Aku tulis ni dalam konteks education.... pandai2lah ko fikirkan dalam bidang ko sendiri. Ini lanjutan post "teknik 2 minit" sebelum ini.
Katalah ramai yang berminat untuk membuat kajian berkaitan sesuatu theory spt problem based learning (PBL), problem-solving, project-based, multiple intelligent, conceptual change, pedagogical content knowledge (PCK), mind-mapping, concept map, mnemonic, guided-inquiry, team-based, active learning, constructivist, experiential, coorperative….. dll
Maka sayugia aku sarankan TAK CUKUP hanya ada teori sahaja tetapi ko juga perlu meneliti theory manakah yang ada model atau strategi yang lebih “structured” perlaksaannya …..bagi memudahkan kajian ko dijalankan… supaya kajian ko tu RESEARCHABLE …. dan DOABLE.
Maksud ko?
Contoh 1:
Bandingkan strategi pengajaran multiple intelligent dgn problem-based learning (PBL). Strategi multiple intelligent (oleh Gadner) lebih abstrak…. dgn 9 unsur intelligence (Logical-mathematical, Spatial, Linguistic, Bodily-kinesthetic, Musical, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic dan Existential.. phew.....) sedang strategi PBL (oleh Howard) mempunyai strategi yang konkrit dgn langkah2 yang lebih structured.
Contoh 2:
Begitu juga perlaksanaan strategi peta konsep (oleh Novak) yang lebih concrete berbanding strategi pedagogical content knowledge, PCK (oleh Shulman) yang vague, broad dan mempunyai pelbagai element lain yang perlu diambilkira. Katakan ko berminat dgn strategi PCK, terdapat at least 3 element abstract yang ko kena ambilkira iaitu element content knowledge, pedagogical knowledge serta pedagogical content knowledge…. !
Abis ada jer kajian lepas tentang multiple intelligent dan PCK aku baca?
Memang ler ada, tetapi tidak banyak dan tak meluas….kerana hal2 yang aku dah sebutkan di atas. Bukan ko tak boleh buat multiple intelligent…. PCK atau mana2 strategy bro…..Tapi jika ada pilihan….. buatlah strategi yang dah structured….. ada model yang jelas … kerana sebagai student researcher bermulalah dgn sesuatu yang lebih structured… supaya kajian ko RESEARCHABLE, DOABLE…dan boleh ko jalankan secara sistematik... dan memberikan ruang yang lebih selesa dan yakin utk mengumpul dan menganalisis data ko....sebab matlamat ko utk lengkapkan pra-syarat utk dapat Master atau PhD....dgn kajian ko.....then bila dah ada experience..... ko buatlah apapun kajian…..
Sekali lagi jgn bersandar kepada green light SV semata2...tanpa membuat pembacaan, penelitian dan pemilihan sendiri terlebih dahulu... sebab bagi sesetengah SV... semakin ":debom" topic kajian ko.... semakin dia suka atas sebab2 yang ko sendiri boleh fikirkan.... tapi akhirnya ko lah yang "makan, minum dan mandi" dgn tajuk tersebut... bukan SV ko.
Walaupun ada yang mungkin tak setuju, aku tetap doakan ko berjaya mendapatkan topic yang "researchable" dan "doable"
OT
No comments:
Post a Comment