.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, July 12, 2012

Tajuk 372: PhD dan Originality...

Saya terima banyak pertanyaan akan tahap research yang boleh mencapai tahap PhD. Saya sendiri tak ada jawapan yang definite... sebab persoalan itu akan dijawap secara berbeza oleh orang yang berbeza dalam bidang yang berbeza. 


Macam tu peninglah !!


Jgn pening dulu... sebab ada asas yang boleh dipegang


Apa dia?


Pertama: Bagi mendapat PhD, anda perlu buat research. 


Kedua: Buat research pun belum boleh dapat PhD, jika anda gagal dokumenkan hasil kajian anda dalam bentuk penulisan – THESIS !! 


Ketiga: Thesis anda pula mestilah menyumbang sesuatu yang signifikan aka original kepada body of knowledge. 


Keempat: Untuk menyumbang secara signifikan, anda perlulah menjalankan kajian secara rigorous dari segi method (termasuklah analisis yang digunakan) supaya dapatan anda “orignal” dan dapat menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang anda. 


Jadi saya simpulkan: Untuk mendapat PhD, anda mestilah membuat research secara rigorous (detail dan mendalam) dan mendokumenkan sebagai bukti dapatan kajian anda menyumbang kepada “body of knowledge” secara signifikan. 


Apa yang dimaksudkan dengan “original”? 


Oleh kerana anda membuat kajian bagi mengisi gap kajian lepas secara mendalam dan detail, maka dapatan anda tentunya terhasil sepenuhnya dari kajian tersebut – original lah tu !! 


Abis, SV saya kata kalau tak ada product tak sampai makam PhD? 


OK... ada dua jenis product, intangible dan tangible. Apabila anda buat kajian peringkat PhD, bare in mind bahawa anda perlu “hasilkan sesuatu”. Penghasilan seperti model, modul, procedure dll adalah product yang intangible dan penghasilan prototype atau instrument dll adalah contoh product yang tangible. Calon PhD dianggap sebagai expert in the making, maka penghasilan product (tangible mahupun intangible) telah menjadi sesuatu yang demanding.... 


Jika anda dibidang hard sciences spt engineering..... anda boleh menghasilkan mana2 product – tangible mahupun intangible namun sedikit sukar bagi bidang social sciences yang lebih banyak menghasilkan product yang intangible. 


Camner nak tahu kajian tu rigorous mahupun tidak? 


Dalam social sciences..... katakan dalam pendidikan jika anda ingin menghasilkan model sesuatu fenomena katakan keberkesanan pengajaran, anda tidak boleh lagi melihat hubungan antara IV dan DV begitu sahaja dgn analisis korelasi contohnya, kerana kebanyakkan hubungan ini boleh diduga dengan mudah tanpa memerlukan kajian pun. Mengkaji faktor peningkatan motivasi pelajar melalui analisis regression juga dianggap masih belum memadai. Analisis ini hanya mengukur sumbangan DV secara direct sahaja. Oleh itu anda perlu mengkaji “proses” yang lebih kompleks bagi peningkatan motivasi melalui pembinaan model yang “fit” dengan dapatan dari pelajar. Ini termasuklah mengambil aspek variable moderator dan mediator. Dengan kecanggihan analisis data, anda boleh membina model samada secara direct antara IV dgn semua DV, atau menjadikan variabel (tak kira IV atau DV) sebagai spatial model dan uji model tersebut. Pembinaan model ini contohnya diuji melalui analysis SEM / AMOS. Maka model memenuhi indices (CFI, RMSEA....) dan yang paling signifikan  terhasil secara rigorous dengan IV, DV, moderator dan mediator yang dapat dikenalpasti termasuk dengan Sobel's test bagi menyumbang satu product original kepada the body of knowledge. 


Dalam hard sciences..... pembinaan model, algorithma juga dianggap sebagai hasil yang original jika dijalankan secara rigorous utk mencapai tahap PhD, tidak semestinya product dalam bentuk prototype atau instrument. Ini kerana PhD lebih berbentuk scholar, bagi melahirkan expert yang menguasai theory secara mendalam. Sebab itu, ramai engineer yang mungkin hasilkan berbagai2 product tetapi tidak mendapat PhD kerana mereka tidak membuat kajian yang rigorous serta mendokumentasi kajian tersebut. Product sebegini lebih kepada keperluan umum, bukan keperluan scholar. 


Fahami asas mendapatkan PhD dahulu

Maksudnya, SV tidak wajar menetapkan syarat kepada calon PhD mesti menghasilkan product original yang tangible yang boleh terus dipasarkan sebagai prasyarat untuk mendapatan PhD. 


Akhirnya, anda perlu ingat... product yang berbentuk skills seperti kemahiran menjalankan kajian, menguasai pengetahuan secara kritis, menganalisis data dan mempersembahkan data, kemahiran menulis artikel, kemahiran menggunakan software analysis yang canggih, berkomunikasi dengan pakar2 adalah product yang lebih utama dari kedua2 product yang dinyatakan di atas tadi. Ini kerana product berbentuk kemahiran inilah yang akan terus dikembangkan untuk calon PhD benar2 menjadi seorang yang expert dan memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang masing2...jadi kajian PhD bukanlah penentu segala2nya dan jangan sampai ada SV yang letakkan syarat yang melampaui maksud "originality" sehingga pelajar perlu hasilkan sesuatu yang belum pernah wujud ! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...