.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, June 16, 2014

Tajuk 611: Student research VS Lecturer research

Ada dua klasifikasi asas dalam research – basic dan applied research. Kedua2nya penting sebab tanpa yang basic tak ada yang applied…. Tanpa yang applied tak berguna yang basic.

Basic research lebih bertujuan “to generate / enhance a body of knowledge” dgn memahami sesuatu teori atau prinsip. Sebab itu conceptual framework / theoretical framework seakan satu kewajipan dalam thesis. Basics research yang baik mesti berasaskan kepada critically review of previous studies in the area and try to improve what has already been studied !

Student mesti memastikan 3 perkara ini sebelum memulakan kajian:
• Having a broad “basic” knowledge of the topic
• Choosing an area of investigation 
• Proposing a significant contribution to the field

Applied research lebih bertujuan utk selesaikan masalah “sebenar” spt mengatasi pencemaran, mengawal penyakit, menghasilkan enjin yang efisyen…. pada skala sebenar…. dan selalunya dikendalikan oleh scientist atau pakar termasuk lecturers yang telah menguasai bidang yang dikaji …. dgn peruntukkan / geran yang sampai mencecah jutaan RM.

Kerajaan atau organisasi spt Petronas, MARA, bank juga keluarkan biaya / pinjaman utk pelajar master / PhD atas kesedaran utk lahirkan generasi baru bakal2 scientist dan pakar yang akhirnya nanti bukan sahaja boleh membuat basic research tetapi lebih didambakan utk membuat applied research utk pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Jadi…. fahami perbezaan antara keduanya…kerana pelajar mempunyai beberapa constraints – masa, finance dan man power. Dgn masa yang terbatas, sumber kewangan yang terhad serta tanpa bantuan man power… SV perlu membimbing pelajar supaya tahap dan skop kajian pelajar appropriate dgn tahap master atau PhD dan bukan terlebih2.... meminta mereka mengkaji sesuatu yang "baru" yg mereka tiada pengetahuan mengenainya ... atau yang melibatkan kos yang terlalu tinggi.... atau masa yang lama utk data collection.....dan seumpamanya...

Dalam satu kisah benar..... seorang pelajar PhD bertanyakan kajiannya yang "baru" .... lantas aku meminta kata kunci kajian tersebut. Sebaik sahaja aku search dalam Mendeley.... hanya SATU sahaja artikel yang muncul.... !! SV patut nasihatkan supaya ini tidak berlaku kpd pelajar yang masih "cempedak diluar pagar"... dann pelajar juga perlu sedar hal ini...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...