.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 7, 2014

Tajuk 636: Mencari research gap - Aku kahwin empat... ko bila lagi?

Tak abis lagi dgn gap. Masih ada yang bertanya dgn alasan dah pening kepala mencari gap.

Gap ni macam satu “kekurangan” dalam kajian-kajian lepas. Mudahnya mencari "kekurangan" orang lain…. begitulah mudah mencari "kekurangan" kajian2 lepas… so jgnlah sampai pening2 kepala. 

Itulah sebabnya aku suruh ko kuasai Mendeley, supaya ko boleh terokai apa sahaja…. termasuk melakukan pencarian gap dgn satu teknik yang aku dah lama cadangkan - hybridization atau kahwin campur !

Idea hybridization ni tercetus lama dah…. sebab itu banyak kajian aku menggunakan hybridization termasuk kajian mobile application terbaharu aku OTRA (Organic Transition Reaction Apps) yang melibatkan animation + behaviourism + multimedia + mobile learning…. kahwin empat tu bro !!

Aku menulis semula tentang hybridization petang ni kerana ramai yang pening memikirkan tajuk…. belum lagi nak menulis proposal utk aku refresh idea tersebut, supaya dapat dimanfaatkan oleh calon2 yang baru mendaftar atau yang sedang terapung2 diawangan utk mendapatkan tajuk.

Sebelum ko berangan untuk dapatkan apa-apa tajuk…. lakukan literature search dalam bidang kajian ko sendiri terlebih dahulu. Teliti seberapa byk kajian yang walaupun berbeza perspektif dari segi theory tetapi mempunyai unsur2 / variables yang “overlapping” dan theory2 tersebut spt mempunyai tujuan yang sama…. 

Maaflah jika contoh aku masih dalam pendidikan. Constructivist learning theory misalnya dianggap sebagai theory “purba” kerana telah banyak mewarnai dunia pendidikan sejak lama dahulu. Kini dunia pendidikan sedikit berubah dgn kehadiran gadget yang membawa bersamanya mobile technology dgn feature seperti accessible anywhere, anytime; easy searching for information, user controlling and monitoring; instant notification dan exchange (downloading / uploading) data or information; mobile application etc.

Walaupun features ini tidak dihasilkan dengan mengambilkira constructivist learning theory (kerana dihasilkan bukan dari perspektif education) tetapi semuanya boleh memberi advantages kepada dunia pendidikan… dan mobile tech. spt menyamai matlamat distance learning. Oleh itu, keduanya boleh dikahwinkan – maybe dengan nama baru “constructivist mobile learning” for distance learning aka PJJ.

Hybridization ini akan menjadi extention kepada knowledge dalam kedua2 bidang (education dan mobile mobile technology) dan ini juga menambah understanding as contribution to knowledge spt menjawab persoalan “How to use mobile tech. in the most constructive and meaningful way ? atau “ In what way that mobile tech. can improve learning / understanding / engagament?” atau “how mobile tech. support effective conversations for learning?” 

Ko juga boleh kawinkan Multimedia Learning Theory dgn Mobile Technology dgn nama mungkin Multimedia mobile learning theory…. atau kahwinkan PCK dgn Mobile Technology atau PBL dgn Mobile Technology… dll.

Bukan dalam education sahaja, dalam bisness atau tourism pun boleh dikahwinkan dengan mobile tech. Contoh kajian spt “Mobile Electronic Guidebook for e-tourism business / management / hospitality” atau “The impact of mobile tech. on e-tourism bisness strategy / visiting behaviour” dll. Pendek kata kalau ko search dan membaca dalam bidang ko….. akan adalah artikel2 yang berbeza theory tetapi spt overlapping tujuannya atau variablenya yang boleh ko kahwinkan. 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...