.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, October 15, 2010

Tajuk 10 - Jangan menulis tesis jika tiada fokus dan skop

Kacang saja menulis tesis...... asal anda ada fokus dan tahu skop kajian anda. Lucu jika ada pelajar yang menkar tajuk 5, 6 kali hanya kerana tidak tahu fokus kajian yang ingin dijalankan. Anda jangan jadi begitu! Kajian yang mempunyai fokus dan skop sejak awal lebih mudah dijalankan terutama dalam mengumpul bahan rujukan. 


Sebagai contoh mudah, tajuk seperti "Kajian keberkesanan ICT dalam pembelajaran Biologi" adalah terlalu luas skop dan tiada fokus. Tajuk seperti "Kajian keberkesanan aplikasi animasi konstruktivisme dalam penguasaan konsep elektrokimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4" lebih fokus dan mempunyai cakupan skop yang lebih jelas. Fokus dan skop kajian hanya kepada animasi dengan aplikasi teori konstruktivisme dalam bidang elektrokimia Tingkatan 4 lebih memudahkan anda membina objektif, persoalan kajian dan seterusnya menentukan analisis data disamping mengumpulkan pilot article anda


Selamat mencuba


OT

1 comment:

  1. Dalam penulisan literatur kajian, antara masalah yang dihadapi adalah memilih teori dan model yang sesuai dengan kajian. Semakin banyak jurnal, artikel, tesis dll yang dibaca, semakin banyak teori dan model yang dijumpai dan ada yang sesuai dan tidak. Teori2 dan model2 yang sesuai itu perlu diperbincangkan semuanya dalam LR atau yang hanya teori atau model yang dipilih sahaja atau yang sesuai sahaja atau... ini yang memeningkan kepala saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...