulis LR dgn kritis...

Hello bro.... cer ko baca satu paragraph ni..apasal SV aku kata tak kritis... amender yang kritis tu bro?


La.... ko tulis " Ali (2009) menyatakan ciri-ciri multimedia... Sementara itu Siti (2007) menambah satu lagi ciri animasi dengan multimedia iaitu.... dan John (2008) memberikan satu lagi ciri hipermedia...."


Kenapa?


Tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... yang ko main cantum jer dalam satu paragraph... byk ko punya ensem.... kritis tu bukan macam tu..


Abis?


Ko kena analisis artikel2 ko tu dgn cari point yang conceptualnya sama dengan kajian ko dan bahan yang ko analisis (maksudnya yang ko ekstrak dari artikel) perlu ko sintesis atau combine dalam ayat ko sendiri, bagi idea ko sendiri dan bahasa ko sendiri.... dalam konteks kajian ko.....barulah kritis...


Meh aku artikel tersebut. Katakan ko analisis 5 artikel dan dapati isi berikut yang perlu ko sintesis....berkaitan dengan LR ko utk nyatakan ciri-ciri bahan multimedia yang boleh membawa kepada kefahaman pelajar...




Ali (2009)
Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran
Siti (2007)
Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
Tan (2010)
Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009)
Chee (2009)
Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis
John (2008)
Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak seperti konsep sains


Ko perlu mensintesis kelima-lima isi dari petikan di atas menjadi sebahagian sorotan literatur terhadap ciri-ciri bahan multimedia yang ingin ko ingin dibangunkan supaya menyokong ke arah meningkatkan kefahaman pelajar


Mensintesis tu camner bro?


Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan ko sendiri secara mencantumkan (makna sintesis) konsep2 yang sama dari artikel yang ko sintesis dan dengan cara itu juga akan menghasilkan sorotan literatur yang konsisten dan koheren dgn kajian ko sendiri dan  seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan (perkataan bergaris) tetapi secara conceptualnya adalah sama dgn kajian ko.


Kalau ko dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian ko... barulah ko dikatakan kritis dalam menulis LR....


OOO...cam tu ler pulak...


Berikut contoh ayat yang konon2nya ko dah sintesis sesuai dengan kajian ko yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkan kefahaman  pelajar:


"Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia dalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia  mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori  konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh Mayer (2009) daslam meningkatkan kefahaman pelajar.


Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D. Ini selari dengan saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar"

Bila ko baca ayat di atas, tak der ler macam ko meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi seperti mendengar ko berkata2 kepada pembaca..... siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian ko... iaitu menggunakan keyword bahan multimedia dan kefahaman pelajar wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !!


Tu macam senanglah bro....


Apsal tak ada orang ajar aku.... tu yang aku main taram jer.... he he. SV komen jer tak kritis..... entah apa yang tak kritis akupun tak tahu...... nasib baik ko tunjuk kat aku....


Sekarang ko percaya betapa senangnya menulis LR secara kritis dengan syarat ko mampu membuat analisis dan sintesis..... dalam konteks kajian ko sendiri...........jadi jgn fening dgn perkataan yang bermacam2 dalam artikel asal asalkan konsepnya sama dgn konsep kajian yang ko buat. Jika ko kutip semua perkataan yang berbagai2 dalam artikel asal... bukan ko saja fening.. pembaca ko pun akan muntah !!


Abis bukan ker kritis tu mengkritik kajian orang lain?


Banyak ler ko punya kritik. Ko sendiripun tak faham kajian ko lagi.... baru nak blaja tulis literature review...merangkak-rangkak ...ada hati nak kritik kajian sifu2 yang di published dan di reviewed dalam artikel2 scorpus tu.....? Minta maap ler bro...


Jadi...?

Bagi LR, ko perlu menulis secara kritis bukan mengkritik ler....


Wokey.... tima kacih atas nasihat ko yang kritis tapi tak mengkritik....






Tulis literature review tak lah sesukar membina tembok besar China...
OT

2 comments:

  1. Penulisan literatur memang mudah bagi yang dah pakar, tapi amatlah susah bagi kami yg dlm proses belajar. Dan lebih susah lagi bila tak dapat banyak bahan n tak dpt nak susun bahan. Rasanya bahagian inilah yg paling kurang student berjaya buat dengan baik. Saya akan cuba n cuba tetapi kena minta bantuan juga orang yang pakar untuk semak. Kalau ada kursus pendek (2-3 jam) untuk latihan penulisan literatur ..saya orang pertama nak daftar n saya boleh cari kawan2 lain.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penulisan OT ini.

    Ternyata,walaupun ringkas dan gaya penulisan yang santai, semua idea tetnang penulisan LR secara sintesis, analisis, dan kritis sampai kepada pembaca (seperti saya) dengan mudah.

    Teruskan usaha OT!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...