.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, July 1, 2012

BENGKEL DI UTM SKUDAI - COMPLETELY PAPERLESS

Selesai sudah kunjungan saya di UTM Skudai. Terima kasih tak terhingga kepada Hamidon, Amy dan Ain sebagai tuan rumah. Syukur, sejak setahun  lalu, saya telah menjelajah hampir seluruh IPTA di seluruh negara membawa satu mesej......


"Tesis bukan mudah, jadi mengapa membuatnya dengan cara yang susah ?"

Dengan membawa idea simple dan teknik sempoi 1file1thesis dan zero draft.... menerusi aplikasi doc map dan nav pane.... di permudahkan dengan Mendeley....saya telah tunjukkan kepada peserta bengkel bahawa penulisan tesis menjadi jauh lebih cepat dan efficient...malah tersusun tanpa mengundang pening kepala yang tidak perlu.


Komen dari Ilmi Ahmad, salah seorang peserta yang dipetik melalui FB dan blog beliau:


Jom kita menulis menggunakan MS dgn lebih bijak dan cepat! Rasanya macam 1 bulan dah boleh siap proposal….


MEMANG CEPAT! Inilah kesimpulan yang saya boleh buat walau pun belum betul-betul mula menulis tesis saya sendiri. Tapi hasil aktiviti hands-on yang dijalankan sepanjang bengkel sehari ini saya mula mengkagumi teknik yang diajar oleh Dr. Othman Talib a.k.a Dr. OT. Alhamdulillah, semalam baru sahaja mengikuti dan mempelajari teknik hebat dalam penulisan iaitu Bengkel Sehari Penulisan Tesis Cepat Bersama Dr. OT yang bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri, UTM. 


Program yang berjalan santai dengan trainer yang sporting dan mantap... memang sesuai dan tiba tepat pada masanya dikala saya akan memulakan kerja-kerja penulisan saya tidak lama lagi. Teknik ini sebenarnya tidaklah mengkhusus kepada penulisan tesis sahaja, tetapi relevan untuk apa-apa jua bentuk penulisan lain seperti buku, jurnal...


Saya bersyukur dapat berkongsi sedikit pengalaman dan saya paling salute apabila ada 5 pelajar UMS terbang dari KK utk menyertai bengkel hands-on ini... syabazzzz...

Bengkel kali ini dijalankan sepenuhnya "paperless".... perhatikan atas meja memang tak ada kertas dan pen... kecuali komputer masing2... Saya ingin sebarkan budaya "paperless" ini bagi mengoptimumkan penggunaan laptop masing2 yang semakin canggih. Natijahnya... kerja akan lebih efficient... tak semak dan menyemakkan otak... wpun mula2 peserta tercengang2 bila diminta simpan pen dan kertas atau apapun buku catatan..... tapi akhirnya semua beres....


Juga saya ingin dimaklumkan bahawa "SIJIL PENYERTAAN" juga akan diberikan secara online. Ini bermakna peserta yang telah mengikuti bengkel yang lepas pun boleh download dan printout.... makluman tentang alamat web utk sijil online ini akan dimaklumkan. Ada cuma perlu sediakan kertas warna A4 dan print sendiri.....


Bakal2 professional yang hadir....

Gambaran peserta di dewan Banquet UTM 

Sdri Ain mempengerusi majlis

Kaler2 keybook dia ni....

Tekun dalam aktiviti hands-on

Muda atau otai dgn satu matlamat - menulis tesis dengan cepat dan efficient

Bengkel ini wpun diadakan di Dewan Banquet tapi santai... sebab tu ada nasik lemak atas meja...

Paperless.... tiada pen dan kertas atas meja.....sampai alas meja pun tak ader.... 

Dengan dropbox..... kini thumbdrive juga tiada lagi.....

Satu yang saya selalu terkilan..... tak dapat berkenalan dgn peserta kecuali bbrpa orag...

Wajah2 yang bakal menjadi pakar diusia muda.... cantik lagi !

Sekadar meneka.... ini group dari UMS ker?

Semuanya dihujung jari... apa lagi yang tak cukup?

1student1pc.....

Masih ada yang baru exposed kepada dropbox dan Mendeley...

Gambaran dari belakang Dewan Banquet UTM

Emmmm.... punyalah semangat....sampai bersila akak ni.....cayalah

Mak oi... sampai 2 komputer......

Sekitar 130 peserta yang hadir....completely paperless.... budaya baru dalam menulis tesis.... 

Beratur menunggu lunch....jaga makan dik...demi kesihatan dan maintain cun.....

Duduk sopan menikmati hidangan ...malu2 gaya santai gadis melayu

Sesi bergambar .... rasa dihargai.... tqvm !!

Ceria akhir bengkel..saya sibuk jawab soalan... diaorang sibuk bergambar.....macam wakil rakyat ler...
Takut guna dropbox... tapi selamba jer guna thumbdrive...? Kenapa buat file asing2 ikut chapter...bukan u yang tak power jer pening, Mendeley atau EndNote yang power tupun pening jugak! 


Disinilah bengkel berlansung... gah !

Pendaftaran..... itulah Amy bertugas sewaktu pendaftaran!

Selepas bengkel saya dibawa ke OUTLET FACTORY ... kalau sesapa nak kahwin datang shopping kat sini... banyak pilihan utk hantaran.... semua branded bro !!  


Terima kasih semua................gud bye JB dan UTM.....jumpa lagi....di Dewan Budiman UKM pula.....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...