Secara umum, penulisan tesis dalam sains sosial adalah mengikut format APA (American Psychological Association). Namun dalam amalannya di Malaysia, terdapat beberapa perubahan format penulisan mengikut universiti. Umpamanya, UKM mempunyai format penulisan tesis tersendiri yang dinamakan Gaya UKM. Begitu halnya juga dengan UM.
Namun apa yang ingin disentuh disini adalah penggunaan surname (nama keluarga) yang menjadi tradisi di barat tetapi berbeza dengan nama pengarang di Malaysia. Nama Melayu dan India tidak mengikut sistem surname tetapi mengikut nama bapa. Nama Cina pula meletakkan surname di awal nama. Perhatikan contoh berikut:
Walau bagaimanapun, anda tetap tertakluk kepada gaya penulisan di IPTA anda belajar. Agak mengelirukan bagi pelajar siswazah jika menulis tesis dalam Bahasa Inggeris, sama ada ingin mengikut gaya IPTA masing-masing ataupun format APA. Ironinya, pelajar terpaksa mengubah format ke APA jika mahu menghantar prosiding ataupun artikel mereka ke jurnal antarabangsa. Mengapa tidak dipiawaikan sahaja mengikut APA?

Nama sebenar | Surname | Tahun | Bibliografi | Dalam teks |
Robert Brown | Brown | 2009 | Brown, R. (2009) | Brown (2009) |
John Matt Samuel | Samuel | 2007 | Samuel, J. M (2007) | Samuel (2007) |
A. Samad Said | - | 2009 | A. Samad Said (2009) | A. Samad Said (209) |
Othman Talib | - | 2010 | Othman Talib (2010) | Othman Talib (2010) |
Muthu Lingam | - | 2006 | Muthu Lingam (2006) | Muthu Lingam (2006) |
Tan Swee Leong | Tan | 2007 | Tan, S. L. (2007) | Tan (2007) |
Walau bagaimanapun, anda tetap tertakluk kepada gaya penulisan di IPTA anda belajar. Agak mengelirukan bagi pelajar siswazah jika menulis tesis dalam Bahasa Inggeris, sama ada ingin mengikut gaya IPTA masing-masing ataupun format APA. Ironinya, pelajar terpaksa mengubah format ke APA jika mahu menghantar prosiding ataupun artikel mereka ke jurnal antarabangsa. Mengapa tidak dipiawaikan sahaja mengikut APA?
Entah sapa ler surname kitaorang anak beranak ni.... |