.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, June 13, 2014

Tajuk 607: CIRI dan LANGKAH PENCARIAN RESEARCH GAP – KENAPA MASIH TERGAGAP-GAGAP !

Sekonyong2 datang seorang calon PhD menemui aku….. dalam satu bengkel baru2 ini… katanya baru pergi ke EPRD, KPM nun jauh di Putrajaya kemudian ke UPM, UKM dan katanya akan ke UM plak… 

Bertanyalah aku – Apakah gerangannya sehingga meronda2 sebegitu rupa?


Katanya mencari bahan utk PhD… 


Rupanya dia bukan seorang yang berbuat demikian… ramai kawan2nya yang lainpun spt mengikut jejak yang sama… termasuk dari Sabah dan Sarawak… baik yang buat master mahupun PhD.


Lantas dia menambah - Kami cuba mengikut apa yang kami faham dari satu kursus bagi penerima biasiswa….. utk mencari RESEACH GAP….salah ker?


Oleh kerana aku diajukan soalan “salah ker?” aku nak kongsikan respon aku disini..


Aku tahu…. Semua calon master /PhD mulakan langkah dgn mencari RG atau ada juga disebut research problem. RG antara lain adalah sesuatu bahagian atau ruang atau unsur hasil dari pembacaan “critical review in the existing literature" yang memerlukan kajian lebih mendalam / komprehensif .... 


Maka RG ini akan....


1. jadi asas pembinaan persoalan kajian 


2. menjadi penentu research design bagi menjawab persoalan kajian dlm 1.


3. menjadikan manuscript thesis anda publishable (dlm bentuk journal) yang juga sebagai bukti “contribution to knowledge”


4. akan anda gunakan utk menunjukkan “signifikannya kajian” yang dilakukan


5. akan menyumbang kpd “originality” kajian anda


6.. akhirnya menjadi asas tajuk kajian anda !


Jadi kenapa habiskan duit dan masa pergi ke EPRD, then ke IPTA-IPTA yang lain sedangkan itu bukan langkah awal yang perlu anda lakukan?


Research gap adalah sesuatu yang anda “tidak akan tahu” selagi anda tidak membaca literature secara intensive, extensive, sensitive dan specific... sila baca post aku dan juga blog "drotspss" tentang istilah2 ini... dalam bidang kajian anda.


Oleh itu..... inilah langkah yang lebih logik dan masuk akal yang perlu anda lakukan. 


Katalah anda guru biology dan berminat dgn kajian dalam topik / bidang “Pendidikan Sains”, dan ingin membuat kajian dalam area of investigation “pedagogy” atau “kaedah pengajaran Biologi"


1. Kenalpasti dari pembacaan dalam literature semua keywords / istilah / terminologi / konsep dalam bidang “Pendidikan Sains” melibatkan aspek “Pedagogy” yang menjadi perbahasan dan isu.... utk dikaji lebih lanjut....


2.. Jika anda tidak pasti semua aspek dalam 1. di atas, mulakan pencarian literature dalam pendidikan sains mengkhusus kepada “Biology education” dan “Teaching Biology” dahulu. Dari pembacaan awal ini, dapatkan keywords / istilah / terminologi / konsep yang lebih specific untuk pencarian seterusnya berkaitan perbahasan dalam main stream pendidikan biologi yang terkini !


3. Setelah mengetahui secara lebih khusus “area of investigation” dgn beberapa keywords / istilah / terminologi / konsep, teruskan pembacaan secara lebih mendalam… sehingga anda mendapat “gambaran” isu yang dibahaskan dalam “dunia pendidikan biologi” terkini utk anda jadikan gap kajian anda.... bukannya isu disekolah anda, isu perbadi anda..... atau isu yang boleh memberi impak kepada KPM... atau mana-mana pihak.... tapi mberi impak kpd knowledge dlm pendidikn sains yg dibaca pula oleh scholar seluruh dunia..... dn at same time anda mjadi seorang researcher yg akan menguasai pendidik sains ... dan inilah impak PhD / master !


Apakah maknanya semua ini?


Semua ini membawa makna....


1. Research gap bukanlah “sesuatu kajian yang belum pernah orang lain buat” atau "kajian baru" .... sehingga calon master / PhD tergaru2....


2. Research gap bukanlah “sesuatu kajian yang akan memberi impak kepada majikan, sponsor biasiswa, atau mana-mana pihak... tetapi impak kpd knowledge dlm bidang yg dikaji dan kpd pengetahuan n kemahiran calon sendiri.


Calon inilah yg bakal beri impak seterusnya sbg tenaga pakar negara... jika dia terus buat kajian... bukannya hanya bbangga dgn gelaran 'DR' pasti tu tak buat apa2..... satu kajianpun xbuat lagi.....sampai obselete apa yg dulu diketahui.....


3. Research gap “adalah pengisian ruang yang ada didalam knowledge yang sedia ada…. knowledge dalam main stream.... bukan terpencil.... sebagai satu sumbangan kepada knowledge tersebut”


Maka…..


4. Langkah pertama….. adalah menguasai literature dalam bidang kajian anda…. maybe belum perlu ke EPRD atau mana2 tempat lain lagi......


5. Anda hanya perlu duduk dpn komputer utk beberapa jam bagi maybe beberapa hari tanpa perlu kemana2 …utk mulakan literature search dari berbilion2 artikel serata dunia dalam main stream bidang kajian anda data base seperti ERIC, ScienceDirect, Wiley, SAGE dll yang terpapar di skrin komputer anda.


Setiap database ini mempunyai “Advanced Search” utk anda mencapai SEMUA tujuan di atas. Maaf..... pergi ke koleksi kajian di EPRD tidak akan memberikan anda byk ruang mencari gap dlm main stream knowledge........apatah lagi dtg sejauh sabah n swak... berbanding dgn apa yang akan anda dapati dari pencarian di databases2 tersebut ! 


Lepas pasti apa gap yg selesa bg anda... boleh lah ke EPRD atau mana2 utk dpt info tambahan.... statistik... data dll....no problem...


6. Namun..... pencarian anda juga sia2 tidak sensitive dan specific jika anda tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran menggunakan operator dalam pencarian AND, OR, NOT, *, “___”, +, -, ?, title, author, year, open acces, type dll… 


Jika anda tak tahu amende semua operator ini…. anda hanya memalukan diri anda sendiri sebagai calon master / PhD. 


Mmg ler org dulu2 xtahu pun benda ni siap gak tesis... samalah org dulu xder komputer.... siap gak tulis 3, 4 buku... 


7. Selain itu, aku mencadangkan supaya anda kuasai perisian Mendeley yang boleh bertindak sebagai “ONE STOP CENTRE” utk semua bidang….sebagai pelengkap pencarian literature anda selain dari langkah


6. YOU WILL BE AMAZED dgn apa yang MEndeley boleh lakukan !!


Akhirnya ….jika anda tak faham apa yang aku tulis di atas…. anda akan terus dilanda kekeliruan.... dan akan tergagap-gagap bila ditanya research gap....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...