.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, June 20, 2014

Tajuk 614: Perbezaan PhD, EdD, MEd dan MSc?

Ada yang tanya: PhD vs EdD

Pertama: 
Kedua2nya adalah "doctorate degree" yang setara yang membawa title "DR". 
Kedua: 
PhD lebih "research-based" jika anda berminat dalam dunia scholar dan menjadi researcher khususnya pada tahap higher education... 

EdD lebih "educational-technical research-based" jika anda berminat mendalami bidang anda dalam pendidikan dgn komponen coursework dan research.

Jika anda ingin menjadi researcher khususnya di IPT - PhD lebih sesuai
Jika anda pegawai pendidikan termasuk guru - EdD lebih sesuai

Realitinya .... pegawai pendidikan (termasuk guru dan pengetua) ambil PhD manakala sebahagian pensyarah ambil EdD .... sehingga sebahagian yang ada PhD xbuat research selepas bergraduat sebaliknya yang ada EdD pulak masuk dunia scholar dan buat research dalam pendidikan !

Maybe kes yang sama berlaku antara PhD dan DBA....

Alahai MSc lawan MEd pulak !

Secara simple.... in educational context:

1. M.Sc (research-based degree) - preparation of researcher in education

2. M.Ed. (practitioner-based degree) - preparation of educational practitioners

Jadi lazimnya komponen research lebih banyak dalam MSc berbanding M.Ed. Yuran plak MEd lazimnya lebih mahal sebab lebih komponen coursework yang kena bayar.... tapi ada yang berhujah lebih mahal maka lebih grand !!

Saya banyak bertemu pelajar Semester 1, dan kebanyakkan mereka mengambil MEd kerana ini program non-thesis atau coursework. Bila ditanya, mengapa ramai yang berminat mengambil non-thesis antaranya kerana:

1. belajar part-time, tak ada masa
2. lebih mudah lulus
3. lebih cepat konvo
4. sukar nak buat tesis 

Pada dasarnya, kedua2 program MSc dan MEd adalah setara, no doubt about it. Lain perkataan, satu program tidak lebih baik dari yang satu lagi. Namun saya ingin menyentuh aspek lain iaitu perspective dan advantage. Ramai beranggapan program thesis lebih sukar spt diakui sendiri oleh pelajar non-thesis. Apa implikasinya? 

Implikasinya, sesuatu yang dianggap sukar akan dilihat sebagai lebih berharga. Jadi, tanggapan yang ada pada pelajar non-thesis menyebabkan pemegang MSc "dilihat" lebih berwibawa dari pemegang MEd sendiri.

Siapa pulak yang ada advantage ketika mengambil PhD atau EdD yang kedua-duanya ada komponen RESEARCH - pemegang MSc (research orientation) ataupun MEd (coursework orientation) ? 

Jadi balik kepada persoalan asas - mana satukah yang anda ingin pilih? Bagi aku, pilihlah mengikut plan jangka panjang anda. Jika anda hanya perlukan master degree utk promotion sesuatu jawatan selari dgn pengalaman yang meningkat, ingin menambah pengetahuan tetapi kedudukan sebagai pendidik disekolah spt tidak diwajibkan mempunyai degree peringkat PhD atau EdD, maka program MEd adalah wajar untuk anda. Jika sebaliknya anda ada intention perlu menyambung ke peringkat “doctorate” maka MSc adalah pilihan lebih wajar kerana anda ada extra pengalaman membuat full scale research. 

Bagaimana jika anda tak berapa pasti hala tuju masa depan anda? Jika inilah situasinya, lebih baik ambil MSc, kerana jika tiba2 berhajat atau diperlukan utk menyambung pelajaran ke peringkat doctorate (PhD /EdD) anda ada persediaan dalam pengetahuab research

Anda boleh sahaja tidak bersetuju dgn apa yang aku tulis di atas tapi bagilah hujah yang dan logic, bukan semata-mata mendengar pihak yang lain.

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...