.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, June 21, 2014

Tajuk 615: TEKNIK 2 MINIT MENENTUKAN "RESEARCHABLE TOPIC" KAJIAN ANDA !

Aku ingin memberikan satu contoh mudah bagaimana MENDELEY boleh menjadi penentu tajuk kajian anda dalam masa 2 minit. Aku nak buat satu contoh bagi mudah faham..... Tadi aku dah demo skit dalam seminar JOM HEBAT !

Katalah ada seorang pelajar siswazah, datang bersembang2 dgn aku. Bila ditanya kajian yang ingin dibuat, dgn pantas beliau menjawab "saya nak buat kajian "virtual instructional leadership".

Aku tanya kenapa. Dgn yakin beliau menjawab "belum ada lagi yang buat virtual ni.... jadi saya nak kajilah"

Aku pun sengaja tanya soalan cepu gangsa "Ok ker tajuk tu.... tak ada masalah ker?" 

Dia jawab "SV kata ok.... tapi tulah..... macam susah sikit tak ada rujukan.... tengah tercari ni"

Aku faham kalau pelajar tak sedar bahawa tajuk2 pilihan mereka byk yang terbit dari "andaian" tanpa pembacaan arus perdana dalam bidang kajian tersebut. Tapi aku TAK FAHAM kenapa tiada penerangan diberikan kepada pelajar bagaimana menentukan skop tajuk yang sesuai. Bayangkan abis 2 semester tapi masih tercari2 tajuk yang sesuai.... masih berpura2 berkata.... sedang membaca lah ni dan sebagainya...

Aku sendiri bukan Wikipedia..... aku pun tak tahu samada tajuk "virtual instructional leadership" atau tajuk2 lain yang dipilih oleh pelajar sesuai atau tidak. Jadi aku akan gunakan Mendeley utk membuat ujian mudah dgn TEKNIK 2 MINIT.

Pic 1:
Aku dapatkan tajuk umum dahulu iaitu "instructional leadership" dari tahun 2010 - 2014. Sebanyak 48 bahan scholar termasuk artikel journal di paparkan oleh MENDELEY. 




Pic 2:
Aku tambah perkataan "virtual" dan ternyata tiada SATU pun bahan scholar yang diterbitkan dgn perkataan "virtual" yang wujud bersama bahan dengan tajuk "instructional leadership" dari senarai 48 di atas !!




Maknanya...

Tak sampai 2 minit (bukan typo error) .. aku ulang 2 minit....aku boleh "tahu" bahawa tajuk tersebut masih "alien' dalam dunia "instructional leadership" maka theory dan instrument yang berkaitan dgnnnya juga pasti masih "alien". 

Cadangan aku.... bacalah kesemua 48 artikel (dalam pic 1) berkaitan "instructional leadership" dan carilah sesuatu yang lebih konkrit sebagai gap utk dijadikan asas kepada kajian dan tajuk kajian.... yang berupaya menyumbang kepada "body of knowledge".... bukan kerana "tajuk tersebut belum ada orang buat" !!

Ingat...jgn tanya SV dahulu tajuk yang dicadangkan selagi anda tak pastikan yang anda ada rujukan yang cukup terutama utk buat LR kerana persetujuan SV tidak bermakna tajuk tersebut "researcable" dan "doable" bagi anda !! Maka jgn pulak salahkan SV.... sebab itu kajian anda dan andalah yang akan makan, tido dan mandi dgn tajuk tersebut...

Ini hanyalah pencarian secara mudah... Mendeley mempunyai keupayaan utk mendetailkan lagi pencarian anda..... yang itu kena bacalah buku aku !! Moga post ini membuka sedikit minda khususnya kepada pelajar2 baru....

Sebenar semua mudah dan ambil masa berapa minit sahaja.... jika anda tahu apa yang anda mahu dgn bantuan teknologi !!

INGAT BRO... INI TEKNIK 2 MINIT.... LEBIH CEPAT DARI MASAK MAGGI... BUKAN TEKNIK 2 SEMESTER ATAU 2 TAHUN YANG MENJADI AMALAN PELAJAR !!!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...