.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 29, 2014

Tajuk 648: Coursework dan Thesis – a totally different ball game !

Inilah realiti dunia aku, dunia ko dan dunia kita - dunia postgraduate !!

Izinkan aku kembali ke zaman menjadi calon master / PhD. Aku lebih selesa menulis tajuk di atas spt mengimbau ketika aku berada di zaman tersebut…

Kenapa perlu ada coursework? Coursework perlu utk aku mendalami pengetahuan dalam bidang kajian. Mengambil coursework membolehkan aku mempelajari teori dan segala aspek yang berkaitan dengannya. Mengambil coursework tidak menakutkan aku…. umpama meneruskan tradisi undergrad. Exampun ok jer… dgn sedikit tugasan, markah biasanya excellent !!

Abis apa masalahnya bro?

Bukan masalah, tetapi sedikit ulasan. 

Selepas selesai coursework…. perkara yang paling menakutkan diperingkat Master dan PhD adalah thesis dan penyelidikan. Ini yang benar2 menakutkan aku. 

Takut? Apsallak…..

Ini lah pengalaman baru kebanyakkan postgraduate spt aku…. Malah ramai kawan2 aku yang lost in action…. syahid ditengah jalan…. gagal menyiapkan thesis sedang mereka excellent dalam coursework… mengalahkan aku. 

Aku sempat mengamati dan memerhati senario berikut:

1. Thesis adalah satu proses yang kompleks. Cukup kompleks. Wpun proses penulisan tesis ini kompleks tapi setahu aku tidak pula diajar secara “serious” dan “formal” sebagaimana coursework…. sedang apa yang dipelajari dalam coursework lebih mudah diperolehi dari bacaan pelbagai sumber dan rujukan yang banyak…. manakala penulisan thesis pula spt diletakkan terus dibahu aku dan rakan2 aku sepenuhnya… tanpa ada satupun kelas yang mengajar aku apa-apa….

2. SV ? Memanglah SV ada…. tapi sesedar aku…. SV tak pula mengajar aspek2 teknikal dan mekanikal penulisan thesis….menjalankan kajian. Jika adapun lebih berbentuk memberi komentar…. Itu tak ok… ini perlu ditambah…. itu tak cukup dalam, sana pula belum cukup kritis….. sedapkan lagi ayat disini... dan sekali sekala menyegah - Hah ….. mana ko dapat pernyataan ni ? apa rasional ko tulis ini ? Ko sapa nak nak dakwa begitu begini? Fuhh semangat…. Separuh jiwa ku hilang…

3. Thesis juga melibatkan proses yang detail…. dgn segala mechanistic nya yang asing bagi aku….lebih asing dari makhluk asing… malah prosesnya pula detail bukan sahaja kandungannya tetapi juga sehingga titik dan comma perlu berada ditempatnya yang betul.

4. Pencarian tajuk kajian pun sudah cukup memberi satu cabaran besar kepada aku. Ramai juga kawan2 aku yang teraba2 dalam terang…. bagaimana utk mendapatkan tajuk yang “doable”, “researchable” dan “workable”….sdg aku dan dan kawan2 aku tak ada pengalaman tersebut.



Pencarian tajuk pula perlu disertai dengan pencarian gap dan problem statement…. Maka makin bercelarulah apa yang hendak ditulis, dipetik dan dihuraikan. … kerangka itu dan kerangka ini…. pemilihan teori, variable, construct, dimensi, instrumen… dan ohh…. segala macam rempah ratusnya. Sehingga dalam kebanyakkan kes….aku berdoa supaya kajian aku doable bukannya mengundang trouble. … teraba2 mencarinya sendirian tanpa mempelajarinya “through formal means” !

4. Apa…. Subjek Research Methodology? Yaa…. Memang aku ambil subjek Research Methodology… subjek wajib… namun pengisiannya lebih kepada pengucapan semula apa yang tercatat dalam buku2 teks research methodology…..bukan sangat utk menyediakan kemahiran mechanistic proses penulisan tesis dan pengendalian penyelidikan. Pendek kata…. you still need to know “HOW” ?

5. Sementara itu….. cousework ditawarkan dan diambil oleh sekumpulan calon. Aku dan kawan2 aku berada dalam satu kelas yang sama… mndapat tugasan yang skopnya sama…. Boleh berbincang bersama…. Tapi ini tak berlaku kepada penyediaan proposal, penulisan thesis…. masing2 dgn dunia sendiri mencari apa yang belum pernah diterokai….ada masalah… lu fikirlah sendiri !

6. Aku percaya…. bukan mudah utk bertemu dan berbincang dgn SV… ada yang sibuk dan ada yang OK…. ditambah dgn gaya supervision yang pelbagai…. yang longgar dan ketat…. maka dalam situasi yang tak menentu ini…. rujukan utama aku adalah rakan2 master / PhD yang lain… terutama yang telah melalui proses tersebut. Setiap arahan SV selalunya akan dirujuk juga kepada rakan sebaya dan senior dan bagaimana mereka dahulu melakukannya….. malah byk kes… rakan sebayalah “main SV”…. tanpa sesiapapun sedari…. sehingga ada yang sebahagiannya mengambil strategi trial-n-error dari rujukan naskah2 rakan sebaya…yang lebih senior !

Come on bro…. ini level postgraduate lah…. kalau tak sanggup berdikari bro… menyediakan proposal sendiri… semua nak kena ajar… jgn ler berhajat nak ambil master /PhD…. betul tak? Lagipun dah berapa ramai yang lulus…. Tak ada halpun !

Yeap… aku suka jawapan tu….dan setuju sgt memang ramai yang lulus.

1. Aku sekadar melontarkan cadangan…. Jika itulah jawapannya maybe elok juga dijalankan sedikit kajian dan interview…. observation yang transparent….. 

Kenapa mereka boleh lulus?
Bagaimana mereka lulus? 
Apa yang mereka lakukan utk lulus ?

2. Malah kalau tu lah juga jawapannya.... supaya berdikari…. bagus juga courseworkpun jgn ditawarkan…. Biarlah calon tu membaca dan berdikari memahaminya sendiri. Lagi baik jika tak ada supervision lansung…. barulah lebih real…. Semuanya hasil pencarian calon sendiri 100% … baru mantop ! Barulah benar2 berdikari…. Ada berani ? 

3. Master /PhD memang utk melahirkan researcher yang independent…. melahirkan researcher yang berdikari perlu disertakan dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu. Dgn latar belakang postgraduate yang pelbagai… yang muda, berusia… full time dan part-time…. semuanya perlu dibekalkan dgn kemahiran yang cukupi. 

Maybe aku boleh share satu kisah calon PhD seorang lecturer di sebuah IPTA yang menghabiskan masa satu semester menyenaraikan semua tajuk2 dalam bidang kajiannya supaya dia boleh mendapatkan satu tajuk yang tidak ada kena mengena dengan tajuk2 yang telah dibuat sebelum ini….sebagai bukti kajian yang bakal dilakukan adalah original dan tak pernah dibuat orang lain. Perghh.... berderau darah aku !!

Begitulah juga aku diberitahu…."buatlah kajian yang tak pernah orang buat".... mujurlah aku tidak menerimanya bulat2… dan aku tahu berapa ramai lagi yang mempunyai pemikiran yang sama !!

4. Aku pun suka mencadangkan lagi supaya ditanya kepada calon2 yang sedang menyiapkan porposal…. Tahukah mereka elemen yang perlu ada dalam penyediaan pernyataan masalah…. apa beza signifikan dan implication…. apa maksud membuat citation dgn merujuk kepada sumber asal.. dan aku boleh senaraikan 100 lagi soalan. Adakah mereka tahu apa yang mereka buat, apa yang perlu mereka buat dan dimanakah mereka memperolehi pengetahuan tersebut?

5. Kemahiran dalam penulisan tesis ibarat kemahiran mengunakan pisau. Ajarlah dahulu kemahiran tersebut ... percayalah setiap orang yang mahir menggunakan pisau akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan berbeza wpun dari pisau yang sama... tapi jika tiada kemahiran.... dibiarkan sahaja mencuba.... bukan sahaja hasilnya tak seberapa... tangan pula penuh kesan2 luka.....

Inilah senario yang aku dan kawan2 aku dahulu lalui .... sekarang bagaimana?

Akhirnya tujuan aku hanya satu... supaya calon2 master / PhD merakam segala pengajaran dan kemahiran yang diperolehi.... dan salurkan dgn penuh hikmah kepada bakal2 calon yang mendatang... supaya akhirnya terhasillah researcher yang fokus dalam penulisan tesis dan penyelidikan, bukan tersasar ke sana sini sebelum menemui destinasi .... LUV U ALL !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...