.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, June 4, 2014

Tajuk 601: Supervision VS Escapism.....Tersirat VS Tersurat !

Satu scenario:
Seorang pelajar, katalah namanya SITI datang menemui SV utk bertanya pendapat tentang populasi kajian berkaitan penerimaan pelancong luar negara terhadap makanan dan budaya tempatan. SV meminta SITI pergi ke pusat2 perlancongan di Penang dan Langkawi dan edarkan soal selidik termasuk kepada pelancong di Jalan Bukit Bintang !!

Pelajar tersebut mengiakan sebab itulah panduan yang diperolehi dari SV.....

Aku pun terfikir…..
1. Adakah semua pelancong tersebut tahu BI? 

2. Adakah pelajar perlu sediakan qnaire dgn 5, 6, 7 bahasa berbeza? 

3. Adakah pelancong yang ditemui di Jln Bukit Bintang misalnya ada masa utk menjawab qnaire tersebut? 

4. Adakah kulit muka pelajar tersebut cukup tebal utk bertanya setiap org yang kelihatan spt perlancong utk menjawab qnaire ? 

5. Berapa lama masa pula yang diperlukan utk mengumpul 300 qnaire?

6. Berapa lama pulak pelajar perlu merayap ke Penang dan Langkawi utk tujuan tersebut?

7. Boleh kah pelajar tersebut berbahasa arab sebab ramai pelancong arab di Jln Bukit Bintang? Setakat tahu ana dan enta baik tak payah !

8. Adakah pelancong tersebut sempat menikmati makanan dan melihat budaya Malaysia?

Dll soalan yang anda sendiri boleh fikirkan.

Ada dua perkara tentang populasi disini. Pertama yang tersurat, kedua tersirat.

Secara tersurat, memikirkan tentang populasi bukan lah satu masalah yang besar. Pelajar tersebut pun boleh berfikir spt yang dicadangkan oleh SV….. malah semua orangpun mungkin memberikan jawapan yang sama...termasuk nenek aku.

Secara tersirat, memilih populasi adalah sesuatu yang sgt memerlukan ketelitian sementelahan pelajar ada limitasi masa dan budget. Limitasi ini sering tidak diambil kisah dan persoalan2 lain yang berkaitan tidak dihalusi dgn alasan…. “Kenalah buat cam tu sebab U calon PhD !! " dan "Buat PhD memanglah susah....." maka pelajar yang perasan dia sedang buat PhD pun "akan mengiakan apa sahaja"..... Satu jer yang aku nak sebut - susah dan menyusahkan adalah dua benda berbeza !!

Sebagai seorang pelajar yang novis, wpun sebagai calon PhD, tanpa pengalaman dalam research, yang tersurat inilah yang perlu dijelaskan oleh SV kerana mereka berpengalaman. Jangan biarkan tanpa bimbingan ketika pelajar mencari gap, problem statement dan mengariskan persoalan kajian dan akhirnya mungkin melibatkan populasi yang luar dari limitasi masa dan budget pelajar. .. 

Yang tersirat inilah yang pelajar perlukan bimbingan direct dari SV. Menyuruh mereka berfikir sendiri dalam aspek tersirat begini…. dgn alasan melatih pelajar bfikir bukanlah satu supervision… tapi lebih kepada satu escapism….

Aku turut terfikir..... boleh sahaja pelajar tersebut mengambil sample dalam kalangan pelajar postgraduate luar negara di IPTA / IPTS (katalah sekitar lembah Kelang) yang baru satu semester di Malaysia, dgn buat adjustment tajuk kepada "educational tourism" dgn sampling frame yang lebih mudah diperolehi dan yang paling penting - semua mereka faham BI, pasti telah mencuba makanan Malaysia dan melihat kehidupan dan budaya masyarakat berbanding dgn yang datang beberapa hari sahaja ke Pulau Langkawi hanya utk snorkeling atau ke Batu Feringgi dan tinggal d hotel !!

Jadi memberikan panduan yang "simplistik" dalam hal2 tersirat yang byk memerlukan heuristik dan pengalaman dari SV apabila pelajar meminta nasihat....bukan supervision....bayangkan apakah yang bakal anda lakukan jika anda adalah SITI, pelajar dalam scenario di atas? 

Bakal-bakal SV perlu mengambil ini sebagai satu cabaran.... 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...