.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 29, 2014

Tajuk 647: Kenapa ada “working title” ?

Aku nak tanya – kenapa ada istilah “working title”? Apa perlunya perkataan “working”? 

Ramai yang faham working tittle adalah tajuk kajian awal yang belum pasti lagi…. yang boleh berubah2…. 

Aku cuma nak tambah lagi. Tajuk kajian yang ko tulis pada proposal itulah “working title” atau aku ringkaskan WT sahaja. WT ini muncul sebagai tajuk kepada proposal ko. Ia dinamakan WT kerana ko masih dalam proses refine kajian ko as your study proceed. WT sebagai guidance , sebagai direction utk kajian sebenar dan bagaimana ko develop kajian ko as your thinking progresses. 

Jadi istilah WT ini membolehkan ko menyiapkan proposal ko tanpa memerlukan pendetailan dan kejituan perlaksanaan kajian ko … kerana WT membolehkan berlakunya perubahan hatta jika terpaksa melibatkan perubahan tajuk. 

Katakan ko siapkan proposal dalam tempoh 3 bulan dgn WT berkaitan dengan aplikasi mobile application dalam education …tetiba setelah ko mula mendalami e-learning, ko sedar wujud keperluan lebih mendesak utk mengkaji aplikasi augmented visual reality (AVR) pula. Maka berlakulah perubahan pada WT tapi masih berasaskan teori berkaitan e-learning... sedang ko dahpun selesai defend proposal tersebut ! 

Bila WT berubah..... berlakulah perubahan objective kajian dari mengkaji mobile application ke AVR… maka tajuk kajian ko pun berubah. 


Namum begitu...WT boleh kekal sehingga ko siapkan tesis jika tiada keperluan utk perubahan. Namun kewujudan WT adalah sebagai petanda bahawa perubahan boleh berlaku dan dibenarkan berlaku hatta selepas proposal disiapkan kerana tajuk proposal tersebut masih bertahap WT !!

Jadi kenapa ada yang menyiapkan proposal bertahun2…. Sedang tajuk proposal tu hanyalah WT…. yang ada ruang utk berlakunya perubahan….? Proposal kajian kualitatif lagi banyak kemungkinan utk berubah kerana sifat kajian tersebut yang flexible dan evolving. 

Jadi proposal hanyalah satu blue print maka terdapat ruang utk perubahan.... dan sesuatu yang boleh berubah jgn pula dinilai secara strict sehingga tak siap2 proposal dan tak defend2 sampai "berkurun lamanya".... kerana akhirnya yang dinilai nanti adalah thesis ko bukan proposal !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...