Sebelum saya menulis pasal tajuk di atas... saya nak share satu email dari Australia.... email 1Malaysia !! Saya dan penulis email akan bertemu di Istanbul October ini... sama2 present paper disana.....
Dear Dr OT
Hope this email fine you well. I'm Soon Singh (bengali not Chinese) from Macquarie University. I have bought and read your Six series Tulis Thesis Dengan Cepat. I was amaze with all of the info and tips that you shared in this series. I try to applied most of your tips in my proposal and i could present my proposal very well & smooth last two weeks. Awesome.... three of the panel asked me share the tips to prepare good proposal with their students. So i intro your web site to them. But they could not understand Bahasa Malaysia.
How nice if you could create one web in English hehehe or six series in english. So I mohon restu Tok Guru (Dr OT) untuk izinkan saya share tips with white guys. Be very honest to you i always remind them, what ever i shared with them is not my tips but its belongs to Dr Othman Talib (Lecturer, Faculty of Education, University Putra Malaysia). In your series 1 & 2, you always pointed out about Document Map view and navigation pen.Mohon jasa baik Dr untuk share bahan tersebut.
Warm regards
PhD Candidate
SchoolOf Education
Faculty of Human Science
Macquarie University Nort Ryde, Sydney
OK.... berbalik kpd tajuk di atas....tajuk kali ini telah berlegar2 dalam tempurung kepala saya beberapa hari ini. Tak siapapun dapat meneka apa yang ada dalam kotak fikiran SV.... apatah lagi anda yang bertemu SV sekali sekala sahaja. Tajuk ini saya sentuh bagi memberikan reaksi kepada 2 email yang saya terima.... seorang pelajar dikomen oleh SV sendiri semasa defence dan seorang lagi semuanya OK sepanjang menyediakan proposal.... sehingga dia pulak takut untuk defence jika ada yang tak kena... Saya cuba letakkan diri saya dalam kedua2 situasi, dan ingin menyumbang sedikit idea supaya anda tidak alami kedua2 situasi tersebut...kerana andalah yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada kajian anda.... anda adalah expert in the making....bukan SV anda. Ini bermakna, apapun komen SV.... termasuk cadangan yang diberi.... akhirnya andalah yang perlu menguasaikan kajian anda maka anda lah yang mesti mempertahankan tulisan anda. Saya cuba bagi pandangan yang fair and square.... tetapi sudah pastilah lebih menjurus kepada anda sebagai pelajar....andalah le yang kena "belajar". Oleh itu pastikan:
1. Membaca, menguasai dan keep up to date segala perkembangan dalam bidang kajian anda. Ini adalah tugas utama anda, bukan SV anda. Yang ini anda tidak boleh rely totally on your SV... sebab anda tak tahu apa yang SV anda fikirkan......sebab dia bukan WIKIPEDIA yang tahu semua perkara..... jadi jgn biarkan dia berfikir bagi pihak anda....tapi rely on the latest articles....pemahaman anda sendiri sebab kalau anda ikut sahaja.... anda mungkin berada dalam 2 situasi diatas.... sebab ada SV yang saja biarkan anda berdikari atau memamklumkan sesuatu yang akhirnya tidak menepati perkembangan dlm bidang yang anda kaji sebab dia bukan menguasai semua perkara.
2. Anda mestilah berdikari dalam kebanyakkan masa.... rujuk SV utk verify sahaja setelah anda bersedia dengan segala maklumat. Saya pernah didatangi oleh pelajar PhD yang bercadang untuk mengunakan convenience sampling.... tapi bila ditanya mengapa memilih teknik tersebut.... dia jawab...tak tahu sebab dia ikut kajian terdahulu... Ini baru tanya sampling, belum lagi analisis data !! Kalau beginilah anda, akan jadi pak turutlah jawabnya kepada apa sahaja pandangan SV... sedang anda tak tahu apa yang bermain diminda SV anda!
3. Dapat dan carilah latihan utk top up pengetahuan anda tentang kajian yang anda ingin jalankan. Ini termasuk membeli buku yang diperlukan...supaya anda boleh lead the discussion dgn SV anda...bukan ikut sahaja cadangan SV, sedang anda tak tahu apa yang dia fikirkan untuk anda. Ada SV yang mencadangkan perkara yang terlalu subjective dan bersifat superficial seperti kajian mestilah menghasilkan sesuatu yang super original... sesuatu yang tak pernah dibuat orang..... sesuatu yang noble....sesuatu yang mesti mengubah dunia..... termasuk mesti mengambil sample seluruh Malaysia sebagai syarat utk mencapai tahap PhD.... dan anda akur sahaja wpun semua itu hanya cadangan SV.... sedang syarat mencapai tahap PhD hanyalah kajian yang dijalankan secara rigorous bagi menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada pengetahuan dalam bidang kajian. Anda hanya ikut sahaja jika anda tak kuasai apa yg anda ingin kaji..
Pak Cik dan Mak Cik kena faham baru boleh lead....then barulah VROOOMMM.. |
4. Setelah anda membaca secara mendalam.... dan mungkin ada pandangan SV yang anda tak setuju... ini adalah lumrah dan sesuatu yang sihat. Tetapi jika anda dalam dilema....mengapa tidak minta pandangan orang ketiga sebagai mediator. Ini boleh dilakukan jika anda musykil pandangan yang diberikan oleh SV anda. Ingat, SV anda hanya sebagai penyelia sahaja..... jadi mendapat pandangan mediator adalah satu langkah yang boleh anda ambil. Contohnya, jika anda ingin membina soal selidik, selain dari mendapat pandangan SV....tanya juga pensyarah yang mengajar testing and evaluation.... dan jika analisis statatistik, tanyalah juga lecturer yang ajar subjek tersebut.... ini akan mendatangkan keyakinan apa yang sepatutnya anda lakukan hatta terpaksa “melawan” pandangan SV anda. Kenapa? Sebab akhirnya anda lah yang bertanggungjawab dan mempertahankan kajian anda sendiri berdasarkan pemahaman anda bukannya apa yang difahami oleh SV anda...
Selamat berbuka.
OT
No comments:
Post a Comment