.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 7, 2014

Tajuk 635: 10 kenangan di Kelas Research Methodology

Aku dulu adalah guru Kimia matrikulasi berbelas tahun. Aku tak ada degree mahupun diploma in education. Aku graduated in Chemistry. Jgn tak tahu, aku pernah kerja sebagai Chemist sekejap di Jabatan Kimia, PJ sebelum jadi guru Kimia.

Bila aku nak sambung master in education, aku terus diberikan status probation wpun belum memulakan pengajian ! Bila 1 st semester bermula….. masuklah aku ke dalam kelas Research Methodology (RM). Nampaknya kelas RM taklah sesusah mana… lagipun banyak buku rujukan sehingga buku Creswell dah macam jadi bible utk kelas RM. 1st semester macam honey moon jer… sebab aku ambil 2 paper… berbanding kalau SPM mahu 10 paper.... kalau Amalina dia ambik 17 ooo...

Lepas tu masuk 2nd semeter mulalah nak buat proposal. Masa ni barulah aku panic. Apsal agaknya aku tak tahu buat proposal sedang aku dah masuk kelas RM?

Aku nak senaraikan kenapa ini berlaku…. berdasarkan pengalaman exclusive aku:

1. Kelas RM adalah pengetahuan umum bagi pengenalan kepada aspek2 penyelidikan. Jika yang diajar itu umum sahaja, maka focus aku pun jadi tumpul. Maksudnya aku tahu apa yang di ajar tapi aku tak faham bagaimana nak apply apa yang aku tahu dalam research aku …. !

2. Bermulalah aku mencari tajuk….bila ditanya oleh lecturer tajuk kajian. Maka aku dan kawan2 pun mencarilah sesuatu yang “original” yang kununnya tidak lagi dibuat oleh pelajar lain…. Sambil tu mengharapkan ianya menjadi satu research gap. Maka lagi feninglah aku nak cari yang “original” tu ! Maka aku terfikir utk buat kajian pasal modul dalam pengajaran Kimia…. sebab aku agak-agak tak ada kajian tentang perkara tersebut… aku main agak-agak jer…

3. Dah dapat tajuk…. aku tak tahu apa dan bagaimana nak tulis dalam proposal, termasuklah latar belakang kajian, sebab tak pernahpun di ajar dalam kelas RM. Kalau aku tak faham teknik persampelan, aku boleh rujuk buku… boleh tanya kawan2….malah berlambak2 buku yang ada. Tak cukup dgn buku, bahan2 Internet pun banyak. Namun tak jumpa plak camner nak sediakan latar belakang, menulis problem statement…. operational definition dll tu…. sehinggalah ke penulisan literature review yang kritis.

4. Bila dah mula menulis…. timbul plak isu citation….. bila nak tulis citation depan, tengah atau belakang text…. pun tak diajar, bagaimana plak nak buat paraphrase, reprase, summarize dll lagi…. abis akupun tulis jer lah ikut sesedap tangan aku menulis. 

5. Aku masih ingat ada yang menyatakan kalau master mesti rujuk artikel 5 tahun kebelakang… tapi PhD mesti 3 tahun kebelakang! Kenapa ada perbezaan tu tak plak aku tanya…. cuma pelik sampai sekarang aku masih dengar benda tu…

6. Bila nak mula dapatkan artikel yang 5 tahun kebelakangan tu…. timbul la plak masalah pencarian artikel secara sistematik… sampai la ni aku percaya kelas RM tak ajar kemahiran ni… termasuk aplikasi asas spt Boolean… sdgkan pencarian artikel tu sepatutnya sebahagian dari RM …. 

7. Aku ingat lagi…. bila sampai nak tulis LR …. keluarlah ayat… According to X (2009) kemudian According to Y (2003)….hampir setiap permulaan paragraph…. Sebab tak tahu plak camner yang tulis secara kritis.. Pelik jugak… sebab aku kena fikir sendiri amende yang kritis tu sedangnya menjadi syarat penulisan LR yang baik…. sedang tak ada bukupun mengupas hal ini. Abis kat mana nak blaja? 

8. Ini bahagian paling best…. Kena siapkan bab 1 dulu. Apa lagi….. akupun mereka-rekalah lebih kurang objektif kajian dan pernyataan masalah dll yang ada dalam bab 1 sebab belum buat lagi pembacaan literature yang mendalam utk bab 2. Rupanya inilah yang paling menyakitkan kepala…. Sebab bila nak tulis bab 2 barulah tercari2 artikel yang parallel dgn objektif dan persoalan kajian …. terkial2 ! Masa ni nak tanya sapapun tak tahu… Aku terfikir gak.... kalau benda ni tak diajar dalam kelas RM, takkan diajar pulak dalam kelas statistik !

9. Kalau bab 2 dah tersangkut .. maka nak tulis bab 3 …. lagi takut !! 

10.Thesis statement? Aku baru tahu benda ni selepas tamat master aku… tak adapun dalam kelas RM sebut benda ni…. tanpa thesis statement… sampai kesudahan kepala aku asyik berfikir…. Apa sebenarnya kajian yang aku nak buat ni? Aku agaklah....… sampai la ni pun tak diajar bina thesis statement dalam kebanyakkan kelas RM.

Pelik.

Itu senario dulu2... sehingga aku beranggapan RM mengajar apa yang ada dalam buku tapi minta pelajar fikir dan buat sendiri apa yang tidak diajar dan tak ada dalam buku? 

Ko tak rasa cam tu ker?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...