.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, June 20, 2014

Tajuk 613: Dari CPR ke ICU – Menulis thesis dgn coherent dan consistent !!

Menjadi seorang calon master / PhD yang juga seorang scholar bukan mudah. Ko terpaksa membaca bermacam2 sumber terutamanya artikel dari journal. Membaca jurnal yang berbagai-bagai style dan approaches sudah cukup memeningkan. 

Aku dah perkenalkan CPR…. Kini aku nak perkenalkan pulak ICU. 

Amende plak ICU tu bro?

Itulah IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING !!

Menulis thesis terutamanya LITERATURE REVIEW perlulah 3C - clear, consistent dan coherent. Bagaimana nak laksanakan 3C jika semua artikel guna terminologies, approaches, context, samples hatta methodology yang berbeza2? 
Bagaimana nak “masukkan” semua material yang berbeza –beza tersebut dalam penulisan thesis supaya clear, consistent dan coherent?

Sila baca perlahan2…
1. Sbg permulaan ko mesti baca artikel dari genre atau bidang yang sama. Jika ko buat kajian pasal multimedia dalam pendidikan, hanya kumpul dan baca artikel multimedia dalam pendidikan, bukan multimedia dalam filem atau multimedia dalam komputer sains!! Jika ko baca juga multimedia dalam filem dan komputer science – confirm ko masuk ICU!

2. Wpun ko baca tajuk multimedia dalam genre / bidang yang sama, masih terdapat pelbagai cara penulisan, approach, school of thoughts, context kajian dll yang berbeza-beza… betul tak?

Abis camno?

Masa inilah ko perlu open minded dan apply ICU - IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING

1. IDEA 
Apabila ko mula membaca artikel2 berkaitan kajian multimedia dalam pendidikan….walaupun ko tak faham secara detail…. Tapi ko kena captured the main IDEA mengapa multimedia diperlukan dalam kajian pendidikan. IDEA ini adalah “the whole picture” bagaimana multimedia diapplikasikan dalam pendidikan.

IDEA atau the whole picture ini adalah idea keseluruhan yang menggabungkan keseluruhan idea utama dalam kajian multimedia dalam pendidikan yang dibincangkan dalam artikel2 yang ko baca. 

Contohnya setelah ko membaca secara skimming dan scanning… buat kali pertama atau ko guna teknik FBOT (Filter based on Theme) dan SROT (Speed reading on target) yang aku ajar dalam bengkel aku, dan ko dapati mostly kajian berkaitan multimedia dalam pendidikan melibatkan

(i) berkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
(ii) pengurusan multimedia
(iii) pembinaan bahan multimedia
(iv) bagaimana maklumat dari persembahan multimedia diproses. 

Inilah empat IDEA main stream yang perlu ko sedari terlebih dahulu. Jadi fokus ko selepas itu hanyalah kepada satu sahaja IDEA yang related dgn apa yang ko nak buat…. contohnya kepada multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Fokus dulu artikel yang berkaitan dgn main IDEA utama ini... jgn ko campur aduk dgn idea2 lain... nanti ko yang termenung sendirian.... 

Jadi menguasai IDEA utama ini penting supaya ko menguasai perbincangan dan isu melibatkan IDEA utama ini yang menjadi fokus dalam penulisan tesis ko… 

2. CONCEPT
Selepas ko menguasai IDEA utama spt di atas..…. Ko akan dapat perbagai concept / theory yang diutarakan berkaitan IDEA tersebut. Bayangkan ada 15 theoris yang berkaitan dgn multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sahaja…. dari teori modality, dual coding, CLT, spatial… sehinggalah contiguity theory yang dibahaskan oleh nama2 leading author dalam bidng multimedia spt Sweller, Mereno, Mayer , Lowe… . 

Jadi ko sendiri kena pilih konsep yang paling sesuai dengan kajian ko tersebut… sama ada satu theory atau gabungan beberapa theories. Kemudian fokuskan pula pembacaan kepada thoery2 ini….

3. UNDERSTANDING
Setelah ko kuasai 1. dan 2. di atas…. ko dah mula mempunyai fokus utk membaca secara mendalam setiap artikel yang releven…. dan mula membina kefahaman yang menyeluruh berkaitan dgn segala aspek yang ko nak gunakan dalam penulisan tesis – latar belakang kajian, terminology yang khusus, operational definition, variables yang ko nak pilih, method dan analisis data yang lazim digunakan (supaya ko boleh upgrade dalam tesis ko), gap yang ada dan cadangan kajian masa depan dari artikel2 yang ko baca yang berkaitan dgn IDEA multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dan CONCEPT yang menjadi fokus kajian. Dgn ini akan lebih mudah ko nak buat theoretical dan conceptual framework.

Kesimpulan:
Selepas ko melalui ICU, pilihlah terminologi kajian ko dari IDEA dan CONCEPT yang ko baca…. dan menggunakannya secara CONSISTENT dalam thesis ko. Malah dgn pemahaman (UNDERSTANDING) yang perolehi…. Ko boleh merge mana2 terminologi atau theories yang hampir2 sama dgn satu teminology atau theori sahaja…. Yang ko gunakan dalam tesis ko supaya consistent.

Misalnya ko guna istilah “multimedia presentation” dalam tesis wpun artikel menggunakan istilah slide presentation, animation atau simulation asalkan semuanya menepati idea dan konsep multimedia presentation. 

Tanpa ICU…. Ko akan pening memanjang….. sebab setiap artikel spt tidak consistent antara satu sama lain…. jadi ko lah yang perlu bertindak sebagai “moderator’ utk kajian ko sendiri.

Ko kena “berani” jadi “moderator”… selepas ko membaca semua artikel main stream dan captured main IDEA dan CONCEPT dalam genre kajian ko sendiri lalu memberikan ko UNDERSTANDING….maka teruskan dgn penulisan secara 3C - CLEAR, CONSISTENT DAN COHERENT. 

Last sekali… aku percaya ramai yang dah buat ICU tapi tak cukup “BERANI” kerana takut salah dan tak confident dgn pemahaman sendiri. nasihat aku jgn takut bro…. tulis jer asalkan idea ko tak lari dari idea asal... wa cabar lu !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...