.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, June 27, 2014

Tajuk 617: Uji Research Question dgn SO WHAT?

Ini hari terakhir syaaban. Selamat menyambut Ramadhan.

Aku nak sambung penjelasan aku kerana ada yang masih bertanya... perlukah SO WHAT tersebut? Ini benda basic jer.... tapi menjentik otak aku yang otai ni ! Kenapa? Sebab ada ribu2 postgraduate sosial sains yang buat projek non-thesis yang terlibat... malah termasuk juga yang buat thesis.... yang jalankan survey...

Katakan ko ada RQ berikut:

1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara X dan Y....?

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan A dan B ....?

Uji dgn SO WHAT?

Katalah jawapan hipotesis 1. diatas adalah "Terdapat perhubungan yang kuat (r tinggi)...... SO WHAT ? Malangnya ko tak boleh explain apa2 lagi... sebab correlational (observational / non-experimental) study hanya membenarkan setakat tu jer. Ko tak boleh explain, X menyebabkan Y begini begitu bla... bla....

Hubungan yang kuat dan signifikan pun tak leh nak jawab SO WHAT? ... bayangkan kalau jawapan ko "hubungan yang lemah dan tak signifikan...." lansung tak bawa makna.....

Kenapalak?

Sebabnya.... X dan Y tu secara theory mestilah ada hubungan sebab tu ko buat kajian korelasi. Kalau data ko menunjukkan ada hubungan yg kuat pun tak boleh jawab soalan SO WHAT?.... apatah lagi lah yang ada hubungan lemah dan tak signifikan pulak !!

Signifikan pada kajian correlation adalah setakat mana ko konfiden bahawa dapatan ko tu dapat dikesan oleh statistik... bukan berlaku secara suratan atau kebetulan.

Jika jawapan hipotsis 2. "Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan A dan B .... SO WHAT?
Jika kajian ko adalah kajian experimental... maka bolehlah ko explain SO WHAT? dgn menjelaskan bahawa treatment ko telah memberi kesan sekian-sekian kepada kumpuan sekian-sekian... ini kerana bla...bla... Hatta jika tidak ada perbezaan signifikan pun ko masih boleh jelaskan kenapa ia berlaku ...... dan inilah contribution kajian ko pada knowledge.

Jika kajian ko adalah survey (iaitu non-experimental) design... boleh kah ko jawab SO WHAT? Bagaimana ko bandingkan 2 kumpulan katakan ikut jantina, sedang kedua2nya tak setara.

Analogi: Kajian experimental: 

Terdapat perbezaan penggunaan minyak cap ayam yang signifikan antara kereta A (min = 10 liter) dan B (min = 20 liter) yang sama cc, pada perjalanan 100 km dgn kelajuan tetap 90 km/jam. So What? Ini bermakna... kereta A mpunyai sistem enjin yang lebih efisyen bbanding B. Kereta A yang menggunakan enjin jenis bla..bla.. bla... maka keupayaan bla.. bla... dan ini adalah satu kejayaan dalam industri pemotoran yang berupaya mengurangkan penggunaan minyak... bla..bla..apabila menggunakan sistem spt enjin A...

Analogi: Kajian survey:

Terdapat perbezaan penggunaan minyak sebulan yang signifikan antara kereta Jepun (RM400 / bulan) dan Eropah (RM/800 / bulan) yang dimaklumkan melalui satu survey dikalangan pengguna kedua2 kereta tersebut di Lembah Kelang. So WHAT?

Apa yang boleh anda katakan jika ini hanyalah survey / correlational study? Apa makna kajian jika ko tak boleh explain SO WHAT? Ko tak boleh kata kereta Jepun lebih jimat minyak sebab kajian ko hanyalah satu survey yang tidak mengawal kepelbagaian faktor lain.

Analogi:

Mana yang ko boleh jawab SO WHAT?

1. Perbezaan saiz buah durian D12 dgn IOI yang ditanam dalam keadaan terkawal ?

2. Perbezaan saiz buah durian D12 dan IOI yang ko survey dari penjual durian ?

Tentu SV ko akan "tension" sebab impak maksima yang diharapkan pada kajian ko diperingkat antarabangsa, negara, kementerian. policy makers, negeri, daerah, jabatan, unit, sektor, masyarakat, individu dll tu tidak kesampaian !!

BUKAN bermakna kajian survey tak perlu....tapi lakukan dgn kefahaman bagi memenuhi tuntutan kenapa kajian survey diperlukan. Ketahuilah juga bahawa BUKAN semua kajian boleh dilakukan secara experimental....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...