.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 7, 2014

Tajuk 632: THESIS: Berbanggalah jika dapat MC - MAJOR CORRECTION !

MC adalah keputusan yg sgt ditakuti... malah ada yg rasa malu dan down. Namun sebelum ko rasa rendah diri... percaya tak aku katakn sebahagian SV malah Prof juga mendpt MC masa mereka blaja dulu - whats a BIG deal !! Tak caya cuba ko tanya SV ko... 

Wpun ko menulis tesis sebaik mungkin supaya dapat minor dgn membuat perubahan itu dan ini dalam penulisan dan ada kalanya extended ke 5 tahun…. namun tiada sapa boleh mberi JAMINAN utk dapat minor sebab panel VIVA maybe mempunyai pandangan yang berbeza…. malah prosidur analisis data ko 5 tahun dulu mungkin dah ketinggalan dimata panel...




Namun...jika ko mempercepatkan penulisan, memastikan perkara asas kajian ko dipersetujui supervisor dan bersegera menghantar tesis setelah mencapai 2 - 3 tahun.... masa yang diberikan kepada ko tapi masih dapat MC, ko masih boleh "berbangga" kerana:

i. Ko telah berjaya menghantar tesis ko dalam tempoh pengajian ko ...

ii. Tesis ko telah diperiksa oleh panel VIVA yang tersangatlah pakarnyer....dan mereka bermurah hati memurnikan tesis ko dgn MAJOR CORRECTION !

iii. Ko akan diberi tempoh 6 bulan utk pembetulan berdasarkan laporan lengkap yang disiapkan oleh panel...tanpa perlu teraba2 lagi..... dan ini jauh lebih baik berbanding ko submit selepas 5 tahun kononnya utk buat yang terbaik sedang tiada jaminanpun ko akan dapat minor bukan MC!

Jgn confused…. aku bukanlah bermaksud buat tesis utk dapat MC…. Tapi siapkan tesis dgn cepat tanpa menunggu terhasilnya naskah yang SEMPURNA.. kerana kesempurnaan tesis hampir tidak wujud....biarlah kesempurnaan tersebut ditentukan oleh panel VIVA. 

Jadi.... letakkan PRIORITY kepada menyiapkan penulisan secepat mungkin…dan biarlah panel VIVA menilainya….. kalau minor syukur…. kalau major…. pun syukur sebab kedua2nya adalah satu proses yang biasa dalam penilaian tesis. 

Malah ko akan belajar LEBIH BANYAK benda dengan mendapat MC dari mendapat minor. 

Maka persoalan major atau minor tu bukanlah sesuatu yang perlu ko bimbang sangat…. MENGATASI usaha ko untuk menyiapkan tesis dlm jangkamasa yg ditetapkn.

The best thesis is a thesis submitted on time ! Bukan tu saja..... dalam scroll doctorate ko tak akan tercatat MC tersebut....

OT - apapun tesis master dan doctorate aku dua2 dapat minor !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...