Case Study (CS) – Jalan mudah buat research?
Aku sempat berbual dengan bebrapa peserta semasa bengkel di UTM. Dalam perbualan tersebut, aku perasan satu statement yang diberikan oleh pelajar….
Statement apa tu bro?
Bunyinya lebih kurang begini “kalau ko nak senang buat research, ambil jer sample ko kat SATU tempat samada sekolah, kilang atau mana2 organisasi dan buat CASE STUDY (CS)”
Kenapa pulak dengan statement tu, salah ker?
Emmmm…. Ada perkara yang aku dapat baca yang tersirat dalam statement tu.
Dasyat ko…… boleh baca yang tersirat….
He he….
Pe dia tu bro?
CS dalam statement tu dirujuk sebagai "kajian yg mudah kerana gunakan satu lokasi kajian sahaja...'
So apa yang tak kena?
Sebelum aku tulis apa yang tak kena, aku nak kupas sepintas lalu pedia CS tu….sebab ramai yang take thing for granted... buat jer CS.... tambahan SV pun tak komen apa2.....supaya mereka yang sedang dan bercadang utk buat kajian kes boleh buat reflection kajian masing2...Tambahan kepada bakal2 pensyarah, researchers... kena fahami betul2 maksud dan tujuan CS.... dan bukan semua kajian boleh di"case study"kan !
Reflection....black and red...... |
Pertama:
Berdasarkan namanya, CS dijalankan kerana ada ‘case’ yang nak dikaji sebagai focus kajian. Case ini mestilah menepati 4 ciri berikut:
a. kompleks
b. dikaji pada settingnya yang sebenar….
c. dikaji dengan pelbagai methods
d. case adalah bersifat semasa dan “istimewa” dan unik.....
Kenapa pulak cam tu bro?
Meh aku kupas satu-satu biar processor minda ko boleh proses dengan mudah. Aku ambil contoh satu kes yang sesuai utk kajian iaitu kes satu sekolah harian luar bandar X yang berjaya hasilkan pelajar lulus SPM 100% selama 3 tahun berturut2… dan utk kes2 yang lain ko apply ler sendiri….
a. Kompleks
CS diperlukan pada kes yang kompleks. Kes ini kompleks kerana kejayaan lulus SPM 100% tak datang hanya dengan usaha pelajar atau hanya sekolah buat kelas tuisyen atau guru yang dedikasi. Kes ini jauh lebih kompleks dari itu kerana kes ini melibatkan sebuah sekolah harian luar bandar yang berjaya dengan begitu cemerlang sekali. Oleh itu CS memerlukan kajian holistic secara mendalam bagi menjawab persoalan “HOW” and “WHY” kepada case tersebut bukannya sekadar “WHAT”….
b. Kajian hendaklah dilakukan dalam natural setting…… iaitu semasa sekolah beroperasi seperti biasa. Ini bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi bagi satu kes yang tunggal begini.
c. Kajian hendaklah dilakukan dengan pelbagai kaedah bagi mendapatkan data dari pelbagai sumber (triangulation ler tu..) seperti survey, interview, observation, documentation, focus group dll
d. Kes ini istimewa… menarik perhatian atau menjadi satu fenomena dan unik. Kes ini bukanlah sesuatu yang istimewa jika melibatkan sekolah berasrama penuh.
Maknanya bro?
Maknanya, CS bukanlah sukati ko jer…. bila nak buat kajian…. oleh kerana nak mudah….ambil satu kilang….atau mana2 satu agensi... satu proses atau satu sistem.....terus namakan Case Study…bagi menjustifikasikan kajian ko.....banyak ko punya cantik….. tambah sadis ko buat pulak kajian survey edar soal selidik sempoi2 yang ko cipta sendiri…. then cari korelasi jer…emmm. Kalau korelasi antara motivasi dan pencapaian pelajar.... baik tok sah buat kes study.... ngabihkan beras jer....(ulang 3 x)
Abis masa bila nak buat kajian CS ni?
Abis masa bila nak buat kajian CS ni?
Masa bila? Contoh lain yang menarik misalnya kejayaan OUM
melaksanakan open source..... dan ini satu kes yang menarik, tertarik dan
keboommm !! Tajuk seperti “Open Source in Higher Education: A Case Study
in On-line Computer Science Classes at the Open University Malaysia”. Kes ini kompleks sebab libatkan lecturers, students, management, system, budget, expertise dll... juga sangat unik dan istimewa kerana tidak byk IPTS/IPTS berjaya bangunkan open source dalam pengajaran dan pembelajaran juga pengurusan distance learning....Kajian kes ini
dibuat secara mendalam bagaimana OUM berjaya melaksanakan computer classes menggunakan open
source secara on-line.... dan maklumat ini sgt penting bagi open university dan IPTS / IPTS serta agensi pendidikan lain utk
mempelajari sesuatu dari kajian kes tersebut kerana dilakukan secara in-depth
analysis..... barulah "kaw-kaw" kajian yang dilakukan....
Secara ringkas, CS sesuai jika ada fenomena yang unik utk di
kaji kerana dapatan akan menjawab perbagai persoalan bagaimana fenomena
tersebut wujud. Ingat, atas sebab inilah, generalisasi tak boleh senang2 begitu sahaja tetapi boleh dijadikan rujukan bagi memahami secara mendalam sesuatu kes... dan mendapat menfaat dan pengajaran dari kes tersebut. Kelebihan CS kerana CS boleh
membekalkan data yang lengkap dan mendalam untuk memahami sesuatu
fenomena, proses, system yang dikaji tersebut.
Jadi… CS ringkasnya adalah "in-depth investigations of
a single person, group, event or community...." CS ni bukanlah jalan
pintas utk buat apa sahaja kajian….. dgn mudah.... kerana ada syarat yg mesti
dipenuhi....bukan ikut suka hati ko jer main letak perkataan CS pada kajian ko..... ada faham !
OT
No comments:
Post a Comment